March 25, 2013

My 8th and 9th day in Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t

Hi!!!!!
Eeee I am sooo excited to write this entry! There were so many things that I wanna update you guys on my yesterday's activities.

#1 Sang a Negaraku song at the program ramah mesra bersama KSU KPT, Datuk AB Rahim  (never sing that song after a longgg longg time since i left my school! Can you believed that??! Arahan untuk berdiri tegak dan lagu dinyanyikan..lalala..I tersenyum2 sikit masa nyanyi sbb mcm kelaka giler rasa, okay sorry for not having the spirit of patriotism yesterday)

#2 Stayed up late helping my colleague to touch up/edit the final questions for Entrepreneurial Behavior and went for dinner with friends for the first time ever since I stepped my foot in Kelantan! wee hoo..terasa hidup semula! .. Suddenly teringat lagu Mati Hidup Kembali by Butterfingers...

#3  My black flat sandle cannot be worn for a certain time of period starting from yesterday's evening. Need to seek for a cobbler and I do not know where to find a cobbler in this town. Damn! Now I don't have any shoes to walk with except the black Scholl which i only wear it during formal occasion  Herm..I don't wanna hurt my feet again! :(

#4 2nd time sesat di Kota Bharu! muaahahahah~ This time, pagi pagi buta boleh termiss junction yang usually I used to get to my office. Mengelamun ape tah tadi pagi, sampai tibe-tibe noticed that this is not the road that I usually used..barulah fokus driving haha..syok jugak, dapat jenjalan town KB pepagi yang indah dengan cahaya matahari yang sangat terik memancar direct in front of me! wee hooo~

#5 This is the best among of all kot. Since I am considered as new staff di sini, so I still didn't get my Staff ID. Therefore, every morning I always have issues to get into my office. hua3! Then, this morning I press la ring bell as usual, few minutes later, my colleague (which i never had a chat with her yet..) pun turun to open the door and I believed that she's going to her class kot. Then die tanya, "you don't have your student card?" .. she's looking at me dgn wajah yang agak garang la..Then I smiled, and said sambil segan silu, " I'm a lecturer.." both of us blast a laugh kat tangga tu and she said," Nampak mcm student..takpe takpe, awet muda", .. and we gelak lagi and both of us separate our way heading to our own destination :)

Erm..whatta funny and enjoyable day .. Okay, need to complete few tasks here..See you in the next entry peeps!



-The End-

March 20, 2013

Zimbra!

Assalamualaikum w.b.t

U olz! Nak story mory sikit ni .. sepanjang i olz bekerja, i olz tak pernah jumpa lagi sistem email kerja yang kene refresh baru dapat email baru (itupun kalau ada lah email baru masuk). I olz ni baru la 4 hari di negeri orang ni kan, jadinya baru semalam i olz dapat access internet. u olz tahu apa masalah i olz sekarang ni?

Ceritanya begini, I olz tak dapat lagi kad ID untuk staff, jadinya i olz pun email la pada kakak admin yang settle kan timetable (i olz tahu name dia sorang je) .. i olz dah siap mengarang email, lalu tekan 'send'. tunggu punya tunggu, i olz macam geram jugak sambil mengomel sendiri eh lambat la orang sini reply email. erm..takpela, mungkin banyak kerja kot. fikir yang baik-baik aja. Sekali, i olz bosan sangat and tak sabar nak tahu status ID kad staff i olz, makanya i olz pn bebel lagi sorang-sorang kenapa akak ni tak reply email etc kan. sambil tangan ni click la 'refresh' button. sekali keluar email baru masuk tu! 

Laaarrrrr..nak kene tekan refresh button baru boleh dpt email baru ke???! kalau aku tak tekan-tekan dari tadi makanya aku pn tak tahu ada email masuk! tuihh..apa punya sistem ini!? Nampak mcm microsoft outlook, tapi mcm bukan.. dia kuar "zimbra". entah ape2 nama sistem. Macam nak spell Zibra tapi typo jadi Zimbra. isk isk isk..macam-macam hal~

Tu jela i olz nak cerita. I olz bosan duduk sini sebenarnya. Sumber nak dapatkan maklumat kurang. Entahlah..segala jenis teknologi kurang la kat sini. Leceh  dan susah sikit nak berhubung. Kalau nak, pegi sendiri kat kaunter pertanyaan. haish.. Takpela, i olz sabar demi mengejar cita-cita dunia :)




-The End-

March 19, 2013

DOA

Assalamualaikum w.b.t


Doa-Doa Yang Makbul :

1. Orang yang terdesak (melakukan perkara yang tidak bercanggah dengan Islam)

2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-Tanda Doa Yang Makbul :

a. Terasa sesuatu yang menakutkan.

b. Menangis tatkala berdoa.

c. Terasa menggeletar.

Cara Berdoa :

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa"

2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).


Sumber: ILUVISLAM BLOG


In syaa Allah..


-The End-

March 10, 2013

Perkembangan Projek Perkahwinan

Assalamualaikum..

Hi u olz! Aku rasa sgt teruja sebab dalam 1 jam 1/2 aku dpt settlekan semua pakaian-pakaian aku! haha..untuk pengetahuan u olz, aku ni paling malas nak uruskan pakaian. Beli pakaian baru pandai, tapi nak basuh n simpan, kurengg .. opss! Bakal encik somi baca ni mesti tepuk dahi die. hehe..

Anyway, aku masih belum pack barang lagi. Still sibuk uruskan hal-hal berkaitan documentation..ke hulu ke hilir. Tengahari tadi sempat luangkan masa dengan mama untuk pergi food testing dengan caterer yg kami plan untuk ambil for my wedding nanti. Dah minta izin pada tuan rumah kenduri tu untuk singgah. haha..kelakar lak..To conclude, masakan die mmg sedap. Mama pun suka, cumanya pakej yang kami plan untuk pilih tu ada beberapa kekurangan yang mana bagi aku dan mama kekurangan itu tersgtlah penting untuk memastikan dekorasi dewan nanti sempurna walaupun ringkas. Pelamin takde pun takpe, asalkan hiasan nampak kemas dan simple. Terlalu sarat pun tak best jugak kan..Ok, kalau kerja dengan aku memang tak boleh lari dengan perkataan 'simple but nice'. So, kalau nak sarat menyarat bagai, jangan kerja dengan aku. Tak suke!

Ok, tinggalkan bab catering, singgah sebentar bab guestbook corner. Yeay! Aku nak buat guestbook corner! Dapat jumpa orang yang boleh buat murah! Under my budget pulak tu. Ade jugak aku survey wedding planner yg buat servis ni, haih..gedik je nak caj memahal. Padahal biasa-biasa je decoration die. Bunga fresh flower pastu frame2 easel bagai..tapi entah ape yg mahal tah..kat org yg aku dapat ni, senang je.  Range pakej die offer is between RM200 - RM400. Yang lelain tu paling basic pun dah RM650. Boleh tak aku mintak budget RM500, die bagi aku yg RM650?! Tak customer centric betol! Kate boleh customize ikut kehendak customer.. Kalau aku nak RM500, ko prepare la decoration within that budget, ape yang susah sgt. Dasar tamak! Malas layan~

Ok settle bab guestbook. Masalah lain adalah, herm.............baju! haha..baju untuk family..bukan baju pengantin. ngah3..budget takdok lagi nak beli kain untuk baju melayu. dalam sekali buat nak 5m! haish..So yg tu postpone dulu. Kasi aku stable kat tempat kerja baru nnt aku beli kat Jakel Kota Bharu yer..ngah3~

Ape lagi? Erm,...bilik pengantin? oh aku takde la nak havoc dgn bilik pengantin sbb aku rs mcm rimas dgn hiasan pengantin tu. So ape yang aku buat adalah, aku just beli cadar baru (yg pasti cotton bukan satin yg panas tu), katil and tilam baru, curtain, carpet, and tambah aksesori dinding sikit2. Kebetulan lampu bilik aku rosak, so memang nak kene buat wiring baru and alang-alang tukar lampu terus. yeay! Dengan budget yang rendah, aku dapat hasilkan bilik yang simple but nice :)

Makeup! haha ini sangat penting u olz! Makeup dah plan nak amek sape..since sume beratus2 kan caj nya, so aku jmp sorang minah ni..hasil tgn die wallah! superb! so aku hope dapat cop die untuk tarikh azimat itu nanti! :)

Ok, aku nak stop sini dulu. Nanti aku share lagi perkembangan kehidupan aku yang agak membosankan ini yer. 



-The End-

March 08, 2013

Life Updated as at 8/3/2013

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat semua. Hari kedua sebagai penganggur! Ya! Aku sudah tidak bekerja lagi di ING Takaful sejak Rabu yang lalu. Aman sungguh hidup buat sementara waktu. Kini sibuk dengan persediaan untuk berangkat ke Kelantan dan dalam masa yang sama jenguk-jenguk juga laman-laman/blog perkahwinan. Tiada apa yang khusus, cumanya aku ingin selesaikan bahagian dekorasi dewan, catering dan busana pengantin (L and P). Semua sudah disentuh, cuma belum diberi kata putus lagi. In syaa Allah, sebelum aku berangkat ke Kelantan, semua yang penting akan cuba diselesaikan.

Masih ingat penglibatan aku dalam Malaysian Takaful Association (MTA) Paintball Tournament 2013 pada  3/3/13 lalu? Hoho..pencapaian yang tidak diduga, kumpulan aku mendapat tempat ke 5 daripada 10 dan Best Player Female 2013! hoho~ Alhamdulillah..rezeki dan pengalaman manis di saat saat akhir sebagai pekerja ING Public Takaful Ehsan Bhd (IPTEB) yang namanya bakal diubah menjadi AIA Public Takaful? or AIA Takaful? or entahlah..malas nak fikir tentang intergrasi yang telah mengundang pelbagai spekulasi positif dan negatif dan isi politik sana sini. Apa-apapun, semoga kalian yang cuba untuk membodek bos bos baru itu berjaya ye!

Ok, sebenarnya aku stress sbb semua orang penting yang aku sms or email semua tak reply-reply! Kerja ke tak dorang ni sume?! Aku ada perkara urgent nak disettlekan dalam masa seminggu je lagi ni. Allah, permudahkanla segala urusan aku..aminn..

Pack barang belum lagi. Oh malasnya. Kenapa la malas sangat ni..
Nak collect report medical checkup lagi dekat Jln Raja Chulan..huaaa..malasnya nak ke KL waktu waktu mcm ni...Ok aku stop sini dulu. Later nnt aku update lagi.



-The End-