Hay Bale..ehh silap..hay semua..ngee.. baru saja lepas berFarmville di Facebook tadi. Lately ni aku sudah mula bergiat aktif dalam aktiviti lamaku, iaitu berFarmville di Facebook. Ahh..Setelah sekian lama aku meninggalkan permainan itu. Terasa rindu pula. Walaupun sepeninggalanku, ada orang yang tolong menjaganya.Hehe..(sampai macam tu sekali kan..hehe~). Mentang-mentanglah peperiksaan akhir sudah selesai, boleh dikatakan setiap hari aku menghabiskan masaku dengan Facebook dan Farmville. Di samping memikirkan entry baru apakah yang patutku update di dalam blogku ini. Bak kata orang, bagai melepaskan gian..kekeke..
Hari ini hari Ahad, 8hb November 2009. Jam menunjukkan pukul 1.42pm, namun perutku masih belum disumbatkan dengan nasi beriani yang sedang sedia menunggu untuk berkhidmat. ngahaha~ (Jap nasik ea, aku nak story mory dulu..wee~) Pagi-pagi lagi aku sudah bangun untuk menyiapkan diri demi menunaikan janjiku kepada rakan baik ku setaman, untuk sarapan bersama di luar. Niatnya untuk memberiku hadiah untuk majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 20hb Disember ini. Aku sangat terharu dan teruja kerana aku telah dipilih untuk menjadi flower girl di malam akad nikahnya nanti. weee..sonot okay! thanx zura..muachh!cayang kamu bangat sih~
Kami mengedate dari jam 915am hingga jam 1030am, sementara menunggu kereta Zura siap dicuci dan divakum oleh pekerja-pekerja Shell. Setelah itu kami pun pulang. Sekian, terima kasih.
Haha! blur seh skang ni. Tak ley tumpu, perot sedang nyanyi-nyanyi..Jempot makan semua orang~!
KEBULOW~!



No comments:
Post a Comment