January 21, 2011

Sakit .. nak balik ..



Sakit otak .. 
Sakit montot ..
Sakit mata ..
Sakit dahi ..
Sakit perot .. 
Sakit hati ..
Sakit .. sakit .. sakit ..


.. nombor-nombor .. kotak-kotak .. kilogram, hectares, tonnes, oh .. tidak ..
9 hari sebelum tempoh perkhidmatanku tamat. Sempatkah? Mestilah tak sempat kalau asyik berfacebook .. berblogging .. berchatting .. .. bermain ..bergurau .. bergelak ketawa .. dan oh .. bergambar di celah rak-rak buku!! ..beruk!


Ohhh ... tapi ini semua semata kerna duit .. kerana kau, aku sanggup lakukan apa saja. Erk .. yeke, ape aje? erm, tak kot .. Sesungguhnya, tidak berbaloi untuk aku menghambakan diriku pada kau wahai duit. Tidakk! Aku lakukan ini kerana ingin menimba pengalaman yang bukan mudah untuk diperolehi selepas aku melangkah keluar dari sini. Sini tu mana? Sini tu, di Universiti (status aku paling terkini). Tempat kita menimba ilmu. Proses pembelajaran sentiasa berlaku tak kira masa, tempat dan siapa. Jangan sia-siakan masa dan peluang yang ada. Gunakan sebaik-baiknya. 


Oi, apa ni? sendiri mengeluh, dan sendiri memotivasikan diri. 
Okay, aku dah penat mengkopipeskan segala data data yang ada. Kopi masuk kotak. kopi masuk kotak lagi. Buang, tampal balik. Itu jelah kerja aku sejak dari hari Isnin yang lalu. Asyik kopi je, milo takde ke? 


Baiklah, aku dah penat. Langit dah makin gelap. Montot dah kebas. Balik dulu kawan-kawan!




Mode: tutup pen, cabut wayar notebook, simpan kertas-kertas. 

No comments:

Post a Comment