Aku rasa ketidaksabaran untuk menunggu hari Isnin yang bersamaan dengan 9hb November 2009. Ada apa dengan hari Isnin?? ngee~ Tidak ada apa yang menggembirakan selain mendapat tugasan baru untuk memenuhi rutin harianku dikala cuti yang semestinya akan membuatkan aku bosan. Aku mahukan perubahan dalam hidupku. Selama aku menjadi graduan Universiti Malaysia Terengganu, aku tidak puas untuk merasai kehidupan bekerja seperti rakan-rakanku yang lain. Aku sangat teruja untuk mencari kelainan dalam hidupku selain dari menjadi pelajar dan anak kepada kedua ibu bapaku yang terchenta~ auww!
Pada aku, kematangan diri datang dari perubahan yang dilakukan dalam kehidupan seseorang. Walaupun aku baru menjengah usia 24 tahun, 9 hari, namun aku tidak berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada diriku. Arghhh~! Aku perlukan sesuatu yang lain dari yang lain. Terus terang aku katakan, aku sudah bosan dengan rutin yang aku lakukan setiap hari, mengemas, membasuh, menyapu, (selain mengulangkaji pelajaran dan makan - harus makan!!) Namun, aku tetap laksanakan segala rutin-rutin ini dengan penuh semangat. Semuanya atas rase TANGGUNGJAWAB yang ada dalam diri. Rasanya, sekiranya tiada sifat ini, sudah lama aku mengabaikan diriku, abaikan tanggungjawabku terhadap mama, ayah, adikku, dan semua orang yang memerlukan pertolongan aku. Biar penat sekalipun, sekurangnya ia dapat melatih aku untuk menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kehidupan tidak kira dengan sesiapa pun.
Hemm..doakan agar segalanya berjalan dengan lancar..Insyaallah..
p/s: mode orang baik~haha!
No comments:
Post a Comment