December 20, 2010

Dulu

♪♫ ♪♫ I dont wanna close my eyes ... I dont wanna fall asleep ... coz i'll miss u babe, and I dont wanna miss a thing .. ♪♫♪♫

oh .. samat pagi semua :p
Semangat pulak nak update entri baru pepagi yang dah buta ni sambil sambil layan punky munkey nie..
" I don't wanna miss a thing" .. mesti korang pernah dengar lagu Aerosmith ni kan? lagu lame. Tapi, cube korang layan New Found Glory, lagu tersebut diberi nafas punk rock dan pada aku ianya sangat kewl! Menurut telinga aku lah, tatau la telinge korang tafsir macamane pulak :))
Mungkin sebab aku nie peminat lagu lagu bergenre sebegitu. Entah, bukan sebab pengaruh sesiapa, natural dari dalam diri. Dapat pulak kaki punky munkey, makin menjadi jadi lah minat ini. ngee!

Ade banyak kali terjadi, member-member aku nak mintak lagu dari aku.
"Eh, jap je..dah amek dah?" tanya aku bila member aku tak sampai 10 minit pun gode gode henpon aku tu. "Em, tak pe la kot. Tak kenal la lagu lagu ko," balas si member. Ahaks..Sory aa be, aku tak minat genre lain. Kalau time aku dah muak dengan lagu bising-bising ni, aku akan search old songs, macam Rod Stewart ke, Kenny G, Celine Dion, Phil Collins etc. Itu untuk waktu waktu aku mentelaah la,..ngee..R&B ni, kureng sikit lah. Cepat boring dan cepat ditelan waktu. Itu pendapat aku. Korang nak cakap aku entah ape-ape, suke hati.

Erm..teringat zaman muda mudi dulu ... banding dengan diri aku sekarang.. haih .. jauh beza!

Dulu ...

"Dee, cantik sandle ni. Pakai pi tuisyen, pun sesuai. Awak tak nak ke?", kakak memberi cadangan.
"Ish .. awak nih.. Saya tak suke lah. Kasut lain takde ke? Tak bes aa kedai ni. Jom cari kedai lain. Semua sandle bunyi bunyi je. Malu ah nak pakai", aku membalas sambil melangkah keluar dari kedai kasut tersebut.

"Dee, awak pakaila skirt ni untuk raya nanti. Sweet sangat"
"Erghh..tak mau ah! Awak ni kenape?.. ish!", aku menjawab dengan wajah yang bosan. Dalam hati, apesallah semua kedai jual baju baju macam ni. Eee..tolong argh. Zaman tu, trend baby-t and fitting baru nak naik. Maka, ramailah gadis-gadis yang pakai baby-t n jeans kalau kua lepak2.. and aku? Suar beggy yang diloweredkan, bersama t-shirt beggy dan dipadankan dengan sneaker.

"Mi, kalau tak pakai baju kurung boleh tak? Bukannya majlis ape pun kan..?"
"Ish, majlis aqiqah kan ni..kene la pakai baju kurung..takkan nak pakai suar pulak..awak tu pompuan."
"Ala, kalau saye pakai suar pun, bukannye orang tau saye ni pompuan kan. K lah, saya nak pakai baju bese je," balas aku sambil terus naik bilik untuk bersiap.

Hehehe..itulah aku dulu. Entah ape ape. 
Tiap tiap minggu mesti suruh mama aku shave rambut blakang and tepi. Jangan kasik panjang sikit pun!
And ada satu masa, mama sibuk, tak sempat shave rambut aku, aku plak desparate nak potong side burn aku yang macam dah nak panjang tu. Ape lagi, aku amek gunting, gi potong side burn aku. Rasa macam hodoh sangat kalau ade side burn tuh. Lepas 10 minit, aku pn kemas kan rambut aku. " haa..ok dah", ngomel aku sambil melihat cermin.

Lapa ar, nak makan. Sambil makan, aku tengok mama dok tengok aku semacam. "nape? ape yang tak kene?, tanya aku. "Sape ajar awak gunting rambot ni? Tobek sane sini. hish!", mama jawab dengan wajah yang agak tak puas hati. Alamak..nape dengan rambot aku? Teruk sangat ke?? Arghhh .. mati aku. Esok sekolah. Malu aa member member tengok. Ngaaaa! Redah je lah!

Huh! memang kene tego aa aku keesokannya. "Wey nik, apesal rambot ko tobek?!" haha .. bengong.Takpe aa janji pendek!

Herm..ade lagi..balik dari tuisyen, tahun tu aku nak amek PMR. Aku keluar je dari kereta, nampak ayah dah tercegat depan pintu. "Ya allah, macam jantan dah"..huhuhuhu......... Tahukah anda, menyerupai lelaki, haram hukumnya. Tapi aku dah terlanjur untuk menyerupai seorang lelaki. Sampai dak kat skolah panggil aku "Ahmad". wooshh!  

Entah apela yang aku pk dulu, aku pun tak tau. Aku memang tak suke gaya ala ala ayu ayu ni. Mungkin dari kecik dah rapat dengan adek lelaki aku and member-member die. Main bola petang petang, main kejar-kejar dan aku seorang je perempuan! Main camping camping kat playground tengah tengah hari buta! Main keta tamiya and race dalam longkang dengan member adik aku kat taman seberang. haha.. nama tamiya aku "dancing doll"..Kalau korang yang pernah main, mesti tau. Keta tu dah dibikin oleh adek aku. ngee..bes bes! Macam macam die ajar aku.  

We gila computer games! Die ajar aku main CS, and sejak tu aku ketagih dengan CS! Bangun pagi je cari komputer! agaga..pastu game AOE, die ajar aku cane nak buat cheat etc dan satu bende yang aku suke kat boys ni. cube korang tengok bila dorang main game! Mereka ni bijak! Contoh main AOE a.k.a Age of Empires. Strategi adek aku main, sesungguhnya sangat lain dengan strategy aku! hahaha! 

Haih..Sedar lah diri yang dikau ini sudah dilahirkan menjadi seorang wanita sejati! Sehebat mana rupamu yang seperti lelaki, namun hati jiwa raga takkan lari dari sifat seorang wanita. ngee! Oh, sekarang ade game baru, ala-ala CS gak, SA namanya. Teringin nak main! Tapi tak de mase and tak de orang nak ajar aku :( 
Rindu pulak kat adek aku yang satu ni. Bile dah besar, masing masing dah tak sehaluan. Asyik gadoh je, and bidang jahat kami pun tak sama dah. huhu..

Erm..ade lagi satu kisah yang paling aku tak dapat lupa sampai hari ni, dan aku rasa tak perlu diceritakan di sini. Kadang-kadang, aku fikir, aku lah punca dia teruskan habit tu sampai sekarang. Aku plak boleh stop dari habit tu, tapi die tak boleh. Lelaki kan. Once dah start, hard for them to turn back. Argh! 

Sebelum aku off blogger.com ni, kisah waktu di sekolah rendah. Gado dengan sorang dak laki ni sebab die main kacang hijau aku! Pastu, sampai ke pengetahuan PK. Ape agi, kelentong mentong sampai PK  percaya kat aku, sebab aku perempuan. AHAHA! Siot kan aku? wee, naseb aa!

Erm..serba sedikit tentang zaman jahiliyah aku. Bukan tujuan untuk berbangga, tapi sekadar untuk mengingatkan aku yang selalu lupa. Saja, nak muhasabah diri di waktu waktu begini. Maaf, jika entri ini menganggu jiwa kalian yang membaca. 




December 08, 2010

Kenangan di Federal Highway ~

0200am...


Otak sudah tepu, mata sudah penat, kepala sudah menyucuk-nyucuk. Ianya seperti memberi isyarat agar kami segera pulang dan tido!... Kerja gila! Esok jam 10 pagi sudah mahu exam. Tapi jam 0200am, kami masih lagi melepak dan rancak berbincang di foyer library. Keadaan sunyi sepi, student-student yang lain sudah beransur pulang sejak jam 12am lagi. Akhirnya, kami mengalah. Tak tahan ah! Aku dah la jauh berbanding rakan-rakanku yang lain. Laluan ke Glenmarie itu pula sunyi sepi di waktu malam malam begini. Fuh.. Berani sungguh aku.. Takpe, nak score final punya pasal, sanggup redah apa aje! (Gitulah prinsip aku sejak masuk program postgrad ni)


Okay! Setel sudah bincang sume soklan.. So, ape tunggu lagik weh ..balikk aar!! Arghh tak saba saba aku nak balik. Nak tido! Rindu gila kat bantal bantal aku! Sejak final week ni, kerap benar aku terpisah dengan bantal bantal kesayangan aku tu. Oh cepatlah sampai rumah .....


Kami berkemas-kemas dan aku tidak cakap banyak waktu itu, kerana terlalu penat. Kepala pulak sakit yang amat! Sampai aku terpaksa menyarungkan spek aku walaupun hanya duduk berbincang. Kritikal dah kot mata aku ni. Sampai nak tengok muka-muka dak dak study kat meja sebelah tu pun, terkebil-kebil and lambat betol nak fokus. Tula, eksen sangat, konon nak pakai time driving and dalam lecture hall je. Sekarang, duduk tengok tv kat rumah pun kene pakai! Arghh ..dulik ar, tanak biasakan pakai spek! Lantak ar ..


120km/jam...


Kelisa putih meluncur laju keluar dari pagar utama UM. Kereta tak banyak malam ni, so boleh pecut laju sikit. Nanti cepatlah sampai rumah dan tido!.. Detik aku dalam hati. Siyes, dalam pale otak aku hanya pikir nak tido je! Aku main 100 sampai 120km/jam je malam tu. Dulu boleh cecah 140km/jam, tapi sebab umur kelisa semakin lanjut, dan kurang pemeriksaan rapi, so tak dapat aa nak cecah takat tu lagi..boleh je sebenanye, kalau nak tgk keta tu terburai tengah jalanlah ... ngee!


Banyak kereta hebat hebat aku potong malam tu. Macho macho kereta yang aku jumpa malam tu. Maklumlah, dah nak dekat pukul 3am! Kereta kereta hensem banyak aa berkeliaran kat atas federal highway malam tu. Bangga gila dapat potong. haha! Padahal, once depa start pecut, fuh aku kat sebelah tu pun dorang tak nampak kot. hew hew hew!
Yes!! Lagi beberapa km lagi nak sampai exit Subang Jaya! Cepat cepat! nak sampai umah dah..Oh lupa nak gitau, aku salu pulang ikut Glenmarie, elak tol kononnye. heh


Ok, dah nampak Cable Bridge kat depan tu. Sedang aku rancak bermain dengan kelajuan kereta aku, ada plak dua kereta comel kat depan aku (lane tengah). Potong betol lah! Kancil gelap, (tak sure lak biru gelap or hitam) dan viva putih. Aku dah set, okay move to the left lane untuk potong mereka, sebab lane kanan sedang ada kereta lagi laju (tak larat nak pecut lagi heheh). So dengan menten kelajuan 110 km/jam, aku arahkan stereng ke kiri sedikit, sambil mataku tertancap pada viva putih yang hampir aku potong tu. (Actually, dari jauh mata aku dah fokus kat viva putih tu..macam tau tau je ade something stupid yang akan dilakukan olehnya!)


360 darjah...


Hampir melepasi exit Sunway dan sikit lagi nak potong viva tu, tiba tiba viva tu dengan slowmonya (dan sumpah aku ckp viva tu gerak slow gilaaa!!!) bergerak masuk ke lane kiri (posisinya di hadapan aku yang sedang laju gila itu) dan tanpa sebarang signal!! (macamane ko ley lulus lesen nih weh!?bnd simple pn tak ley buat!) DAMN!! dah hilang akal ke viva nih!?? tak nampak aku tgh laju kt sebelah ni??! aku sempat jerit "WOII!!", walaupun aku tau pemandu itu takkan dengar. Niat di hati nak kasi hon bengang kat viva tu and kasi stereng lencong sikit ke kanan bagi mengelakkan rempuhan yang tidak diingini, tapi tersilap gerakkan stereng ke kanan dengan agak cepat, (sebab siyes gila babi aku sipii lagi nak rempuh viva yang otak dia masa tu letak kat tayar kereta spare die kot!!) menyebabkan stereng yang dipegang berada di luar kawalan, kelisa aku berpusing pusing 360 darjah kat atas jalan raya yang alhamdulillah pada waktu itu kereta tidak banyak.


Aku menjerit! Tutup mata! Dalam masa yang sama, tangan kejap memegang stereng yang dah jem tak ley pusing ke kiri langsung! (asal aku nak pusing kiri, die gerak ke kanan..degil betul!) Kaki kuat mengepam brek! Waktu tu, jelas kedengaran bunyi serekan tayar yang membuatkan aku lebih yakin bahawa kereta aku sedang berpusing!!! I was so terrified that I would bam onto the divider or any other car yang sedang laju ketika itu. Beberapa saat selepas itu, aku memberanikan diri untuk membuka mata (sebab dalam hati aku, Ya Allah, nape tak langgar ape ape and tak berhenti henti lagi ni??!) Aku jadi menggigil bila aku lihat palang divider jalan betul betul depan aku (so closed!) dan aku masih berpusing! Kaki lebih giat mengepam brek agar ianya segeralah berhenti.


Tolong Ya Allah! Tolongggg akuu! Ampunkan dosa aku Ya Allah.. Ampunkan dosa aku!


Itu yang sempat aku minta dan dalam hati aku sempat berkata, "Aku redha, kalau aku akan kehilangan nyawa malam ni, aku redha kalau aku tak dapat habiskan master aku lepas ni, dan aku juga redha, kalau tulang rusuk aku patah, badan aku sakit dan bedridden for the rest of my life!! Aku redha ya Allah!" Apa yang boleh aku buat masa tu adalah menunggu saat saat badan aku terasa sakit akibat dirempuh palang divider atau kereta lain yang laju dari arah belakang. Aku tunggu!


90 darjah...


Tiba-tiba, sedang aku memohon pertolongan dari yang Esa, kereta berhenti!! Kelisa aku berhenti weh!!! dan paling mengejutkan aku, aku tak rasa sakit!! Lagu dari mix.fm yang masih terpasang, aku tutup terus! (takde masa nak dengar lagu lagu time macam tu!) Allah dengar permintaan aku. Terima kasih Ya Allah..Terima kasih atas peringatan ini. Aku terkedu dan angkat muka. Tengok je kat depan, aku dapat agak dah posisi keta aku waktu itu. Melintang dan senang cakap 90 darjah ah. Tengok depan, jalan sebelah (orang dari Subang Jaya/Shah Alam/Klang nuju ke KL). Pandang kanan, keta keta laju dari arah KL. Pandang kiri, (jalan sama) keta-keta menuju ke Subang Jaya/Shah Alam/Klang (oh.. umah aku..) pandang blakang, exit Sunway. Tanpa disedari, aku menangis, menangis yang teresak-esak. Bodo. nangis buat ape tengah tengah jalan tu. Gerak balik rumah terus aa weh! bukan ko langgar ape ape pon! Tapi apakan daya, aku lemah waktu itu. Aku terkejut, terkedu, aku menggigil, dan aku buntu! Jangan aa marah aku !


Kemalangan tambahan..


Aku ingatkan aku keseorangan ketika kejadian ngeri itu berlaku. Rupanya, ada orang yang sudi berhenti dan melihat keadaanku. Korang tau sape? ngee.. Kancil gelap yang belakang viva bodo tu. Atikah and Josh. Alhamdulillah.. Ada juga orang yang sudi tolong tenangkan aku time time lewat macam tu. Dan sedang aku ditenangkan oleh Atikah, ada satu bro ni tiba tiba menjerit dari seberang jalan,"Woi, alih keta tu! Bahaye! Alih keta tu cepat!". Atikah balas " I tatau drive!". Then bf die, Josh lari and alihkan keta aku ke emergency lane. Pastu dia cross jalan and nak alihkan keta dia pulak. Tapi belum sempat dia masuk keta, tiba-tiba ada kereta lain yang mungkin tak perasan ada kancil sedang berhenti di lane kanan tu, terus mengelak (macam aku dengan viva tadi) dan menyebabkan keretanya berpusing pusing jugakkk! bangg!! satu savvy hitam suda kena! ergghh! time tu korang jgn ckp aa keadaan aku yang kt tepi jalan tu macamana! kaki terketar ketar beb! Rasa nak pengsan! Dengar bunyi serekan tayar and bang! Kuatt!.. depan mata aku sendiri! Perghh .. pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sampai mati! Nasib baik takda injured ape-ape. Brader tu suh kiteorang blah cepat. Takot nanti mamat-mamat tu tahan n saman kitoerang..hukhuk..cabottt!


Sampai rumah...


Atikah and Josh follow aku sampai rumah, risau katenye tengok aku drive sorang sorang and keadaan aku macam tak stabil lagi.Thank you so much guys! Takkan lupa jasa korang pada malam itu!


"I Ok..no worries. I bley drive.", kata aku kepada mereka. Aku tidak mahu menyusahkan mereka sebenarnya. Cukup dengan kami sipi sipi nak kene langgar oleh kereta yang satu lagi tu. Semuanya gara-gara aku yang lembab nak pikir! Patutnya aku alihkan terus keta ke emergency lane or balik terus sebab aku dan keta tak apa-apa! Tapi tulah..bengong kejap kan..nak wat cane :(


Emosi aku memang tak stabil lagi waktu itu. Kaki aku nak tekan pedal pn susah, masih menggigil-gigil..Kadang-kadang teragak-agak nak break ke tekan minyak. Erghh gila betul penangan insiden malam tu. Aku drive slow gila lepas tu. Tak sampai 80km. Takot..macam trauma pun ade. Asal keta potong aku je, aku macam sssssssssssssssppppppp! tepi! tepi! jangan lalu dekat aku!! aaaaa tidakk! Rasa risau gile.


Ada perkara lain yang bermain main di fikiran aku selain insiden ngeri itu. Aku takot..aku takot aku tak dapat ingat ape yang aku belajar sepanjang malam tadi. Exam kul 10am! Jam menunjukan pukul 4am. Arghh ! Bila masa aku nak study kalau aku tak tido tido lagi waktu ni!? Dugaan besar untuk aku during final ni. Sampai rumah, aku terbongkang kat ruang tamu. Aku tak boleh tido! Tiba-tiba je aku nangis, teringatkan kisah tadi. Aku nangis dan berkata-kata sendiri, kalaulah aku langgar ape-ape tadi.. huuhhhhhh...nangiss lagi!!


Paksa diri..


Aku set jam pukul 545am. Aku nak paksa diri aku untuk tidur! Gila. Tak tido seharian tiba-tiba nak jawab exam. Blank kang, sape nak jawab!? huhuh...
Tapi tak ley tido!! aku nak tunggu ayah mama bangun jugak! nak cite kat dorang!


Jam 6am. Aku naik bilik mama. Ayah sudah ke surau untuk menunaikan solat Subuh berjemaah dengan Areeq. So, aku tau, tinggal mama sorang kat atas. Aku lari naik, and terus memulakan cerita. Nangis lagi! bengong betul. aha! Mama suruh aku mandi, solat taubat, sujud syukur and baru solat Subuh. Ok, aku gagahkan diri untuk mandi di tengah tengah pagi buta tu demi menyucikan diri sebelum mengadap Yang Berkuasa.


"Ya Allah, aku bersyukur ya Allah. Terima kasih kerana Kau telah menyelamatkan aku dari malapetaka itu, ya Allah. Aku mohon ampun padaMu Ya Allah dan aku bersyukur atas peringatan yang Kau berikan padaku, Ya Allah. Mungkin, aku ada melakukan kesilapan yang aku tidak sedar atau sengaja aku lakukan pada hari hari sebelumnya atau pada hari itu sendiri...Ampunkan aku :(

Sebelum kejadian...

Pukul 1030am, aku minta izin pada mama and ayah untuk ke campus seperti biasa. "Balik pukul brapa nanti?", tanya mama. Aku yang sedang memakai sandle menjawab,"Tak lewat macam semalam kot, before 12am saya balik, jangan latch pintu tau". Memang aku niat, nak balik awal sebab esok exam pagi. So balik awal, tido awal, bangun awal, study awal! ngee..Itulah rancangan aku pada awalnya. 

Pukul 12am. Telefonku berbunyi. Kami sedang rancak berbincang. Asalnya ingin biarkan saja telefon itu, tapi bila kulihat nama mamaku sedang memanggil manggil, ...aku terus angkat. "bila nak balik, cakap nak balik awal", terus diajukan soalan itu padaku sebelum sempat aku berkata hello. Aku agak kecewa sedikit dengan pertanyaan mamaku, kerana selama minggu peperiksaan akhir ini berlangsung, mama tak pernah call macam ni. Tapi kali ni, macam pelik pula. " Ala mi, dd tengah discuss lagi ni..Jap gi balik la.." Mama marah. " Esok awak nak exam pagi kan, balik lewat-lewat macam ni..Orang patut balik awal, tido awal." Aku tetap berdegil dan masih mahu meneruskan perbincangan.. dan berakhirlah perbualan kami.

Semasa kejadian...

"Arghh..kenapa brek tak makan ni!?? Ehhh..kenapa nii!? brek keta tak makan!?? arggh! arghh!".
Pup! Ayah terjaga dari mimpinya. Ayah lihat jam, baru pukul 3am. Ingatkan dah Subuh. Ayah sambung tidur semula. 

Kesimpulan...

Mama call awal (jarang sekali mama buat begitu kerana memahami keadaanku yang akan hadapi peperiksaan akhir), menunjukkan ada tanda-tanda kerisauan di situ. 
Ayah mimpi brek tak makan, dan hampir hampir eksiden jam 3am.
dan ... Kejadian berlaku pada jam 3am!! 

Aku terus menangis dan masih sebak setiap kali teringatkan hal ini. Betapa kuatnya naluri seorang ibu dan ayah terhadap anaknya. Herm...Walau sejauh mana kita berada, ayah ibu tetap dekat di hati kita. Allah, besar sungguh kuasaMu!