November 12, 2012

Pantun Nasib Diri

Malam Deepavali, mengurut kaki sendiri.
Nak pergi massage centre tak mampu lagi.
Mintak bos naikkan gaji, tak bagi.
Inilah nasib yang menimpa diri.

-The End-



Geram

Assalamualaikum ..

Tiba tiba terfikir kata-kata rakan sepejabat petang tadi. "you terlalu fikirkan kata-kata orang dari kata hati you sendiri" .. Betul sebenarnya apa yang dikatakan oleh member tu. Aku terlalu nak jaga hati orang lain, jaga kepentingan orang lain, jaga air muka orang lain. Tapi sapa nak jaga hati aku? air muka aku? makan minum aku? dan yang paling penting, masa depan aku, sapa nak jaga semua tu?!!

Tak guna aku menyesal sekarang. Semua dah berlalu. Keputusan telah dibuat. Menangis bagai nak rak pun tak upaya nak kembalikan peluang yang dah pergi. Betul kata encik tunang, peluang datang sekali je. Masalahnya aku ni selalu dengar kata orang. Tak dengar kata diri aku sendiri dan tidak membuat keputusan berdasarkan kemampuan aku sendiri. Orang pandai berkata-kata. Nak nak orang tu semua dah berumur dan banyak pengalaman hidup dan boleh dikatakan berjaya dalam hidup. Senang lah mereka cakap. Yang nak laluinya aku! Yang nak bekerjanya aku!

Geram pada diri sendiri.

Wassalam dan selamat malam!


-The End-

November 11, 2012

Generation Y




General Attitude: Let’s make the world a better place


Characteristics: Tolerant, Caring, Honest, Balanced, Independent, Optimistic and Clean Cut

Likes: Shopping, Labels, Friends, Family, The environment, Technology

Dislikes: Dishonesty, Unbalanced lifestyles.



Communication styles: Matures, Baby Boomers, Gen X, Gen Y – have very little interaction with one another. Gen Ys, in particular, are not interacting with older generations. (US-Ranstad Study)



Facebook dominates the Gen Y media mix, with 81% using it every day. Herm .. It's not a bad thing tho. We can get alot of information via facebook, right guys? Financial news, entertainment news, bloggers, political issues etc, you named it :)
"A solid majority gave social media an important role in their consumer decisions, with sixty-three percent saying that they use social media to engage with brands, and over half said their attitudes toward brands were shaped by Facebook, blogs and online video produced by brands. Over 25% reported using mobile devices to access social media content."
Source: Google jer :)
Saje je nak share dengan kalian tentang ciri-ciri generasi Y ni. Sebab people are talking about gen y these days. Even insurers and other banking institutions also talking about us. We are so like diberi perhatian! wee hoo! So, jangan mudah terpengaruh sangat dengan produk-produk yang ditawarkan oleh mereka ni unless ianya mmg betul-betul berguna untuk anda. Orang marketing beb, cakap manis semua. (aku tahu, anda pun tahu juga). Sebab tu aku sekarang memang tolak terus kalau ade marketing fella datang approach ke ape. Melainkan kalau aku nak bende tu, aku yang akan cari mereka. Sama jugak macam pergi kedai kain. Fuh..rasa nak mengamuk juga, bile start melangkah masuk je kedai, mula lah minah ni nak membontoti aku. Sabar la makcik, aku nak nanti aku panggil la. Kasi aku chan nak jenjalan dulu pilih mane yang berkenan. I dont need your opinion sbb taste lain lain. Bunyi agak sombong dan kasar di situ. Tapi itulah realitinya. Aku bukan jenis shopper yang suka jalan cari lelama bla bla bla. Tu je :)

Last but not least, photo bawah ni menunjukkan rutin generasi aku dan kamu. Tatau la apa pulak akan berlaku di generasi bakal anak anak kita nanti ye :)


Ok, dah malas nak mengarang ayat best-best. Semua tak best je malam ni. Need to sleep now. Nak jogging esok!
Selamat malam.

-The End-

November 10, 2012

Assalamualaikum everyone!

It's 101112!! btw, apa ada pada tarikh, ye tak? Whatever time and day and date is, as long as kita lakukan perkara yang berfaedah dan sentiasa memperbaiki diri kerana Allah, insyaallah setiap hari adalah hari yang bermakna untuk kita. 

Oktober...

Bulan ke-5 aku bekerja di sini (tamau mention nama company). Pelbagai suka duka telah aku lalui. Seronok, gembira, sedih, marah, tertekan, malu, geram, semua dah dirasai dalam masa lima bulan. Yang paling best, ia merupakan bulan hari lahir aku yang ke 27!!! Alhamdulillah .. Allah masih memberikan aku nyawa sehingga ke hari ini. Bulan ini jugalah titik tolak masa depan karier aku di mana aku telah menerima tawaran dari salah sebuah agensi kerajaan yang berada di bawah MITI dan pada masa yang sama aku sudah mula ada sense of belonging pada syarikat yang aku sedang bekerja kini. 

Ketua punca utama ...

Bekerja di bawah ketua yang mengutamakan nilai-nilai islam, suka bermesyuarah dan yang paling penting mahu berubah demi menjaga hubungan di antara pekerja di bawahnya merupakan antara faktor-faktor utama mengapa aku sukar untuk menerima langsung tawaran agensi kerajaan tersebut. Ibu ayah memilih agensi kerajaan, syarikat pula minta aku kekal. Katanya aku ada potensi untuk cemerlang. Ibu ayah kata, sana lebih secured, kerja senang, bayaran lebih 15% dari current salary (oh..tiba-tiba rasa menyesal...) ok cukup buat perbandingan kerana aku berasa teramat sedih sekarang ini. Kalaulah bos baca ini, fuhh .. entahlah .... 

Sektor kewangan ...

Memang seronok dan satu kelebihan bagi seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam sektor perbankan dan kewangan. Namun, aku tidak boleh nafikan bahawa aku tidak mempunyai minat dalam bidang ini dan serius, susah pulak aku nak paham rencana-rencana/artikel-artikel dalam bidang tersebut. Surprisingly, mudah pula untuk faham artikel-artikel berkaitan bidang lain. Ya Allah, terangkanlah mata hati aku .. aminn

Tapi apa boleh buat, pilihan sudah dibuat. Hidup perlu diteruskan. Aku kena terus berfikiran positif dan anggap ini sebagai cabaran untuk aku majukan diri aku. Mungkin satu hari ianya akan menjadi satu kelebihan untuk aku. Insyaallah. Aku cuma perlu bersabar. Pengalaman sebegini sukar untuk dicari. Aku akan cuba! Bos, saya minta tolong jangan putus asa dalam mendidik saya ye. :))

Sekian, terima kasih!


Nota kaki:
Mood to write suddenly fade away.
 



-The End-