August 20, 2009

:: Buang Masa ::

" Buang masa "..
..itulah apa yang aku sering lakukan sejak akhir-akhir ini. Aku pun tak pasti kenapa aku asyik melakukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang lebih penting. Sedangkan aku tahu perkara-perkara yang penting harus didahulukan. haishhh..
Bila tiba due date sesuatu perkara yang perlu aku siapkan, barulah aku terhegeh-hegeh untuk menyiapkannya sehingga perkara lain terabai. Aku tidak seperti aku yang dulu. Aku pun tidak pasti sejak bila diriku berubah menjadi seorang yang sangat tidak proaktif dalam menjalankan aktiviti harianku. Adakah mungkin selepas aku "drop out " semester II di UPM tahun lalu kerana aku lebih mementingkan kerjaku yang sememangnya tidak menjamin masa depanku dan banyak merosakkan diriku?? Entahlah.. jauh dalam sudut hatiku, aku menyalahkan masa-masa itu. Tapi, aku sedar segalanya bermula dalam diriku sendiri. Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita kalau bukan kita sendiri..kan??
p/s: rakan-rakanku yang berjaya, bantulah rakanmu ini untuk bangkit semula~ =[

1 comment:

  1. biasela tu kehidupan..ape yang penting skang jadikan yang berlaku sebagai pengajaran dan semangat untuk bangun! ayuh bangun deeha! bangun dan g mandi sbb sy tahu kamu tidak mandi lagi! huhuhuhu...

    ReplyDelete