terlebih dahulu aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang pernah terluka hatinya akibat dari kelakuanku, kata-kataku mahupun tindakan aku terhadap kalian samada baru-baru ini atau lama-lama punya. Niat di hati mahu berjenaka, tapi disalah anggap pula. sorry!~
okay, motif entry kali ni aku pun tak pasti untuk ape, tapi sekadar luahan hati aku di petang Selasa.
"aku aku, kau kau.. aku tak kacau kau, maka kau jangan kacau aku"
Statement yang mudah untuk difahami kan? Aku cume pelik, bila ada orang yang tak de kene mengena dengan hidup aku, tiba-tiba nak masuk campur atau dengan kata lain nak porak poranda or nak keruhkan keadaan. Kau tak de kerja lain da ke cik?? kerja kau suke menyibuk hal orang je eh? kau suke tambah garam pada luka yang sedia ada eh?? kenapa ek?? kau sedar tak kenapa hidup kau tak berubah-ubah dan asyik dilanda masalah dan emosi tak tenteram??
lihatlah pada diri kau sendiri. kau selalu menghuru-harakan keadaan, kau selalu menambah itu dan ini kau selalu berada di tempat yang tidak sepatutnya kau berada. Maka kesannya adalah pada kehidupan kau itu sendiri. Sedar tak sedar cik???
Kau sesuka hati mempersenda dan menghina hal orang lain, padahal kau tidak tahu betapa susah dan payahnya orang itu cuba menghadapi situasi tersebut. Ya, kau boleh berbuat begitu kerana keadaan itu tidak terkena pada batang hidung kau sendiri. Kau boleh menjerit dan memekik pada orang lain sesuka hati kau kerana kau sedang berada di atas. Tunggu sajalah bila ketika kau berada di bawah. Masa itu, mungkin keadaan kau lebih teruk dan naif lagi daripada orang-orang yang pernah kau hina dan perlekehkan sebelum ini. Itulah dinamakan balasan!
Tapi takpelah..ape-ape pun yang kau buat, aku harap kau bahagia. Tapi untuk pengetahuan kau, perihal kau ini aku selalu jadikan pengajaran pada aku sendiri. Aku cuba ingatkan diriku agar tidak menjadi seperti kau. Aku juga tidak mahu bakal keturunanku mengikut spesies seperti kau. Insyaallah.. Aku berterima kasih kepada kau kerana, kau telah mengingatkan dan menyedarkan aku supaya tidak menjadi seperti kau.
weh!budak lawa~ serius entry ni lebey kuang entry aku dow!panas ati kau menggelegak cam panas ati aku...hahahahahaha...lawak betol mmpnyai rasa yg sama..
ReplyDeleteread this
http://justmeadda.wordpress.com/2009/09/
haha same ke ??
ReplyDeletehuh tu aa..panas ni panas...
rs nak simbah dgn air panas je kt org yg menyebok tuh..agaga~