October 31, 2009

:: percaya ::

Kali pertama aku menjejakkan kakiku ke perpustakaan utama di Universiti Malaya. Aku sangat terdesak untuk mencari port study yang sesuai selain perpustakaan Shah Alam yang ngoks itu. Sudahlah tempat yang disediakan sedikit, orangnya (kebanyakkan dari pelajar Uitm Shah Alam) pula bagai tidak memahami tatatertib ketika berada di dalam perpustakaan. Haruslah senyap walaupun sedang berdiskusi bersama rakan. Ini dibuatnya bagai berada di tempat awam, bercakap bagai mahu seluruh manusia di situ mendengarnya. Aku betul-betul tertekan berada di situ. Maka, aku membuat keputusan untuk tidak lagi pergi ke situ, sebaliknya aku korbankan masa dan wang demi mendapatkan tempat menuntut yang lebih selesa dan tenang untukku mengulangkaji pelajaranku.



KES I:

Setelah tiba di perpustakaan utama UM, aku pun mulakan proses pembelajaranku dengan doa belajar dan mulakan pembacaan untuk subjek Makroekonomi Lanjutan. Di hadapanku ada seorang pelajar dari luar negara, wanita berkulit hitam, tidak pasti dari negara mana. Sedang kami sibuk mentelaah, tiba-tiba wanita itu bangun dan datang kepadaku lalu bertanya " Do u stay here?" Aku pun menjawab " yes" sambil tersenyum dan menganggukan kepala. Kemudian wanita itu berkata " Can you watch my handbag?" Aku pun menganggukkan kepalaku sekali lagi sambil meyakinkan wanita itu bahawa aku boleh dipercayai. Lalu kami sama-sama membalas senyuman dan wanita itu pergi dengan jubah dan hijabnya yang serba hitam.Sepeninggalan wanita itu, aku tidak lupa pada amanah yang diberikan iaitu untuk menjaga bag wanita tersebut. Tiba-tiba aku terfikir, wanita itu mempercayai aku walaupun baru kali pertama berjumpa. Kalaulah aku ini tidak jujur dan amanah, sudah lama aku pergi meninggalkan tempat itu tanpa menghiraukan begnya ataupun aku meninggalkan perpustakaan itu bersama begnya.. huhu~



KES II:


Hari Sabtu (hari ini), aku pergi lagi ke perpustakaan utama seperti biasa untuk mengulangkaji pelajaranku. Oleh kerana aku berasa sangat sejuk dan mengantuk, lalu aku berpindah ke foyer Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Setibanya aku di situ, aku lihat kiri kanan ku terdapat meja yang dipenuhi buku-buku dan 2 buah LAPTOP!! lengkap dengan wayar dan segalanya. Tetapi aku pelik, tiada sesiapa di situ. Aku pun teruskan membaca. Tiba-tiba ada seorang lelaki berkulit hitam juga, datang kepadaku lalu meminta aku menjaga barang-barang mereka itu kerana mereka ingin ke surau untuk solat Zuhur. Aku seperti biasa membalas dengan senyuman. Lalu mereka pun pergi.



KESIMPULAN:

Apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah, kepercayaan diri terhadap seseorang itu. Aku rasa bangga dengan diriku sendiri kerana mendapat kepercayaan dari orang lain walaupun pada pertemuan kali pertama. Terima kasih kerana mempercayai diri ini~


p/s: Sekarang aku harus belajar untuk mempercayai orang lain terutamanya dia~ waaaa..Sememangnya aku percaya, tetapi entahlah..mungkinkah keran sifat terlalu cemburu itu menguasai diri?? emm..

October 12, 2009

:: Update diriku..banyakk lagiii~ ::



Malaysian Economy : 1 - Analysis Budget from 1970-2008 (perghhh~)


Advanced Macroeconomics : 1 - Presentation (slide dah siap cume tinggal nak polish knowledge je~)


Applied Econometric : 2 - Homework 4 & Project Paper


Mungkin aku boleh melengkapkan semua tugasanku sebelum bermulanya final, tetapi persoalannya mampukah aku menjawab paper ku dengan baik dengan tempoh masa yang sangat singkat ini??


Tolongg aku beb!!~


(dalam hati berkata : hanya engkau saja yang mampu tolong diri kau sob sob~)

p/s: Final Exam :

  • 4th November _ Macro


  • 5th November _ Econometric

:: sakit hati oii~ ::

Entah mengapa aku rasa terpanggil untuk meng"update" blog aku selepas aku menonton Buletin Utama jam 8 malam tadi. Terasa sakitnya hati ini apabila mendengar bahawa Isa telah memenangi majoriti sebanyak 5o0o bape entah malas nak amek tau. Kenapa?? kenapa?? kenapa??..Adakah orang Bagan Pinang hanya sukakan pembangunan fizikal berbanding Islam itu sendiri?? Kenapa tidak dipilih wakil PAS untuk memimpin anda? erm... macam ini rupenyaa...~

Aku pun tidak faham mengapa orang yang ada sejarah rasuah dan sememangnya diakui kesalahan itu masih lagi diberi pengiktirafan untuk menjadi pemimpin?? Apa orang-orang di situ sudah dimandrem kah? Apa yang mereka taksub sangat pada si tua itu aku pun tidak faham. Nak dikatakan dungu aku rasa semua pandai sudah..Maklumlah sekarang zaman celik IT, kalau tidak pandai membaca, sekurang-kurangnya pandai mendengar. Berita terkini kan melambak ..macam-macam sumber boleh dapat..Tapi kenapa masih ada yang tidak faham, dungu, buta dan yang sewaktu dengannya??

Aku bukanlah memprotes kerana anti kerajaan semata-mata. Tetapi politik yang dimainkan oleh kerajaan kebanyakkannya berlandaskan aktiviti kotor+keji. Masakan aku sebagai orang Melayu yang beragama Islam (tak sejahil orang2 itu) mahu menyokong pemimpin yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. Engkau mahu kaya sehingga sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan halal haramnya. Beb, matlamat tidak menghalalkan cara..Umur masing-masing sudah lanjut, tunggu orang gali kubur dan masuk aje. Adakah engkau sudah bersedia??



 oiii! bangon lah oii!