Seronot ke?
Biasa kot..Tempat ramai, macam tak nikmat je nak nikmati shopping..Aku lebih suka pergi ke tempat yang lengang dari orang. Pada aku, shopping di area Shah Alam pun sudah memadai. Paling jauh pun, Mid Valley. Namun, sekali sekala ingin juga berubah angin bersama yang tersayang. Teringin juga merasai susasana hiruk pikuk dan kelam kabut manusia di KL..Tapi jarang sangat keadaan itu berlaku. Hehe..Itulah "kami". Simple but nice..kekekek~
Pasal SOgo ni..Sejak aku besar ni (selama ni kecik ke??haha~) aku ingat baru dua kali kot aku join kakak aku shopping. Last year, shopping raya. Then hari ini. Shopping sempena ape pun tak pasti pulak. Oh..ada lagi. Tahun 2006, final semester ku. Fakulti ekonomi adakan lawatan ke Kuala Lumpur (haha .. aku sonot aa dapat balik umah dengan satu kelas.kekeke~)So, destinasi terakhir kami adalah SOGO!! haha..tak excited pon.kekkeke~
Setiap kali aku pergi ke tempat sebegitu, yang pastinya, aku akan duduk di suatu sudut sambil melihat gelagat orang ramai memilih dan berebut-rebut barang yang mereka inginkan .. Paling tidak pun, aku akan menjadi tukang memegang barang-barang yang ingin dibeli oleh mama or kakak ku dan hantar ke kaunter bayaran. haha~ Entahlah, aku bukan jenis yang kaki shopping. Aku mungkin suka berada di shopping malls, tapi aku hanya akan lihat dan menikmati barang itu. Sekiranya aku rasakan ada rasional untuk memilikinya, maka aku akan mempertimbangkan pula harganya. Kemudian, barulah aku akan membelinya. Tidak sukar berwindow shopping denganku kerana aku tidak banyak karenah..[eceyy..puji diri sendiri.] Kasihan pada yang tersayang yang setia mengikut dan menunggu anda yang ralit bershopping. Walhal, kita sedar riak wajahnya yang sudah bosan dan penat melihat gelagat kita. Sudahlah kita menggunakan wangnya untuk berbelanja..kesiann kan .. kekeke~
Letih aku hari ini. Aku tidak membeli satu barang pun. Entahlah, tak de yang menarik minatku, walaupun mustahil untuk seorang wanita berkata begitu apabila tiba di pusat membeli belah..hehe~ Aku pun tidak berasa ralat atau sedih kerana tidak dapat membeli belah seperti orang lain. Walaupun begitu, aku happy sebab dapat makan kat Kampung Baru!! Sedapp gilaa~ haha..rasa nak tambah je lagi. Tapi segan la pulak.hahah! Itulah aku..kalau bab makanan, sume okay! Nyumm!!!!~
hehehe..kalau mkn mmg xtolak eh deeha...rantai emas ngan nasi kerabu daging bakar..yang mane 1 angkau pilih?
ReplyDeleteSudah Tentu NASI KERABU DGG BAKAR!! wee hoo..Saya tidak minat memakai barang kemas kecuali cincin hitam plastik yang bertahun usianya.kekekek!
ReplyDeletehehe!!bertuah yg tersayang tu nik..kikiki!
ReplyDeletekau dah aku sama....
ReplyDelete