May 26, 2010

:: Entry suka suki di malam Khamis ::

Selamat sejahtera
(sejahterakah anda ketika ini para pembaca sekalian?? ngee ...) ,

Lately ni aku asyik sibuk je (bukan lately ni je, late late lately sebelum ni lagi, asyik sibuk jugak hehe~). Sibuk dengan proposal (baru proposal tu, belum thesis lagi..haih), sibuk dengan facebook (hari-hari wajib on walaupun tak de bende nak buat, kakaka~) dan haa ... sibuk dengan tugas-tugas RA, kene kejar ke sana ke mari (Klang Valley) call sana call sini, aku ni dah la buta jalan, tempat dekat, boleh jadi jauh sebab asyik sesat je. Tolonggg ... sakit jiwa jalan-jalan kat kolumpo nih..Orang salu cakap "kau ni, dok KL, tapi tatau jalan" ..oi, aku bukan dok KL, tapi Shah Alam okay..haha alasan je kan. Padahal orang Melaka (opss..haha) pon lagi terer jalan KL dari aku..haih..takpe takpe..aku amek peluang jadi RA kali ni untuk tahu jalan-jalan  KL yang sesak sempit ni.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dunia akhirat ..aminn (korang, aminkan sekali yer .. maceh)

Tapikan, korang tahu tak, hehe .. Bile sesat sesat tu, tibe jumpa bangunan yang kite nak cari, fuhhh seronok gila!  Aku siap loncat-loncat gitu sambil pegang stereng .. haha .. Bes gile gaban! Tapi keseronokkan itu hilang apabila aku tak jumpa tempat yang sesuai untuk park keta aku yang comey lagi hodoh tu. aaaaaaa ... kenape la susah sgt nak parking keta kat KL ni ek..dah tahu tempat tu kunjungan orang ramai, buat la tempat parking banyak-banyak .. and jangan la mahal-mahal sangat. Bengong la sistem dorang nih .. Dah tahu penggunaan kenderaan persendirian semakin meningkat, cube la buat sesuatu dengan sistem pengangkutan kat Lembah Klang ni.

Perkhidmatan public transport  yang ade ni pun tak membantu sangat sebab still orang kene menapak sampai peluh-peluh, busuk-busuk untuk tiba ke destinasi, ditambah pulak servis mereka yang tak memuaskan. Lagi la orang tak mo guna. Sanggup ngadap jem-jem dari naik komuter etc. kan kan kan? Asyik-asyik masalah yang same, mcm tren lambat, gerabak tak cukup nak tampung kapasiti penumpang yang ramai gila..eee .. Time sesak-sesak tu, macam-macam boleh berlaku tau kawan-kawan. Aku dah banyak pengalaman huduh sepanjang jadi pengguna KTM (LRT much-much better than KTM!!) beberapa tahun lepas. Naik fobia aku. buduh punya pakcik tua. Boleh ngaku "Dato' Kamaruddin" kat aku. Dia ingat aku ni kekanok umo 5 tahun?? Aku 25 tahon okies uncle. Ok, abaikan, itu cerita lama. ngee~ Apa-apa pun, masalah ni takkan selesai kalau kita tak cube untuk selesaikan. Bosan jew.. Sebab tu aku tatau jalan KL, sebab faktor-faktor begini la yang menyebabkan aku malas gile nak berjalan ke KL walaupun dekat je dari Shah Alam ni. (eceyy alasan lagik ..ngee ~)

Aku semangat cakap pasal transportation ni nape ek?? hehehe ... Sebabnye aku merancang untuk buat thesis berkenaan masalah pengangkutan di Lembah Klang ni .. nanti set questionnaire aku dah siap (dengan bantuan Dr. Nurul yang cool), aku akan amek korang sebagai respondan eh, responden aku .. yeh yeh yeh? boleh kan ?? ngee..korang pun, kalau nak aku jadi responden korang, mai la sini. Aku suke jawab questionnaire nih, dan kesahihan maklumat yang diberikan oleh aku tu, tak perlu diragui, sebab aku ni jujur bile jawab questionnaire orang. Sebabnye, bukan orang kenal pun sape yang buat bende tu kan..mandai2 je aku kan...hehehehehe :)

Tengoklah aku ni, dalam keje banyak ni, sempat nak layan blog ni kan..Teruk betul Madeeha ni ..isk isk isk ..sumbody tarik ambot dea pleassse .. heh poyo kan..

Kay la, aku nak sambung main Cafe World (ceh, igt kot nak ckp sambung buat keje kan ..hehe)  ... Ade berita baik!! Tahap ke"gian" nan untuk bermain Cafe World aku sudah dapat dikawal sejak minggu final semester lepas. wee! alhamdulillah .. Petanda baik untuk aku berjaya nih .. ha ha ha ha ha ~

K, chiow meow meow !

May 19, 2010

:: Bercakap Benar :

Bila berkata benar, ada saja respon negatif yang diterima. Kenapa ya? Bukankah fakta yang benar lebih baik, dari fakta yang tidak benar? Walaupun ada kalanya berkata benar, lebih menyakitkan dari menjadi tidak jujur, lebih-lebih kepada orang yang penting dalam hidup kita

 ... herm ... Aku akui, sememangnya berat untuk bercakap benar..Akan tetapi, jika difikirkan rasionalnya, adalah lebih baik daripada anda menipu rakan baik anda, kerana kelak kebenaran pasti akan terbongkar jua. Pada waktu itu, kebarangkalian hubungan kalian untuk menjadi buruk adalah tinggi. Paling tidak pun, tahap keihklasan bersahabat menjadi kurang dan lama-kelamaan timbul rasa tidak hormat antara satu sama lain. Apa yang penting, kejujuran dalam persahabatan dan keikhlasan diri untuk membantu rakan. Anggap sajalah ada hikmah yang besar di sebalik kekecewaan yang secebis itu. Mungkin kali itu, anda yang bernasib baik, mana tahu kali seterusnya dia pula yang bernasib baik .. Malah dibantunya anda yang kebetulan dikala itu sedang dalam kesusahan atau apa saja kondisi yang tidak baik.. Siapa tahu kan??

Saya ingin seru kepada rakan-rakan budiman sekalian, jangan mendustai persahabatan yang terjalin kerana kelak ianya akan membakar diri. Sentiasa ikhlas dalam bersahabat walau apa yang terjadi. Apa jua yang dilakukan kalian pasti akan terbalas, samada daripada rakan anda atau dari Dia. Insyaallah ... ... ...


Nota Kaki : ngee..lawak pulak berbahasa baku cenggini..tapi siyes weh, bile kite bercakap yg betul,hati kite pun tenang..tak perlu risau org tu akan tau ke ape ke..tak perlu keco2 nak kaber line, bla bla bla.. kan kan kan?? So, kepada kawanku yang terasa dengan aku, aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki..Sesungguhnya, kata-kata yang lahir dari mulutku adalah yang benar dan ikhlas dari hati. Akhir kata, ingatlah bahawa rezeki ada di mana-mana dan aku sayang kamu! khi khi khi :)