September 30, 2009

:: cepat!!! ::

assignment assignment assignment dalam bulan raya ini..
adehh..tekanan tekanan dan tekanan lagi!!~
nak beraya pun tak senang..

September 21, 2009

:: suasana raya ::

         Hari ni hari raya ke-2..suasana raya hari ini macam biasa saje. Dala tengah hujan lebat..tengah-tengah hari pun ujan..Ditambah pulak, mama ayah pun puasa 6 hari ini. Kakak, abg Din and Shamil baru je bertolak ke Keratong, Pahang tadi pagi. So yang menghuru-harakan keadaan di rumah ni, aku dan adik kecik aku ni jela..Sungguh bosan..Cenggini la raya orang yang tak de kampong..ngaa~ nenek datuk dua dua side dah lame tak de. Uncle Aunty sume kat KL, tapi masing-masing raye dengan family masing-masing di kampong mertua kots.haha~ So selalunya raya aku akan happening bile semua orang dah pulang dari kampong..So dalam next week kot baru la bergiat aktif nak beraya ke rumah uncle sume..huhu~ cepatttlaaa...bosan okay!

          Ow sebelum tu, nak jugak cerita suasana hari raya aku pada 1st raya semalam. Hemm..bangun pagi, mandi sunat hari raya, then siap siap untuk makan..and isi kuey raye dalam bekas masing-masing and kemas dapo kesan dari proses memasak malam semalam. Lepas tu, tunggu la mama ayah, areeq and abg Din balik dari sembahyang raya. Kakak, aku and shamil lepak rumah jew tengok tv..huhu~ sambil sambil epy dengan baju raya kami yang bertemakan hijau untuk tahun ini.Wee~ Tengah harinye, kami semua bersiap pergi lunch di rumah Ayah Zi (uncle, ayah's side) kat PJ. Memang every year Ayah Zi and Aunty Tik akan panggil we ol sume lunch dan menunye tetap same iaitu Nasi Dagang. hehe~ suke! Thanx for inviting us!! 


         Tapikan, kalau balik kampong ayah aku (Kelantan) lagi bes. Macam-macam makanan ade..yang paling aku suke roti dengan kuzi!! aummm!!~ tapi kat sini tak ramai yang pandai buat kuzi. huhu~  emm..mcm mcm kan..hehe..entah kenapa mood makan kuey raye aku semalam tetibe menjadi jadi..Sume kuey aku makan..Kalau tak jarang sangat2 aku nak makan kuey raye..mungkin sebab abg yang bagi kuey raye kots..tu yang semangat..hahah~ thanx abg for the kuey raye ..muacchh!!~


           Duit Raye..hemmm..untuk umor aku ni..aku dah tak expect akan dapat wet aye lagi..hehe walaupun status aku sekarang masih belajar..heheh..tapi semalam sedang aku ber touch up touch up untuk ke umah Ayah Zi, tibe kakak naik atas and hulur wet raye kat aku..hehe terharu aku..aku pun beraya dengan akak sambil rase sebak..tahan je air mata nak kua..hehe~ thanx kakak.. then aku, kakak and areeq beraye dengan ayah..uhuu..aku pasti nangis bile cium tangan ayh..sebak..sebak..sebakk..umm mungkin sebab kesalahan dan kesilapan yang tak terkira banyaknye terhadap ayah mama..umm sedihhh~ ampunkan DD yer mama ayah..DD akan cube jadi anak yang baik untuk mama ayah..Insyaallah~



            So, itulah suasana Hari Raya aku setakat 2 hari ni..Simple jew tapi sangat bermakna untuk aku..Mungkin pada orang lain, suasana hari raya macam ini agak pelik dan bosan. Tapi aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku ada family dan masih mampu untuk memakai baju raya dan bergembira. Berbanding orang lain yang tak de ape-ape dan langsung tak dapat nak nikmati susasana hari raya..Alhamdulillah~

September 14, 2009

:: MUSUH ::

Ada satu kisah...
Uncle Sam seorang yang baru je pencen. Dia berhasrat untuk membeli sebidang tanah untuk dijadikan kebon. Ianya sebagai untuk mengisi masa lapangnya dikala kesunyian .. Maklumlah, orang tua, apalagi yang dia boley buat kan bila dah pencen..Maka hari pertama, dia mempersiapkan kebonnya itu dengan benteng yang dikira kukuh la untuk mengelakkan serangan babi hutan di malam hari. Maka dia memacakkan batang kayu serapat yang mungkin di keliling kebonnya itu supaya tidak ada satu ruang pun untuk si babi-babi hutan itu memboloskan diri mereka. Setelah selesai, maka Uncle Sam pun pulang ke rumah dengan yakin dengan benteng yang dibinanya dan ketidaksabaran menanti hari esok untuk melihat keadaan kebonnya.
Keesokkan harinya, Uncle Sam bangun pagi dan bersiap-siap untuk ke kebonnya. Setibanya dia di sana, alangkah terkejutnya dia apabila melihat seluruh tanamannya rosak disodok (betul kew perkataan ni?? akaka~) babi-babi hutan itu. Dia berasa hampa dan agak pelik bagaimana makhluk-makhluk itu boley masok sedangkan dia sudah membina benteng yang agak kukuh di keliling kebonnya itu. Maka dia tekad untuk membina benteng yang lebih kuat daripada kayu tersebut iaitu dengan menggunakan zink! Uncle Sam menanam kepingan zink sekitar kebonnya itu lalu pulang ke rumahnya seperti biasa dengan harapan baru.
Namun, apa yang diharapkan tidak juga kesampaian apabila Uncle Sam melihat kebonnya bertambah teruk berbanding hari sebelumnya. Dia mengeluh kesedihan dan keletihan.
Pengajaran yang boley kita dapati dalam cerita di atas ialah, musuh sememangnya tidak akan berdiam diri, malah ianya akan sentiasa mencari jalan dan lubang untuk dia memasuki kawasan pihak lawannya untuk menghapuskan musuh mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun. Maka, berhati-hatilah wahai manusia..Musuh ada di mana-mana..Namun musuh yang ketara bagi umat Islam adalah syaitan, kedua adalah nafsu, seterusnya orang munafik, keempat adalah orang Islam yang berhasad dengki dan yang terkakhir adalah orang kafir!~

September 10, 2009

:: dunia VS akhirat ::

 Tazkirah untuk malam ke-19 oleh Ustaz Shukri dari Ampang

1. Berbekal lah di dunia ini dengan masa yang ada di syurga ~ buatlah amal seberapa banyak yang mungkin untuk persediaan kita masuk ke syurga kelak..ustaz tu tanya" tuan puan dah sedia masuk syurga? berapa banyak da tuan puan sedia? apa yang tuan puan sediakan untuk masuk ke syurga?? ...hemmm

2. Buatlah dosa seberapa banyak yang kamu mahu berkadaran dengan azab yang kamu mampu bertahan di Akhirat kelak.~ kalau banyak dosa, maka lebey hebat azabnya..[kamu mampu bertahan kah ??]

3. Ambillah dunia ini sekadar untuk kamu hidup sahaja~ Sekiranya kita hidup sehingga umur 50 tahun, maka cukuplah untuk 50 tahun, janganlah terlampau taksub dengan dunia sehingga untuk 90 tahun dan sebagainya..Kumpul harta tidak salah sekiranya kita menggunakan harta2 itu untuk kegunaan akhirat dan sekadar untuk hidup di dunia yang bersifat sementara ini.

September 08, 2009

:: bOnVoyage ::

Yeay~!
Hari ni sangat seronot!! break  fast wit geng skola dulu..hik..the twins, mazianah, and armyra! wee~ kakak(Officer @ MITI) and adik (Lawyer beb) masing-masing da bekerjaya, while me, myra and mezek pulak further study. Sorang kt UM, sorang kat Uitm dan sorang lagi sesat kt UK.akakaka~ ow and mezek suda berbadan dua..wee~ sgt tidak percaya..after tis sape punye wedding pulak ?? ayokk..kakak kot..akakaka!
We break our fast at Secret Receipe, SACC Mall. Asalnya plan kat Nandos, but full house..Maka tuka ke SR tu..Everything was okay..its juz that, adik and myra not satisfied wit their drinks..hahaha sgt kesian ok..btw, ok pe..sorang rase pisang lebey, sorang rase salary lebey..hahaha dua2 makanan yang berkhasiat..ngee~Then we all took some photos (harus!!)..alot of photos! even dalam surau kt SACC Mall pong~ ye haaa! puyu puyu gitew.. Then myra got to go and meet her fwen, and the rest pon balik jgkla..we chat and laugh alot! hehe..uppss~ its Ramadhan..ngee soryy..btw, tis perjumpaan act for myra..Myra will further her study in UK and her flight is on Saturday.. So, we ol plan to meet up last, b4 she fly..erm..myra, take care okay..(hug each other)..never forget us! muachhh..and love u guys olwis!!

:: langau ::



Langau .. bile cakap pasal langau, orang akan terus fikir satu binatang yang suke hinggap sana sini especially tempat busuk..Ermm boley ke manusia nak disamakan dengan langau?? amek konsep asas langau je la yer iaitu suke hinggap sane sini.. Herm.. boley jadi suke menyebok nak tengok ape orang tu tengah buat dan sebagainya..yela, setiap perkembangan status seseorang, pasti die yang dahulu ke hadapan untuk bertanya or kritik ke or amek tau..dan yang pasti die ade kat tempat tu..SETIAP!!


Jangan terlalu sebok nak amek tau hal orang lain sehingga hal sendiri pon tak ley nak jage. kan ade pepatah yg "gajah depan mata tak nampak"..pastu ape tah lagi sambungannye...ahahah soryla aku ni BM dapat C6 je time SPM..Maka korang yang tau tu faham-faham sendiri la yer..aku bukan ape, nak berkawan, biarlah niat yang ikhlas, bukan semata nak tengok itu ini .. dan bile berkawan pulak, jangan pilih bulu..yela dengan die ni, tak nak..tp dengan die tu, nak..sebab ape? sbb pengaruh kuat? sebab die femes? sebab die banyak duit? sebab die cantek? sebab die ade transport yg ley kamu gunakan untuk ke sana ke mari? sebab die boley tolong kamu dapatkan kerje yang bagus?? dan ade jugak sebab kata-kata yang manis yang hanya untuk menjatuhkan orang lain?? arghh aku bosan lah dengan semua ni.. tak ley ke bende-bende ni pegi jaow dari hidop aku?? entry aku ni bukan niat nak mengata sesiapa..tapi keadaan macam ni dah selalu sangat berlaku .. kadang-kadang depan mata aku pon ha.. tak yah jejawo..Ape ape pun, aku ucapkan terima kasih sangat kepada kawan2 yang sudi nak kawan dengan aku semata kerana diri aku..aku sangat hargainya..thanx!!


ermmm..fikirla sendiri mane yang patut, dan mane yang tidak..

September 06, 2009

:: golongan ::

Golongan yang tidak akan dilayan oleh Allah S.W.T di akhirat kelak :

  • Pemimpin yang menipu seperti pemimpin negara, pemimpin dalam sesebuah persatuan atau badan-badan, pemimpin keluarga dan sebagainya.

  • Perempuan yang menutup aurat pada zahirnya, tetapi hakikatnya dia telanjang iaitu perempuan yang mamakai hijab, tetapi pakaiannya ketat dan jarang sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang boley menghairahkan lelaki. haishhh...[termenung jap]

  • orang kaya yang kedekut

  • orang miskin yang sombong, dah la miskin sombong..iskkk entah ape yg nk disombongkan pon aku tak paham..ngee~

  • orang tua yang berzina, ha ni mmg byk berlaku zaman sekarang..isk isk..datok2 yg krepot pon ade hati nak berzina..weyy ngaji Quran lah!!~

  • orang yang mendekrhaka kepada kedua ibu bapa..ni sudah sedia maklum..hermmm
Ini sekadar kesimpulan yang aku dapat dari mendengar tazkirah pada dua malam yang lalu selepas solat Tarawikh. Tazkirah disampaikan oleh ustaz zulkarnain dari Terengganu. Persoalannya di sini, adakah kita tergolong di antara golongan-golongan di atas? ataupun kesemuanya sekali?? ermm...Sesungguhnya jawapan itu ada pada diri kita sendiri..Tepuk dada, tanya iman..
p/s: entry ini sekadar untuk mengingatkan aku dan teman-teman yang lain..marilah kta sama-sama cuba untuk memperbaiki diri..Insyaallah..

September 04, 2009

:: saiko maiko ::

Siyes aku tak paham dengan manusia seorang itu. Apakah yang dia mahukan?? Minda tak betul ke ape?? erghhh~!! Seolah-olah hidup die tidak tenang dan nak kaco aku tak habis-habis! He keeps on digging..and sentiasa mencari lubang untuk tembus ke kawasan aku dan melihat kegiatan aku .. Ape bende la .. wey pegi jejawo aa..aku tak suke! and untuk pengetahuan si saiko maiko tu, lagi die kaco aku, lagi la aku akan jarakkan diri aku! paham!??

September 02, 2009

:: kusut masai ::


kekeke~ umm..sgt letey+penat..so tough la tis month..not becoz of puase..but, i guess its becoz of my assignments..erghh..siyesly mcm sgt byk lah .. pelik gile..haha~[entah ape2]i want to do something different la wey..sgt bosan ini macam..need nu fwen..need nu fwen! that can make me laughing like org sawan punye! lame tak ketawe mcm zaman skola dulu..erghh windu sey..cop! its not like im not being polite ere[by gelak2]..its juz, i want to hef something extraordinary ..sumting unusual..

[ketawe berdekah-dekah]

erghh..sgt tension! food where are you??!!