May 26, 2010

:: Entry suka suki di malam Khamis ::

Selamat sejahtera
(sejahterakah anda ketika ini para pembaca sekalian?? ngee ...) ,

Lately ni aku asyik sibuk je (bukan lately ni je, late late lately sebelum ni lagi, asyik sibuk jugak hehe~). Sibuk dengan proposal (baru proposal tu, belum thesis lagi..haih), sibuk dengan facebook (hari-hari wajib on walaupun tak de bende nak buat, kakaka~) dan haa ... sibuk dengan tugas-tugas RA, kene kejar ke sana ke mari (Klang Valley) call sana call sini, aku ni dah la buta jalan, tempat dekat, boleh jadi jauh sebab asyik sesat je. Tolonggg ... sakit jiwa jalan-jalan kat kolumpo nih..Orang salu cakap "kau ni, dok KL, tapi tatau jalan" ..oi, aku bukan dok KL, tapi Shah Alam okay..haha alasan je kan. Padahal orang Melaka (opss..haha) pon lagi terer jalan KL dari aku..haih..takpe takpe..aku amek peluang jadi RA kali ni untuk tahu jalan-jalan  KL yang sesak sempit ni.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dunia akhirat ..aminn (korang, aminkan sekali yer .. maceh)

Tapikan, korang tahu tak, hehe .. Bile sesat sesat tu, tibe jumpa bangunan yang kite nak cari, fuhhh seronok gila!  Aku siap loncat-loncat gitu sambil pegang stereng .. haha .. Bes gile gaban! Tapi keseronokkan itu hilang apabila aku tak jumpa tempat yang sesuai untuk park keta aku yang comey lagi hodoh tu. aaaaaaa ... kenape la susah sgt nak parking keta kat KL ni ek..dah tahu tempat tu kunjungan orang ramai, buat la tempat parking banyak-banyak .. and jangan la mahal-mahal sangat. Bengong la sistem dorang nih .. Dah tahu penggunaan kenderaan persendirian semakin meningkat, cube la buat sesuatu dengan sistem pengangkutan kat Lembah Klang ni.

Perkhidmatan public transport  yang ade ni pun tak membantu sangat sebab still orang kene menapak sampai peluh-peluh, busuk-busuk untuk tiba ke destinasi, ditambah pulak servis mereka yang tak memuaskan. Lagi la orang tak mo guna. Sanggup ngadap jem-jem dari naik komuter etc. kan kan kan? Asyik-asyik masalah yang same, mcm tren lambat, gerabak tak cukup nak tampung kapasiti penumpang yang ramai gila..eee .. Time sesak-sesak tu, macam-macam boleh berlaku tau kawan-kawan. Aku dah banyak pengalaman huduh sepanjang jadi pengguna KTM (LRT much-much better than KTM!!) beberapa tahun lepas. Naik fobia aku. buduh punya pakcik tua. Boleh ngaku "Dato' Kamaruddin" kat aku. Dia ingat aku ni kekanok umo 5 tahun?? Aku 25 tahon okies uncle. Ok, abaikan, itu cerita lama. ngee~ Apa-apa pun, masalah ni takkan selesai kalau kita tak cube untuk selesaikan. Bosan jew.. Sebab tu aku tatau jalan KL, sebab faktor-faktor begini la yang menyebabkan aku malas gile nak berjalan ke KL walaupun dekat je dari Shah Alam ni. (eceyy alasan lagik ..ngee ~)

Aku semangat cakap pasal transportation ni nape ek?? hehehe ... Sebabnye aku merancang untuk buat thesis berkenaan masalah pengangkutan di Lembah Klang ni .. nanti set questionnaire aku dah siap (dengan bantuan Dr. Nurul yang cool), aku akan amek korang sebagai respondan eh, responden aku .. yeh yeh yeh? boleh kan ?? ngee..korang pun, kalau nak aku jadi responden korang, mai la sini. Aku suke jawab questionnaire nih, dan kesahihan maklumat yang diberikan oleh aku tu, tak perlu diragui, sebab aku ni jujur bile jawab questionnaire orang. Sebabnye, bukan orang kenal pun sape yang buat bende tu kan..mandai2 je aku kan...hehehehehe :)

Tengoklah aku ni, dalam keje banyak ni, sempat nak layan blog ni kan..Teruk betul Madeeha ni ..isk isk isk ..sumbody tarik ambot dea pleassse .. heh poyo kan..

Kay la, aku nak sambung main Cafe World (ceh, igt kot nak ckp sambung buat keje kan ..hehe)  ... Ade berita baik!! Tahap ke"gian" nan untuk bermain Cafe World aku sudah dapat dikawal sejak minggu final semester lepas. wee! alhamdulillah .. Petanda baik untuk aku berjaya nih .. ha ha ha ha ha ~

K, chiow meow meow !

May 19, 2010

:: Bercakap Benar :

Bila berkata benar, ada saja respon negatif yang diterima. Kenapa ya? Bukankah fakta yang benar lebih baik, dari fakta yang tidak benar? Walaupun ada kalanya berkata benar, lebih menyakitkan dari menjadi tidak jujur, lebih-lebih kepada orang yang penting dalam hidup kita

 ... herm ... Aku akui, sememangnya berat untuk bercakap benar..Akan tetapi, jika difikirkan rasionalnya, adalah lebih baik daripada anda menipu rakan baik anda, kerana kelak kebenaran pasti akan terbongkar jua. Pada waktu itu, kebarangkalian hubungan kalian untuk menjadi buruk adalah tinggi. Paling tidak pun, tahap keihklasan bersahabat menjadi kurang dan lama-kelamaan timbul rasa tidak hormat antara satu sama lain. Apa yang penting, kejujuran dalam persahabatan dan keikhlasan diri untuk membantu rakan. Anggap sajalah ada hikmah yang besar di sebalik kekecewaan yang secebis itu. Mungkin kali itu, anda yang bernasib baik, mana tahu kali seterusnya dia pula yang bernasib baik .. Malah dibantunya anda yang kebetulan dikala itu sedang dalam kesusahan atau apa saja kondisi yang tidak baik.. Siapa tahu kan??

Saya ingin seru kepada rakan-rakan budiman sekalian, jangan mendustai persahabatan yang terjalin kerana kelak ianya akan membakar diri. Sentiasa ikhlas dalam bersahabat walau apa yang terjadi. Apa jua yang dilakukan kalian pasti akan terbalas, samada daripada rakan anda atau dari Dia. Insyaallah ... ... ...


Nota Kaki : ngee..lawak pulak berbahasa baku cenggini..tapi siyes weh, bile kite bercakap yg betul,hati kite pun tenang..tak perlu risau org tu akan tau ke ape ke..tak perlu keco2 nak kaber line, bla bla bla.. kan kan kan?? So, kepada kawanku yang terasa dengan aku, aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki..Sesungguhnya, kata-kata yang lahir dari mulutku adalah yang benar dan ikhlas dari hati. Akhir kata, ingatlah bahawa rezeki ada di mana-mana dan aku sayang kamu! khi khi khi :)

April 25, 2010

:: You ::






you dont deserved to be loved,
if you dont love the people around you

you wont be happy,
if you dont make people around you happy

you wont be respected by others,
if you dont respect them

you wont be rich,
if you dont help others to be rich

you wont get sorry from others,
if you dont feel sorry for them

you'll not be pleased,
if you dont please other people around you

Conclusion about you, 
Never STOP the people around you,
instead, you should STOP yourself from hurting other people.

April 10, 2010

RAYA MODE !! 1st BATCH of ROME SILK !!! COme and Get IT !!!



♥ ROME SILK ♥



(4meter)

 RM 60 





FREE POSTAGE!!
 (Peninsular Msia only)


✩✩✩


✓ Washable

✓ Cool Fabric

✓ Not strechable / spandex material (GOOD QUALITY)

✓ Unique Designs 


✩✩✩


LIMITED EDITION


✩✩✩


Interested ???

Leave ur NAME, ADDRESS, CONTACT NO. CODE ITEM in my inbox


or

Facebook


THANK YOU SO MUCH !!







✄✄✄✄✄



RS01
SOLD to daus
Thank You!



✄✄✄✄✄


RS02
SOLD to daus
Thank You!




✄✄✄✄✄



RS03



✄✄✄✄✄



RS04
SOLD to Dhiya
Thank you!







✄✄✄✄✄


RS05





✄✄✄✄✄



RS06
SOLD to Kak Mah
Thank You!



✄✄✄✄✄



RS07
SOLD to Dhiya
Thank You!



✄✄✄✄✄



RS08
SOLD to Muna
SOLD to Ady Duct
Thank You!




✄✄✄✄✄



RS09
SOLD to Sal
Thank You!



✄✄✄✄✄



RS10
SOLD to Sal
Thank You!


✄✄✄✄✄



 Simple but Nice Collections

April 04, 2010

:: Omong Kosong ::

Donkey cakap dia tak dapat fokus.  Maka ruangan blog menjadi tatapan Donkey dikala ini.
Mata Donkey dah penat dan terlalu letih menghadap skrin komputer sejak jam 9 malam tadi (sekarang 248am) dan mengusutkan otak dengan perkataan-perkataan yang boleh dikatakan 4 out of 10 yang Donkey betul-betul faham maksudnya, membuatkan Donkey hampir-hampir muntah hijau. Boleh ke siap esok nii??? Gusar Donkey dalam hatinya ....

Aaaaaa... malas tahap dewa kuda dah ni ... HotDoggy dah dilahap ... Air sudah 3 botol diteguk ... Perut pun dengan yakinnya sedang memboroi ... Oohh tidakk ... Donkey terdengar bunyi orang berdengkur .. waahh sedapnya mereka tidor ... hmmm ...  siap dengan penghawa dingin lagi ... jeles mak ... hehehe~ [Proses pengGEMOKkan sedang berlaku di setiap awal bulan, harap maklum]

Nak tidor jugaklah .. boley ?? Sok bangun pagi-pagi twos buat kerja balik .. OK ??  ke tak OK ?? hermm .. memangla tak OK .. kene mandi dulu .. ni busuk-busuk terus menghadap komputer. Komputer pun tak lalu nak menghadap wajah kamu yang selebet itu. Silap-silap boleh terkena jangkitan virus pulak .. terus tak mo ON. ngee~

Oh...Dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Melaka. Harap-harap semuanya selamat walaupun Manchester United kalah malam tadi. Bahahhaha~


Nota Kaki Kotor: Alaaa .. sok ade Shoe Fair kt PWTC .. Last day ... tak dapat pegi .. so sadd  :( 
Tapi takpe, mesti kasot banyak tak de saiz kan .. (legakan hati sendiri huh~)

Persoalan: Kenapa "Donkey" ???~ haha

March 21, 2010

:: tipu jew~ ::

hehe..perlu ke ceritakan hal yang sebenar??
heh..tak perlu kot..So, jangan percaya cerita aku kay.. sebab semua itu adalah rekaan semata-mata..haha~
Tapi bila difikirkan balik, hebat dan tragis juga kisah yang aku cipta tu kan? the he he~

Ohh , tapi jangan salah sangka pula, aku bukan tukang putar belit yer..Secara asasnya, aku dah belajar dari kesilapan lepas supaya tidak ceritakan perihal sebenar pada semua orang kerana ianya untuk kebaikan diriku. Hati orang lain-lain ... Tidak semua orang kita boleh percaya 100% kan??

Apa orang tanya, aku jawab.. Orang tak tanya aku senyap sajorklah..buat ape nak jaja cerita pula kan?? ngee~

Emo aku, bukan emo engkau
Tapi, gembira aku, boleh jadi gembira engkau juga~
he he he . . .

Sekian, terima kasih.

March 19, 2010

:: kecuh ::






oi oi

kalau nak, approve .

kalau tanak, ignore .

jangan nak poyo-poyo simpan lelame .

☆☆☆

March 16, 2010

:: x y z ::

Tajuk entry tak de kene mengena dengan isinya. Entah, tak de idea nak bubuh tajuk ape..Maka itu jela yang sempat aku pikirkan..ahaks~

terlebih dahulu aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang pernah terluka hatinya akibat dari kelakuanku, kata-kataku mahupun tindakan aku terhadap kalian samada baru-baru ini atau lama-lama punya. Niat di hati mahu berjenaka, tapi disalah anggap pula. sorry!~

okay, motif entry kali ni aku pun tak pasti untuk ape, tapi sekadar luahan hati aku di petang Selasa.

"aku aku, kau kau.. aku tak kacau kau, maka kau jangan kacau aku"

Statement yang mudah untuk difahami kan? Aku cume pelik, bila ada orang yang  tak de kene mengena dengan hidup aku, tiba-tiba nak masuk campur atau dengan kata lain nak porak poranda or nak keruhkan keadaan. Kau tak de kerja lain da ke cik?? kerja kau suke menyibuk hal orang je eh? kau suke tambah garam pada luka yang sedia ada eh?? kenapa ek?? kau sedar tak kenapa hidup kau tak berubah-ubah dan asyik dilanda masalah dan emosi tak tenteram??

 lihatlah pada diri kau sendiri. kau selalu menghuru-harakan keadaan, kau selalu menambah itu dan ini kau selalu berada di tempat yang tidak sepatutnya kau berada. Maka kesannya adalah pada kehidupan kau itu sendiri. Sedar tak sedar cik???

Kau sesuka hati mempersenda dan menghina hal orang lain, padahal kau tidak tahu betapa susah dan payahnya orang itu cuba menghadapi situasi tersebut. Ya, kau boleh berbuat begitu kerana keadaan itu tidak terkena pada batang hidung kau sendiri. Kau boleh menjerit dan memekik pada orang lain sesuka hati kau kerana kau sedang berada di atas. Tunggu sajalah bila ketika kau berada di bawah. Masa itu, mungkin keadaan kau lebih teruk dan naif lagi daripada orang-orang yang pernah kau hina dan perlekehkan sebelum ini. Itulah dinamakan balasan!

Tapi takpelah..ape-ape pun yang kau buat, aku harap kau bahagia. Tapi untuk pengetahuan kau, perihal kau ini aku selalu jadikan pengajaran pada aku sendiri. Aku cuba ingatkan diriku agar tidak menjadi seperti kau. Aku juga tidak mahu bakal keturunanku mengikut spesies seperti kau. Insyaallah.. Aku berterima kasih kepada kau kerana, kau telah mengingatkan dan menyedarkan aku supaya tidak menjadi seperti kau.

March 13, 2010

:: letih lapa ngantuk malas ::


Jam menunjukkan 945pm. Aku dengan lembabnya mengambil segala buku-buku dan fail berserta beg laptop untuk dibawa masuk ke dalam. Letih betul hari ini. (hari-hari letih sebenarnye) Mana tidaknya, dari pagi aku keluar untuk mencari lokasi sebenar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya kerana ujian M-test aku ditempatkan di situ. Setelah itu, mamaku mengajakku untuk singgah di kilang Toshiba di Glenmarie, Shah Alam untuk membeli spare part washing machine _ Filter nya sudah rosak. Mahu ganti baru.

Jenuh kami pusing satu kawasan Glenmarie, namun tidak jumpa-jumpa kilangnya. Haishh.. Aku ade date pulak ni jam 1 tengah hari di perpustakaan utama. haa! Jangan salah sangka budak-budak sekalian, date dengan buku-buku rujukan untuk tugasan aku. Masa itukan emas. Pusing-pusing cari kilang setengah jam, masuk kilang nak order spare part lima belas minit, halaahaiiii... alih alih jam 1245 pm baru sampai rumah. Kelam kabut aku siapkan diri untuk ke campus. [asalnya plan kul 12 da gerak ke campus..nak buat macamane, kita hanya merancang, Allah yang menetukan ngee~]

Aarghhh.. aku malas aa nak sambung cite ni.. Macam bosan jer..
Oklah budak-budak semua, aku nak siapkan diri pi kelas Public Economy pulak. [adeke kelas hari Sabtu haishh~]
ohh sebelum tu, nak angkat makanan dulu di dapur.. kang hangit, rugi cafe point aku.hahaha!

nota kaki busuk : Makanan merujuk pada makanan di dalam permainan CafeWorld! ahaks.. sangat menyayangi permainan itu. Maklumlah, tak pandai masak dalam dunia realiti. Makanya, dunia maya saja lah yang boleh aku pamerkan skill memasak aku.ahaha!~  ohh dan lagi, kelas mula pukul 2pm, tapi sekarang 121pm, maka aku sengaja lengahkan waktu kerana otak penat akibat menjawab Mtest tadi dicampur pula dengan kemalasan berguni. atoiiii... lapo weyy!~ (tibe je.)

March 09, 2010

:: BARU ::



#  Aku ada semangat baru!
#  Niat & misi yang baru
Perasaan lama yang telah diperbaharui
#  Cita-cita lama tapi dimodify sedikit matlamatnya
#  Gaya & watak baru walaupun fizikalnya lama





"Aku perlu berubah dan lebih bersemangat dalam meniti hari hariku yang sememangnya penuh dengan liku-liku. Aku yakin, dengan memperbetulkan matlamat dan niatku berserta usaha gigih, [insyallah dengan bantuan Dia], aku pasti akan berjaya mengharumkan namaku dan keluargaku. "



Bo layankan orang-orang yang riak itu!!~