May 22, 2011

Entry .. Video .. Drama

Sakit perut . Inilah kondisi aku sejak pagi tadi. Habis segala mood untuk membuat kerja dimusnahkan gara-gara sakit perut. Maka, selepas menonton Neon di TV3, aku berhasrat untuk rehatkan diri. Tidorlah maknenyer. eh, tapikan best jugak citer Neon tu. Mama cakap citer tu dah tayang dah dulu, tapi aku tak pernah tengok pun. Aku suke sebab tengok arwah Faizal Yusof kurus lagi waktu tu. Hensem banyaklah jugak. (kalau korang tak suke, diam!).


Macam-macam dugaan die lalui dalam satu malam. Siang hari, dipecat oleh majikan, malamnya, ditinggalkan tunang kesayangan, beberapa minit kemudian kereta dicuri, dompet dicilok oleh seorang budak jalanan, dan ditahan polis kerana disangka terlibat dalam pergaduhan. Tetapi, dia dilepaskan selepas polis mendapati bahawa dia tidak bersalah, dan Inspektor Kamal menghulurkan RM20 kepada dia buat tambang pulang ke rumah. Dalam perjalanan ke rumah, dia duduk di satu sudut mengenangkan nasibnya pada malam itu. Tiba-tiba disapa oleh seorang lelaki yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman. Dia kaki paw orang. Asalnya ingin membantu dia untuk menunjukkan rumah budak yang mencilok dompetnya, tetapi bila sudah sampai di satu kawasan, si paw ni meminta balasan, jika tidak .. jeng jeng jeng .. *sambil mengeluarkan pisau di tangan ... Gado gado, tangan kene kelar. Bodo betul .. Jam and cincin tunang kene ambil dan dia meneruskan perjalanan dengan perasaan hampa dan dalam kesakitan akibat tangan dikelar. Sian gila!


Jumpa mak ayam kot tepi jalan tu, watak dilakonkan oleh Shiela Mambo yang pada masa tu, kurus jugak. he..he..he.. Dia ar yang balut luka arwah Faizal Yusof tu. *aku tak ingat nama die dalam cite tu.. Pastu perjalanan diteruskan .. Lepas tu lepak plak kat tangga tepi jalan (apesal tak balik rumah jer weh!?) .. Sekali ada wayang plak kat depan mata. Rita Rudaini turun dari sebuah kereta, sambil ngamuk kata kat jantan tu "gatal, miang dan yang seangkatan dengannya. Kasi lempang skali, pastu si jantan dayus tu lempang balik. Aduhh! Aku benci jantan macam tu! Dahla gatal, pastu tangan senang-senang nak naik kat muka perempuan. ****! Emo plak.
Aduh .. panjang la plak cite aku .. cut it short, last skali die dapat balik wallet die, keta die, and semua penjahat yang wat dajal kat die malam tu, kene tangkap! and yang paling bes, die terus berkawan dengan Rita Rudaini yang lebih cantik dari Ary Malik *bekas tunang die tu ..he..he..he..


Okay, actually aku nak story pasal entry-entry yang aku baca hari ni dan satu video yang aku rasa, ringan-ringan je kot untuk sampingan korang layan. Aku rasa korang dah tengok kot, aku je yang baru layan..he..he.he.. sila klik ini  YB vs blogger. Salah satu entry yang aku baca pasal politik, (klik ni .. encik musang emo!) satu lagi pasal kisah-kisah hidup member aku .. and tadi aku tibe nak baca balik entry aku yang lelame .. kisah aku kemalangan .. Kali pertama terjebak dalam kemalangan jalan raya, dan waktu itu aku keseorangan. Memang tak dapat lupa sampai hari ini. Tiap kali aku baca cite tu, aku jadi sebak jer .. Sebab semua kejadian yang berlaku sebelum tu semua ada kaitan dengan kemalangan tu. *aku rasa lah ..ngee! Nah kalau ade masa lebih, klik ni .. Kenangan di Federal Highway ..
K lah, aku nak dinner dulu .. Satu hari tak makan nih .. challow beteh!




-The End-



2 comments:

  1. baa~ CAK!!

    best ke citer tu??

    video tu mmg cara!! :D

    ReplyDelete
  2. cak baa!
    cite tu bese2 je, tapi entah..cair tgk arwah faizal yg kuwus mulus.kekeke~

    yup! video tu memberi maksud berlawanan. sgt suke! :)

    ReplyDelete