November 11, 2009

:: hati ::

Hari ini, semalam, dan sebelum semalam..Senang cerita hari Isnin, Selasa dan Rabu. Aku makan hati dengan kamu dan kamu. Aahh...Letih aku bila asyik berperang dengan perasaan begini. Sakit, perit, sedih dan macam macam lagi perasaan negatif yang tidak sepatutnya aku rasa pada waktu begini. Sudahlah dengan kamu, tiba-tiba kamu yang satu lagi buat hal pula. Cuba kamu dan kamu beritahu aku, mana aku mahu pergiii?? Aku stress! Cukuplah dengan kerja sementaraku ini, yang mana memerlukan kekuatan mental dan emosi, janganlah kamu yang sememangnya aku selalu harapkan, menambahkan lagi dengan menghampakan aku pula. Aku buntu dengan aktiviti harian yang aku lakukan sejak akhir-akhir ini. Seperti kehilangan sesuatu yang bernama "seronok". Selalunya, bila siang aku sedih, malamnya aku pasti akan gembira bertemankan kamu. Siang aku penuh dengan tekanan, tapi malamnya pasti tekananku akan berkurang dan sentiasa bersemangat untuk menghadapi hari esok. Akan tetapiiii...

2 comments:

  1. xpe deeha...biasela tu..hidup kalau asyik seronok je xbes gak kan...sedangkan lidah lagi tergigit...huhu

    ReplyDelete
  2. huhu~betul la tu nije.tapiii~tak bess!huk3~wee

    ReplyDelete