January 15, 2011

Jumaat

... Hari Jumaat ...

 .. hari yang penuh dengan hikmah.
 .. hari yang mana Qiamat akan berlaku.
 .. penghulu segala hari.
.. disunatkan mandi sunat Jumaat, dan memakai wangian serta pakaian berwarna putih kerana ianya disukai Allah.
 .. perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi S.A.W dan membaca surah Al-Ikhlas.
 .. hari di mana semua kaum lelaki muslim diwajibkan menunaikan Solat Jumaat.
 .. hari di mana umat Islam tidak dibenarkan berpuasa, kecuali jika dia berpuasa hari sebelum atau selepasnya.
 .. disunatkan memotong kuku dan bercukur.
.. hari di mana doanya Insyaallah dikabulkan Allah .. dan hanyalah doa menuju ke arah kebaikan, dan bukan keburukan.
'
"Ada banyak lagi hikmah di hari Jumaat, tapi sekadar yang aku tahu, ini sajalah yang mampu aku nyatakan. Takut nanti tersalah tafsir pulak.."
Wallahu'alam 


♦ ♦ ♦ ♦ ♦ 
Jumaat tempoh hari hari, aku dijemput oleh Puan Khatijah untuk menghadiri usrah yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah lain di fakulti itu. Adalah dalam 5 orang. Secara jujurnya, inilah pertama kali aku menghadiri majlis ilmu seperti usrah ini. Yelah, mana tidaknya..aku ni cetek ilmu agama, apatah lagi untuk berkongsi pendapat dengan individu lain yang jauh lebih hebat dariku. Ianya membuatkan aku terasa sungguh kerdil dan menyedari bahawa banyak lagi perlu aku pelajari di atas muka bumi ini. Pun begitu, aku akhirnya bersetuju untuk menerima pelawaan Puan yang sungguh-sungguh mahu aku ikut. Ikuti kisah perbualan antara aku dan Puan Khatijah sebelum kami ke BILIK KITA (bilik di mana para pensyarah selalu berkumpul untuk mesyuarat etc.)
♦ ♦ ♦ ♦ ♦ 


Sedang aku sibuk membuat tugasan yang diberikan oleh Pn. Khatijah, tiba-tiba, beliau menyapa, " Sarah, kamu pandai mengaji Quran tak?". Aku seperti terkedu mendengar soalan yang ditanya beliau. Seumur hidupku, rasanya tak pernah aku ditanya soalan direct seperti itu. Nasiblah aku ni celik Al-Quran, walaupun tidak mahir hukum tajwid segala. Tapi, katakanlah jika soalan itu ditujukan kepada orang yang tidak mahir mengaji atau sebagainya? Sudah pasti dirinya akan terasa malu untuk menjawab soalan itu, bukan?


" Alhamdulillah, bolehla sikit-sikit. Kenapa Puan tanya?", balas aku. "Oh saja ja. Kamu ada buku Tafsir? Saya bukan apa, kalau kamu tak da, saya nak bagi satu. Kamu nak?", sungguh-sungguh Puan Khatijah bertanya. Dengan jujurnya lagi aku menjawab, "Erm..ayah saya banyaklah Puan, tapi saya tak pernah baca pun". Sambil memandang lantai, aku sambung lagi .. " Saya ni, dulu rajin mengaji Puan, berapa kali khatam sendiri..tapi tak pernah refer tafsir, Puan. Jahil betul saya ni..." Sebelum sempat aku menyambung, air mata sudah mula memenuhi ruang mataku. Tak tahan menahan sebak, aku terus menangis di hadapan Puan. Hati ni melonjak lonjak nak luahkan isi hati yang terbuku dalam diri selama ini. Melihatkan aku sebak menahan air mata, Puan Khatijah ketawa sambil menangis, "awak nih, menangis pulak. hahaha!"...Lagila berjurai-jurai air mata aku mengalir bila Puan berseloroh begitu. Kami kembali serius. 


"Puan, saya akui, sekarang ni jiwa saya kosong. Walaupun saya cuba mengaji macam dulu, tapi masih terasa kosong. Saya tak tahu kenapa Puan. Mungkin ke sebab saya tak menghayati maksud ayat-ayat Al-Quran yang saya baca tu? Saya sibuk dengan hal-hal kerja saya. Thesis lah, assignment lah..pastu sibuk sangat nak pergi sane pergi sini. tapi last last, dari apa yang dirancangkan tak sampai 50% pun siap Puan. Pernah terdetik di hati, bila nak baca Al-Quran dengan tafsir, saya kata ..alah, nanti lambat pulak nak habis. Kerje tak siap lagik.. herm..Jadi saya pun tak jadilah baca dengan tafsir", ujarku sambil menahan air mata. Sesi luahan kami berlanjutan sehingga kerja yang sepatutnya dibuat, tak jalan.Tekun dia mendengar masalahku dan apa yang boleh aku katakan di sini, nasihatnya sangat melegakan hatiku.


...Ya Allah, sesungguhnya hari ini sangat bermakna buat aku...

Jam menunjukkan pukul 1pm. "Okay jom cepat, dorang mesti tengah tunggu kita tuh..", gegas Puan dan aku pun lekas lekas ambil segala peralatan yang perlu untuk dibawa ke majlis ilmu yang akan bermula tak lama lagi. Dalam hati, aku berdebar. Segan nak join para pensyarah berdiskusi. Lagi pula, ada pensyarah yang mengajarku semester ini. huhu..takot aku langsung dicam di dalam kelas lepas ni, dan pasti beliau akan asyik mengajukan soalan padaku. huhu..scary! but then, Puan cakap, "jangan risaulah. Ni semua setan la ni kacau kamu nak pegi majlis ilmu. ahaha", sambil berjalan kami ketawa. Lawak lah Puan ni, detik aku dalam hati.


♦ ♦ ♦ ♦ ♦ 

Selesai sudah perbincangan usrah hari ini. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam banyak lagi yang perlu dibincangkan. Tadi, aku mendengar mereka berdiskusi Hadis yang ke-28, dari buku Hadis 40. Seterusnya, kami membaca surah Al-Mulk, tapi hanya sempat menafsir ayat 1 hingga 4 saja. Kalau diikutkan satu satu ayat tu, banyak isi yang boleh dikupaskan lagi. Tapi itulah, masa sangat mencemburui kami. huhu..


Setelah itu, kami solat Zuhur secara berjemaah di surau sebelah. Sebelum itu, sempat Puan berpesan padaku, "Kamu janganlah rushing rushing yer Sarah, jangan risau lah pasal kerja yang saya bagi tu, nanti nanti boleh buat. Yang penting kite dapat hadir majlis macam ni. Lebih baik, dan doalah mudah mudahan urusan kita dipermudahkan."..Aku seperti terkedu. Tak tau nak cakap apa. Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan Puan Khatijah ini. Sesungguhnya banyak yang aku pelajari pada hari ini dan berharap agar proses pembelajaran seperti ini tidak berakhir di sini. Insyaallah ...





No comments:

Post a Comment