June 20, 2011

Buku Biru

Psst!
Nak citer satu bende ni .. Hari tu, nampak notebook UNITEN kat atas meja opis. Dah berhari-hari nampak, tapi tak de orang amek pun. Dua tiga hari baru ni, aku belek-belek buku tu. Kosong! Not even a single letter pun tertulis kat dalam tu! Petanda baik nih! Erm .. Korang perlu tahu, aku sangat sukakan notebook notebook macam tu. 


Dah la cover depan die Biru Gelap! 
Sangat cun gitu! Aku amek! Har! Har! Har! Boley tak cenggitu?
Tapi sehingga ke hari ini, aku masih segan mahu menggunakannya. 
Mungkin kerana ianya bukan hak aku .. dan adakah ini bermakna aku harus pulangkan semula?
Atau minta kebenaran admin adalah cara terbaik? Ya! minta kebenaran admin!
Okay, aku akan letakkan notebook tersebut esok di tempat asalnya! 
*sedih*


Mungkin kau dan aku tiada jodoh yang panjang.
Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya kau pernah hadir dalam hidupku.
Oh apakah??


Okay, maafkan entri aku malam ini. Mereng sudah otakku selepas puas membelek-belek bahan bacaan berkenaan B5 yang baru launched 1 June yang lalu. Oh sebut pasal B5, Modenas pun sudah keluarkan model motorsikal elektrik! (uh! ape kaitan? hee..kaitannya adalah teknologi pengangkutan mesra alam) .. RM4,888 seunit! Pada yang cintakan alam sekitar, silalah beli ya. Support kenderaan elektrik Malaysia! Dengar kata, model ni dapat sambutan menggalakkan di Iran. Mahu order 200 unit setiap tahun katanya. Satu permulaan yang hebat!


Okay, cukup tentang itu. 
Izinkan aku sambung membaca ya. 
Kalian bosan, boleh tidor dulu. Aku nyusul kemudian.
Selamat malam semua!
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment