August 20, 2009

:: PUASA ::

Pada Sabtu, 22hb Ogos 2009 ini akan bermulanya bulan Ramadhan di mana umat Islam akan menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Aku sekadar ingin mengingatkan diriku untuk mengawal segala tingkah laku, percakapan dan apa sahaja yang boleh mengurangkan pahala puasaku. Arghh mampukah aku??
Bulan inilah aku dapat menilai diri aku yang sebenar.. hemm..jawapan itu semua hanya ada pada diriku.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada rakan-rakan yang dikenali samada yang baru ataupun yang lama atas kesilapan yang telah aku lakukan samada sengaja ataupun tidak sengaja..

Sebelum itu, bercakap mengenai MAAF, ingin aku nyatakan pandanganku. Orang yang selalu memohon kemaafan pada sesiapa sahaja tidak bermaksud kata MAAF itu terlalu murah untuk dilafazkan. Pada aku, orang yang memohon maaf adalah seorang yang mengaku kesalahan yang dilakukannya biarpun kesalahan itu diulang [sengaja atau tidak] dan itu adalah lebih baik dari orang yang ego dan sukar untuk melafazkan kata maaf walaupun semua orang tahu bahawa itu adalah silapnya. Namun itulah yang dikatakan manusia. Manusia yang tidak pernah sempurna dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Orang yang mudah memohon maaf padaku sudah cukup untuk menggambarkan keikhlasan hatinya terhadap seseorang kerana hanya orang yang sombong dan takbur serta ego sahaja yang berat hati untuk mengucapkan kata "MAAF" itu. Tidak rugi jika anda mengucapkan kata "MAAF" terhadap orang lain.

2 comments: