February 11, 2012

Bila pensyarah mula merajuk ...

Hi!
Tiba-tiba terasa untuk meluahkan sesuatu di sini. Kecil hati ini terkenangkan perkara yang berlaku siang tadi.
Marah? sudah tentu! 


Semenjak bergelar pensyarah sambilan di salah sebuah kolej universiti swasta, masa rutinku telah berubah. Ianya seperti tiada ruang untukku bersosial selain dari melayai laman muka buku dan twitter. waktu waktu yang terluang dipenuhi dengan aktiviti mentelaah topik-topik yang bakal diajar di samping meneliti dan memahami tugas-tugas sampingan sebagai pensyarah. Rumit rupanya!


Selain terpaksa menyusun jadual pengajaran dan pembelajaran dengan teliti, aku juga harus memastikan bahawa pelajar-pelajarku selesa dengan cara penyampaianku dan mereka menerima mesej yang hendak disampaikan (walaupun ianya agak sukar bagi seorang pensyarah baru yang tidak mempunyai pengalaman sepertiku)
Takpe, pelan-pelan kayuh!


Bengang! 
Baru kini ku tahu bagaimana perasaan apabila seorang pensyarah yang bercakap di depan, dan pelajarnya bermain sambil bergelak ketawa di belakang. DAMN! rasa nak kasi penyepak pon ada! Penat kot aku memberi penerangan di hadapan. Taula kau tu anak orang kaya, tapi at least respect la sikit orang lain yang nak memberi ilmu ni. Walaupun ilmunya tidak seberapa, namun ianya berguna sekurang-kurangnya di waktu peperiksaan akhir semester nanti!!! duhh~


Lain suasana pengajaran dan pembelajaran di kolej swasta dan awam. Mereka ini kebanyakkannya terdiri dari golongan berada yang seperti tiada matlamat untuk belajar dan hanya menghabiskan masa muda di kolej. Maklumlah, mak bapak banyak duit. Fail banyak semester pun ape ade hal, selagi duit masih ada! Tapi pada aku, duit yang ada tidak terhad, namun harus diingat bahawa masa yang ada itu terhad! Takkan sampai ke tua nak hadap level tu je kan?! 


Pelik aku. Usia masih muda, jadi apa matlamat mereka sebenarnya?! 
Belajar kolej agama, namun sikap dan tingkah laku tidak menggambarkan seperti orang yang terdidik dalam agama. Paling kurang, semangat untuk maju itu ada. Ini, langsung tiada inisiatif untuk bertanya, memahami etc! Siot ar korang!!


Berubah!!
Ya! aku akan berubah. Berubah apa? 
Sejak beberapa minggu mengajar, aku notis beberapa perkara yang berlaku di kalangan pelajar-pelajarku dan aku akan mula untuk ambil tindakan sepatutnya atas apa yang berlaku! Aku tidak akan berdiam diri dan terus memberi mukaku pada mereka! (duhh~ muka aku sapelah nak amek .. haha!)
Siaplah korang! Enko ingat enko anak orang kaya, boleh buat sesuka hati?! Boleh jalanlah~


Muahaha! Sorry kalau lagakku tidak seperti seorang pensyarah yang berguna. Apa-apa pun, niat aku untuk betulkan mereka. Lain orang, lain cara beb. 
Ok aku nak tido!
Masih berkecil hati terkenangkan apa yang berlaku siang tadi. Aku hanya mampu untuk beredar awal tanpa berkata apa-apa.
Perempuan tidak beradap!
huh!




-The End-