July 24, 2011

It's Our Shopping Day!

I bought a long dress at bundle shop yesterday!
Perfect length! Perfect waist! Perfect pattern! Perfect cutting!
Conclusion: Everything is perfect! 
and it's worth only RM10! yay! 
Gonna wash it and wear it soon!! 
yummy!
yummy!


Actually, I had no intention to buy anything as you know, it's already end of a month. *faham-faham sajork*
Then, just wandering and hopping from one shop to another while waiting for mama done her groceries shopping. 
A few minutes later, mama done and she said she wants new maxi dress as we were standing in front of this one shop displaying various types of maxi dress. So, she went to few shops there which I'd already got in *boring dah..*
Then, again while waiting for her to choose, my feet can't stop walking here and there, looking at this one shop which sells vantage clothes. All the baju-baju zaman our mothers are all there. So, my hands started to move from 1st hanger, to another..until I found this dress! Hung it out from the stand and shoot it onto my body. Okay, seems like it fits me well. *I hate trying clothes, seriously! malas kot nak tukar-tukar..just yakin with yourself, cewah!*
Hence, to be concluded I bought one vantage dress, and so do mama. She bought for herself TWO maxi dresses okay, after all of a sudden. Ayah support plak tu.haha!
Then we went for makan-makan and for the first time, I belanja them! Sangat puas hati~
Anyway, nice shopping day yesterday!


-Sorry no photos of the dress-

Bye!

July 19, 2011

Shut the Hell up!!


Morning ...
Erm .. tibe-tibe rasa nak tumbuk orang je pagi-pagi ni ..
Grrr!


Luaran nampak  polite, dalaman .. no manners at all!
Serious! Aku paling pantang sekali bila aku bercakap dengan orang lain, tiba-tiba ada orang masuk tak bagi salam! Oi .. tolong hormat perbualan yang sedang berjalan itu, boleh?!
Ko nak sembang-sembang apa ke, tunggu lepas aku habis cakap!! paham?!


Belajar sikit cara-cara untuk bercakap dengan orang, cara-cara untuk masuk dalam perbualan antara dua orang.
Tolonglah .. Buruk perangai orang tengok. Lebih-lebih lagi, kalau deal dengan golongan lebih tua. Aku ada pengalaman, sedang aku bercakap tentang hal serius dengan somebody, tiba-tiba dia sampuk bercakap tentang perihal raya, shopping segala. eh, hello?! can you wait till I finish my word?!! damn! I hate when things like this happen! Potong stim je mode orang tengah serius berdiskusi, suddenly ade orang masuk line dengan topik yang sangat-sangat tidak relevan! Bodoh! Haa...serius aku betul-betul bengang pagi ni! mintak maaf kerana kalian terpaksa membaca entri aku yang penuh dengan sumpah seranah. 


Cukuplah sampai sini sahaja. Aku tak taulah kalau kalian ada cara yang baik untuk handle dengan makhluk yang tak tahu malu macam ni .. tolonglah suggestkan pada aku. Sebab, buat masa sekarang ni aku hanya mampu diamkan diri, dan keluar dari kumpulan perbualan. Itu yang terbaik aku rasa. Makanya, blogger.com menjadi teman untuk aku luahkan perasaan. Yay!!


Erm .. okaylah, kepada kalian yang suka berkelakuan seperti itu, tolonglah .. ianya sangat menyakitkan hati!
Hope sangat kalian memahami dan sekiranya sangat susah untuk kalian memahami isi hati seorang yang dipotong percakapannya, tolong bayangkan jika kalian berada di tempat seperti itu! Sedang rancak berbincang, tiba-tiba ada orang mencelah tanpa salam .. nak nak pula luar dari topik perbincangan! Soooo damnn annoyingg!!


Chow!

July 15, 2011

Aku jadi gangster malam ni!

Baru lepas meng'entertain'kan diri dengan melayan cerita KL Gangster!
Huhuh .. macam tak percaya pulak aku boleh meluangkan masa untuk melayan cerita tu.
Sangap sangat sampai tak tahu nak buat ape agaknyer aku malam ni ..
By the way, kisah yang simple tapi memberi pengajaran. Bukan sekadar untuk berlagak otai, tetapi sentimental value yang diterapkan dalam kisah tersebut yang harus diambilkira.
Hubungan kekeluargaan, tali persahabatan, tanggungjawab kepada keluarga dan orang lain dan keinsafan. Itu sebenarnya. Oh tidak lupa juga nilai kesetiaan. Orang yang backstabbed orang lain. Erm..Bahaya!


Bercakap tentang 'backstabbed' ni .. Jangan main-main, anak tiri sendiri boleh bunuh ayah tiri, apetah lagi sesama kawan baik, ye dak? ... Erm, serik aku dengar perkataan tu.
Apa-apa pun, aku sedang berusaha untuk menghindari golongan seperti itu dengan cara sentiasa beringat! Sentiasa berjaga-jaga! Bukan berdendam, tapi belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti masa lalu. Kepada yang berkenaan, maaf! aku harus jauhkan diri dari kalian. Sudah tidak peduli sama hati kalian kerana hati ini tidak pernah dijaga satu masa dulu.


Sudah dicongak sampai rongak, aku tidak rugi satu sen pun jika tidak menghampiri kalian. Sesen pun tidak!!
Entah kenapa, hati ini masih membengkak .. Doakan agar satu hari nanti hati aku dilembutkan untuk memaafkan kalian. Insyaallah ..




-Tamat-

July 13, 2011

*ketawa*

haha ..
hahahaha..
hahahahhaha...
hahahahahahaha...
hahahahahahahahahha...


Lucu melihat pendapat pandangan cadangan penyembah si bibir merah delima. Nice one! very nice one! 


hahaha..
hahahahaha..
hahahahahahaha...
hahahahahahahahaha...
hahahahahahahahahhahaha...


3 million? including with profiles which doesn't exist!??


Surely you can dude! 


People create the system, and people itself misuse it! Whatta heck !~




Ok, bye!

July 12, 2011

Layan jer ..



Lihat Video di bawah, buat penilaian yang sewajarnya dan buat pilihan yang sebetulnya. 
Perhimpunan BERSIH 2.0 tidak sepatutnya diakhiri dengan kematian, kecederaan dan kemarahan, tetapi ada pihak-pihak tertentu yang merosakkannya dengan cara yang sangat buruk dan tidak berakal. Polis diwujudkan  untuk melindungi dan menjaga keamanan negara, Bukan untuk menganiaya atau menghuruharakan keadaan. Damn you people! 

July 04, 2011


Hari Ahad, Aku Mandi Lambat!

Hi semua!
Lame betul blog ni tak dikemaskini yer .. habis sepah dibuatnyer .. hehe .. *Padahal hari-hari login blogger.com ni* ..
Korang sume sihat ke? Aku sihat. Tapi mama ayah aku kurang sihat .. Mereka demam demim dua tiga hari ni. Klinik dah pergi, ubat dah makan. Insyaallah .. mereka akan sembuh.

Korang buat ape tu?
Tak kua jenjalan ke weekend ni?
Gaji kan da dapat.. mesti syok kan jenjalan dengan wallet berisi. Yauw! Jeles mak! :p

Weekend ni, hari Sabtu je bes. Ahad tak bes.
Tambah pulak mama ayah demam. Erm .. sepi je rumah ni.
Nak online pulak tak boleh. Sebab cik lappy aku ni da di’setting’ dengan IP kat opis.
So malas nak bukak PC kat bawah tu cek IP address die.
Nanti-nanti lah cek.
Naseb sempat amek game dari member. So takdela sangap sangat. 
Wee! Lame tak main game! Bile dapat game ni rasa macam .. Arghh! Lepas gian sekejap. Ngee!
Antara game-gamenya ialah War Craft III, Zuma! *oh lame gila tak main Zuma!*, Mystery Case Files *ada 3 edisi*, Angry Bird *naik tension aku main bende ni. Si vavi vavi tu degey sungguh nak mati*, Plants vs Zombie dan beberapa game lain yang aku tak pernah main.

Ape-ape pun, aku still berasa sangat bosan sebab tak dapat online!
Argh .. tak boleh hidup tanpa internet! Serius~
Disebabkan aku terlalu bosan, sampai mandi pun lambat. Haha .. Ape aku buat pun tak taulah..
Nak kate buat kerja rumah, baju masih ade dalam bakul *stok seminggu*, kain mama dah lipat, dapur dah berkemas. Herm ..
Nak kate aku memasak, tadi turun-turun makanan dah tersedia atas meja *thanks mama! Suka ubi masak cili tadi!
Nak kate aku bergayut, encik boipren *bile lah nak tukar title dari boipren ke tunang or ke encik somi ni yer ..haish* balik kampung tanam jagung *beri ruang pada dia bersama keluarga, asyik berkepit dengan aku je kan ..hehe* .. ermm .. ape tah aku buat hari ni, aku pun tak pasti.

Tapi yang aku pastinyer, aku baru je lepas format pendrive aku setelah lama tak ku sentuh ia. Kenapa? Sebabnya, aku telah fobia untuk menggunakan pendrive selepas kejadian tahun lepas. Kejadian biasa je pun. File-file penting aku hilang maka aku terpaksa membuatnya semula. Sejak itu, aku hanya simpan file di dalam laptop, dan send to emel aku. Simpan dalam tu selamat! Tak payah risau pendrive tak bawak ke, pendrive masuk virus ke, pendrive hilang ke, pendrive tertinggal kat cc ke bla bla bla! Leceh noks. Jadi ape-ape pun, aku hanya perlukan internet sahaja untuk jalankan tugas-tugas aku. Heheh~

Oh selain itu, aku juga ada kemaskinikan folder-folder yang ada dalam cik lappy aku ni. Bersepah. Tak suke. Pendek kate, hari ni aku godek-godek perut cik lappy aku ni sejak jam 12pm sampai 4pm. Entah ape aku buat pun tatau. Setelah itu, baru lah aku rasa ade mood nak mandi! Haha!

Ada lagi! Haha .. Betul-betul bosan aku hari ni.
Tiba-tiba mata aku terpandang sebuah bekas kaca berbentuk hati yang telah disusun di sudut meja belajarku. *Ecewah .. geli aje* Aku pun lupe ape aku isi dalam bekas tu .. *nampak sangat lame tak mengemas meja! haha*.. jeng~jeng~jeng~ Ada barang kemas!! Aha! Bengong..aku belek-belek sume rerantai, gegelang dan cecincin yang ada. Fuh! Terpikir sejenak, kenapa aku sanggup beli bende alah ni sume ek? Tak sanggup nok aku nak pakai kesemuanya itu! Dangg!
Lawak gila kalau korang tengok. ha~ha~ha~doi! Kaler merah la, kaler hitam putih, kaler pink pun ade! Eeee! Tapi sempat la juga aku testing-testing kat tangan aku ni. Manelah tau kan, terbukak pintu ati nak pakai esok pi kerja. Haha! Giler, tak kose mak!~

Nak amek foto, tapi camera tak ngancam. Nanti-nanti lah yer .. Aku rajin aku snap la ape-ape yang patut untuk share dengan kowang cume! *wink!wink*

Haaa~
Rasa lega sikit dapat luahkan kisah hidup aku sepanjang pagi Ahad ni!
Walaupun tak dapat online, luahkan kat dalam Word pun ok kan!
Esok, aku kopipes je masuk dalam blogger.com! wee~ jimat masa aku!
Oklah korang, aku nak kemas balik rerantai, gegelang and cecincin yang bersepah ni.
Sabot pulak aku tenot. Ngee!
Jumpa lagi di entri akan datang.
Bye!


Psst! Transformers: Dark of the Moon best! Korang jangan caye orang-orang yang cakap cite tu tak bes! Pi tengok, baru tau. Sebelum tu, pastikan kepala otak korang dalam keadaan bersih suci murni. Baru boleh fokus cite tu. Abaikan heroin yang bukan Megan Fox tu sebab peranan die hanyalah sebagai seorang teman wanita yang sentiasa disukai oleh lelaki. *bosan!*  Yang penting ending die gempak!
Kay, selamat menonton! *kalau dapat 3D lagi gempak!*


Psst! lagi .. har har har ..aku baru tahu kenapa aku tak boleh online tempoh hari! ahaha..just un'tick' proxy setting tu maka settle lah. adoi .. sian aku .. kih3 ~

June 26, 2011

Boink!

Tahu tak betapa stressnyer bila orang yang kita perlukan tak ada di sisi? 
Stress babe! Tu pasal asyik update status banyak-banyak dalam facebook and twitter dalam masa satu hari. Stress! 
Biarlah bape ramai orang mengomen pun, kalau takde dia, tetap macam tak de orang komen. hahaha poyo gila ko noks! Ape ape pun, aku harus admit, bulan Jun ini adalah bulan yang sangat tak menarik! Boring berdarah okay! 
Alaarr .. cepatlah balik kepada asal!! Wuhaaaa .... 
Next week entah ape la pulak programnyer. Hesh ..
Akhir kata daripada saya .. Boringgggggggggggggggggggggg!!!


Ok bye!



Beri Laluan Pleasee!

Few weeks ago .. as usual, on my way back to Shah Alam .. 
Saw one red kelisa with a "charming" sticker at the back side of the car.
He was driving on the left lane, while I'm on the middle lane (as usual). 
In front of me was a 7 series gold BMW.

The main issue here is that, the driver of the BM already gave left signal for showing that he wanted to move to the left lane as the lane was moving quite faster than my lane plus the gap between that kinda charming guy (the driver of the red kelisa) and the car in front of him was quite large, so he thought it would be the perfect time to move. But guess what!?? The so called 'charming' driver suddenly drove faster than ever in the middle of the traffic jam just to prevent the BMW from entering the lane. Stupid! Jerk! and very very rude! 

Obviously I can see the car is moving faster. I can imagine how he put an effort to press the paddle just to ensure that the gap will reduce so that there will be no chance for that BMW to enter the lane and you guys know what?! few minutes later, that jerky pulak nak masuk middle lane after die tak bagi that BM masuk plus in front of my car pulak! Ouuhh.. !!

U know what I did? I pon drive rapat2 dengan that BM, and die sangat jahat sebab die sanggup nak masuk jugak and I have no choice but to give him some space. Disebabkan terlalu benci dengan driver tu, I move to the left lane, and tak tahu la rasa ape, but i felt like, die mcm nak berlumba sape cepat. haha! Wacko Charming Guy! I pon ape lagi, potong to the emergency lane lah. Tinggalkan dia buat selama-lamanya. Padan muke! Selfish tak kene pada tempatnya! Buruk perangai ok kalau lelaki buat macam tu. Come on lah wey! Kalau perempuan tu tak payah cakaplah .. lagi buruk! Tapi ni lelaki, terkenal dengan sifat charming and gentlemennya itu, maka please lah .. behave urself k. Semua orang pun nak cepat juga.

So guys out there, pleasee..dont do like this. Make way. Ape la salahnya kalau anda beri laluan, tak rugi apa-apa pun. Kurangkan kesesakan lalu lintas dan yang paling penting, anda pun pasti akan lakukan perkara yang sama jika dalam keadaan terdesak. Ingat tu! Pecut laju-laju dalam traffic jam?? Hilang akal ke? macamlah dengan tidak memberi laluan kepada other driver, kalian akan sampai cepat 1 jam dari yang lain?? duhh! Think!Think! and Think! Macam-macam perkara boleh jadi kalau kita tidak memberi laluan. Mungkin ianya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk, mungkin juga akan berlaku kemalangan disebabkan kereta di belakang menyangka anda berjaya masuk ke lane sebelah, menyebabkan orang di belakang maju ke depan. Tetapi rupanya tidak. Pang! sekali kene montot kereta anda. Kan ke susah..
Fikir-fikirlah .. What goes around, comes around. Same macam kelisa merah tadi. Rasakan macamana bila orang tak beri dia laluan di saat dia memerlukan. Bolo punya olang!



Nota Kaki: Macam best tak pic kelisa putih tu? ngee .. 

-The End-

June 22, 2011

Bosan ..

Bosan.


Erm .. semua orang buat kerja.
Aku? ngee..aku pun buat kerja juga. Menulis blog sambil tension sebab tak dapat lepas level 1-6 dalam Angry Bird ni.
Argh .. bosannyer!
Lame tak jumpa. Rindu dah rasa. Sunyi pun ada.
Hepp! Sabar .. sabar .. Petang ni jumpa okay! Tu jela hari yang available buat we!
Weekend asyik ada program je. Benci betul.
Sejak kerja ni, rasa macam jarang je kontek mengontek. Siang hari dah sah-sah masing-masing busy.
Malam pulak, masing-masing letih nak tidor awal. Jaga-jaga, baru pukul 1.30 pagi! Oh awalnye aku tido. Rasa macam dah pukul 545am. he..he..he..
Korang nak tau tak, sejak aku bekerja ni, alarm dah tak boleh set 615am lagi macam dulu.
Kene set 5.45am! Warghhh! ngantuk okay!
Tapi rasa seronot, sebab dah boleh geng dengan kumpulan yang stuck in traffic jam setiap hari!
Sangat suke. Tengok gelagat orang dalam kereta pagi-pagi. Ada yang muka monyok, ada yang sakan menyanyi (mulut nganga bukak tutup okay!) oh ada juga yang seriuss je. Tension fikirkan kerja kot. Aku pulak? ahaha..aku nyanyi jugak!! yay! Heppy dapat bangun awal! Hari-hari kene target 715 mesti sampai kat menara jam kat tepi federal highway tu. Kalau lebih, alamatnye aku akan lambat ke tempat kerja! haha! bes tak bes tak? Tapi takpe, opis aku bes. Datang lambat pun semua rilek. hehe .. Rasa macam duduk kat rumah je. Boleh makan, minum, lepak-lepak. Online facebook pun no problem. Kesimpulan macam rumah no. dua lah kirenyer.


Tapi still bosanlah .. kerja banyak, pastu tak faham. Faham actually, tapi entah .. tak faham la beberapa part. Ish .. entahlah. Bende 1 je nak, tapi explanation berjela-jela sampai aku konpius mana satu yang dia nak sebenarnye. Adoi...rumit rumit. Nanti, kalau dah jadi pensyarah esok, cuba la sedaya upaya untuk ringkaskan penerangan anda kepada pelajar yer. Sian dorang, tak paham. Pastu kene angguk paham. Last-last tengok hasil kerja, tak seperti yang kita inginkan. Kan ke susah. Pastu bila suruh buat penilaian pensyarah, kita juga yang tak syok bila student kasi skor rendah-rendah. kih3..
Macam-macam kan ..
Erm .. takpela, slow slow. (erk..ape yang slow pun tak tau.)
Kay lah. aku nak sambung buat kerja.
Nanti bos marah.
Sambung nanti yer.
Bye!

June 20, 2011

Buku Biru

Psst!
Nak citer satu bende ni .. Hari tu, nampak notebook UNITEN kat atas meja opis. Dah berhari-hari nampak, tapi tak de orang amek pun. Dua tiga hari baru ni, aku belek-belek buku tu. Kosong! Not even a single letter pun tertulis kat dalam tu! Petanda baik nih! Erm .. Korang perlu tahu, aku sangat sukakan notebook notebook macam tu. 


Dah la cover depan die Biru Gelap! 
Sangat cun gitu! Aku amek! Har! Har! Har! Boley tak cenggitu?
Tapi sehingga ke hari ini, aku masih segan mahu menggunakannya. 
Mungkin kerana ianya bukan hak aku .. dan adakah ini bermakna aku harus pulangkan semula?
Atau minta kebenaran admin adalah cara terbaik? Ya! minta kebenaran admin!
Okay, aku akan letakkan notebook tersebut esok di tempat asalnya! 
*sedih*


Mungkin kau dan aku tiada jodoh yang panjang.
Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya kau pernah hadir dalam hidupku.
Oh apakah??


Okay, maafkan entri aku malam ini. Mereng sudah otakku selepas puas membelek-belek bahan bacaan berkenaan B5 yang baru launched 1 June yang lalu. Oh sebut pasal B5, Modenas pun sudah keluarkan model motorsikal elektrik! (uh! ape kaitan? hee..kaitannya adalah teknologi pengangkutan mesra alam) .. RM4,888 seunit! Pada yang cintakan alam sekitar, silalah beli ya. Support kenderaan elektrik Malaysia! Dengar kata, model ni dapat sambutan menggalakkan di Iran. Mahu order 200 unit setiap tahun katanya. Satu permulaan yang hebat!


Okay, cukup tentang itu. 
Izinkan aku sambung membaca ya. 
Kalian bosan, boleh tidor dulu. Aku nyusul kemudian.
Selamat malam semua!
Assalamualaikum.