
Jangan samakan hidup aku dengan hidup kau.
Jangan samakan minat aku dengan minat kau.
Kenapa kolot sangat minda tu huh?
Kau nak aku berdiri di hadapan kau sentiasa ?
Kau puas bila nampak aku sentiasa menadah tangan meminta bantuan kau, sedangkan kau tidak suka bila aku meminta-minta?
Aku tau apa yang aku mahu! dan sesungguhnya kemahuan ku itu tidaklah keterlaluan seperti yang kau sangkakan.
Kau tidak lalui apa yang aku lalui, maka diam!
Jangan bertindak seperti kau sahajalah yang mengetahui segalanya!
Jangan butakan hati apabila aku berkata-kata!
Jangan pekakkan telinga apabila aku bersuara!
Belajarlah mempelajari tentang perihal orang lain.
Belajarlah untuk menjadi pendengar yang baik.
Belajarlah untuk menerima pilihan orang lain.
Ya, aku tau hidup perlukan penghijrahan. Hijrah itu sendiri mempunyai banyak maksud tersirat.
Hijrah tempat? Hijrah tabiat? Hijrah kawan-kawan? dan sebagainya.
Tetapi matlamatnya sama, iaitu berhirah untuk menjadi yang lebih baik. Berhijrah untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Berhijrah untuk menerima alam yang lebih baik walaupun ianya bukan sesuatu yang menjadi kebiasaan kau dan aku. Segalanya adalah demi kebaikan dan aku sedang melakukan itu!
Oh tolonglah memahami diri aku .. Aku minta sekali ini .. Aku merayu sekali ini .. Aku mohon sekali ini .. Tolonglah .. tolonglah .. Benarkan aku hidupkan kehidupanku sendiri ..
Ya Allah, Sesungguhnya Kau Maha Mendengar .. Kau Maha Mengetahui .. Lembutkanlah hati mereka ini Ya Allah .. Berilah yang terbaik buat diriku .. dan permudahkanlah segala urusanku dunia dan akhirat, Ya Allah ..
Amin ya rabbal alamin ..
No comments:
Post a Comment