November 06, 2009

:: PENAT & HARAPAN~ ::




Hope to see the light~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca a.k.a rakan-rakanku.(mcm syarahan pulak..ngee~)
Setelah sekian lama (lame ke?), akhirnya aku dapat luangkan masa untuk meng"update" blog aku yang tak seberapa ini. Entri kali ini cuma untuk meluahkan perasaan yang ku pendam selama empat bulan ini. Haaaa...

Selepas hari Khamis (5 Nov 09), jam 12 tgh hari, aku rasa segala beban yang aku pikul selama ini telah pun jatuh, hilang, terbang jauh dari pandangan aku!~ haaaaaa legaanya.. Mana tidaknya, hanya ada 2 minggu saja untuk aku mengulangkaji pelajaranku yang ku rasakan sangat susah sebelum tibanya hari peperiksaan akhirku. Aku ke sana ke mari semata-mata untuk mencari tempat belajar yang sesuai untuk diriku yang sangat sensitif pada kebisingan dan kekalutan manusia sekeliling. aaaa~

Betapa tertekannya aku dalam tempoh tersebut. Ditambah pula dengan tugasan akhir yang masih terbengkalai dan tekanan dari kerja-kerja rumah yang perlu diuruskan. Aku ada terfikir, ini baru kehidupan bujang, belum lagi kehidupan selepas aku mendirikan rumah tangga..(Insyaallah..) Aku harus kuat semangat untuk mengharungi cabaran hidup ini. Aku tidak boleh berputus asa walaupun sehingga akhir waktu. Alhamdulillah, aku dapat laksanakan tanggungjawabku sebagai seorang anak, pelajar dan hambaNya dengan baik (aku rasa..)

Aku rasa puas kerana aku dapat lakukan apa yang sepatutnya aku lakukan untuk tempoh 2 minggu itu. foohh~ walaupun terpaksa bersengkang mata, sakit kepala, sakit pinggang kerana duduk saja, bergelumang dengan penghawa dingin (sampai kering kulit ..haha) dan berbusuk-busuk kerana harus mengulangkaji di tempat yang tiada penghawa dingin. Haishh..macam-macam.. Aku puas..Emm..tapi apa-apa pun aku harap keputusanku untuk semester pertama ini seperti yang ku harapkan..Insyaallah..Doakan aku..

2 comments: