May 28, 2011

Hari ini ....

Happy!
Hari ni saya sangat wangi.
Saya dikelilingi dengan bau bauan yang sangat harum.
Thanks to my sister!





Hari ini saya collect barang baru.
Barang tersebut telah membuatkan simpanan saya kurang lebih 50%  dan menyebabkan saya sedikit kesal dengan tindakan saya yang tidak dapat menahan nafsu. Oh nafsu, sesungguhnya kau memang sangat bernafsu! heh .. (tah ape ape!) 
Tapi takpe, orang kate biar papa asal bergaya. ye dak?? *ish ish ish .. 
Gurau jer, takde la papa, cuma ada yang lebih penting dari barang-barang tu. Tapi tulah .. nafsu! Insyaallah .. rezeki ada di mana-mana. So duit tu boleh cari. kan? kan? kan? Jadi, janganlah anda berasa rugi atau terpaksa bila hendak membelanjakan sesuatu lebih-lebih lagi untuk kebaikan. Nanti, barang tu jadi tak berkat. hehe .. 
Hari ini juga saya berasa sangat seronot sebab dapat outing dengan colleagues and lecturers yang sangat bes!
Walaupun ianya hanya menghadiri wedding ceremony di Taman Melati, Gombak. *Sesat tapi seronot!
haha .. nasib baik ada si dia dapat memudahkan perjalanan. Thanks abg for your help. 
Mesti korang macam, uh? taman  melati kat gombak tu pun tatau ke? haha ..
yer ..memang aku tatau. Kan aku dah cakap, aku ni  buta jalan. Tapi takpela, pengalaman mengajar aku .. dan kami semua.hihih!

Kesimpulan ..
Hari ini sangat bahagia, walaupun thesis aku sedang menanti! Argh ..bosanla kau thesis. Bikin spoil mood aja!
Oh .. actually bukan thesis, name die dissertation. Aku pun baru tahu semester lepas. Korang tau tak, ape beza thesis, dissertation and research report? haa .. beza yang obvious sekali adalah word counting. Thesis adalah paling banyak, iaitu bilangan perkataan haruslah tidak lebih dari .. arhhh ..wangiinyer  bau nii .. oh .. eh tibe plak ..hehehe .. 

okay, sambung .. thesis ni haruslah tidak lebih dari 100,000 patah perkataan. Dissertation plak tak boleh lebih dari 30,000 dan research report pulak tak boleh lebih 20,000. haaa ..so sekarang korang boleh beza tak ketiga-tiga jenis research paper ni? ngee.. saje nak share dengan korang .. mane tau ade yang berminat nak buat research ker kan .. tapi aku salu tulis and sebut thesis sebab senang nak sebut. Nak sebut 'dissertation' .. haish.. lecey kan ..ar ar ar! Tapi kalau deal dengan professional people, gunalah bahasa yang betul yer :)

Erm ..serius weh, wangi doh perfume Burberry ni! harum semerbak gitu! hilang sekejap bau masam aku nih .. haha!
Kay la itu la sahaja kisah hidup aku hari ini .. Kebahagiaan hari ini aku klasifikasikan sebagai rezeki dariNya kerana setiap apa yang berlaku, semuanya atas kehendakNya dan kita sebagai manusia hanyalah mampu merancang. Alhamdulilah untuk hari ini.

-Tamat-

2 comments: