August 17, 2009

:: JANGAN ::

“Jangan menyebok hal orang lain”
..Itulah pesanan untuk diri aku dan kepada orang yg terase dirinya selalu ingin ambil tahu hal manusia manusia sekelilingnya. Aku serik untuk berkawan dengan orang yg ku anggap baik, tapi sebenarnya hanya la menjadi pemusnah dalam hidup aku sedikit demi sedikit . Niat di hati pada mulanya, ingin berkawan dan bermerepek bersama, tapi lama-kelamaan lain pula jadinya. Aku pn tidak tahu di mana silapnya sehingga segala yang berlaku menyebabkan aku yang tersepit. Walhal orang itu sedang bersenang lenang di sana dan masih meneruskan kegiatan “menyebok” itu. Haishh..
Sesungguhnya, kehidupanku bukanlah bermusuh dengan manusia-manusia lain. Keadaan yang berlaku sekarang adalah sangat bukan hidupku. Aku bukan seorang pendendam apatah lagi seorang yang suka mencari pasal. Aku sememangnya suka untuk mejalinkan persahabatan dengan sesiapa pun walaupun musuhku sendiri dan keadaan yang berlaku sekarang juga merupakan punca aku salah pilih manusia untuk berkongsi cerita. Hemmm..
Dalam keadaan ini, ada segelintir manusia yang mengambil kesempatan ke atas diriku yang lemah dan dungu ini untuk merosakkan kebahagiaan orang lain secara langsung, dan secara tidak langsung kebahagiaanku sendiri. Aku berharap agar aku dijauhkan dari orang sebegitu selepas ini. Aku juga ingin memohon maaf kepada yang pernah aku sakiti. Sesungguhnya, apa yang berlaku adalah di luar kawalan ku.
Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini, dan aku juga ingin mengingati kamu! ya KAMU!! kamu juga tidak sempurna . Maka jangan anggap segala yang berlaku akan mengikut seperti kemahuanmu. Jangan fikir kamu tidak pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain. Jangan kamu fikir kamu betul semuanya. Jangan kamu fikir kamu boleh menentukan hala tuju perjalanan hidup seseorang. JANGAN!!

5 comments:

  1. wah..ni btul punye marah ni deeha..huhu..sapekah orang yang diperkatakan itu?adakah saya? atau si dia nun yang berada jauh d selatan? atau orang yang berasal dari bandaraya bersejarah? huhuhu..

    ReplyDelete
  2. berkawanla dgn seikhlas hati dan usahla simpan walaupun sedikit dendam..dendam itu perosak ketenteraman hati..kata2 dari shahrul hafiz yg berbudi pekerti..hee

    ReplyDelete
  3. gelap: hoho ini tiada kaitan dgn anda dan org2 itu~ ini adalah berkaitan manusia2 yg sering menganggap dirinya betul dan pentingkan diri sendiri! Sesungguhnya, apa yang mereka katakan sgtlah tidak berasas! DAMN!

    sarol: aku bknlah seorang pendendam..tp org lain itu yg dgn selambernye mengacau hidup aku sedangkan aku dah pergi lama untuk menghindar~

    manusia manusia~

    ReplyDelete
  4. garang betol..hehe..xbaik tau kate diri sendiri dungu nik nie..sume orang ada kelebihan n kekurangan..pd sesiapa yg rase diri die perfect n xnah wat slh kat org len,bmakna orang itu la yg ada masalah jiwa..orang2 camni cam hidup lam dunia die sendiri,kwn2 pn dr kelompok yg 1 spesis cam dia..so,utk mengelakkan dr berada dlm kelompok mereka ada baiknya kite jauhkan diri awal..depa nk kate apa,itu suke ati..yg penting kite xkacau hidup dorg..dan yg plg penting,kite HEPI..hip!hip!hooray!c'mon nik~!haha

    ReplyDelete
  5. huhu~ yot: tak baik ke?? tp asyik kene jew dgn org..tak ke dungu namenye..[sob sob]..and lebey baikla dari org yang suke membangga diri die bagos. huh! saye setuju dgn kamu! mari kite enjOyy!! [gaye puteri] akakak~

    ReplyDelete