Bila berkata benar, ada saja respon negatif yang diterima. Kenapa ya? Bukankah fakta yang benar lebih baik, dari fakta yang tidak benar? Walaupun ada kalanya berkata benar, lebih menyakitkan dari menjadi tidak jujur, lebih-lebih kepada orang yang penting dalam hidup kita
... herm ... Aku akui, sememangnya berat untuk bercakap benar..Akan tetapi, jika difikirkan rasionalnya, adalah lebih baik daripada anda menipu rakan baik anda, kerana kelak kebenaran pasti akan terbongkar jua. Pada waktu itu, kebarangkalian hubungan kalian untuk menjadi buruk adalah tinggi. Paling tidak pun, tahap keihklasan bersahabat menjadi kurang dan lama-kelamaan timbul rasa tidak hormat antara satu sama lain. Apa yang penting, kejujuran dalam persahabatan dan keikhlasan diri untuk membantu rakan. Anggap sajalah ada hikmah yang besar di sebalik kekecewaan yang secebis itu. Mungkin kali itu, anda yang bernasib baik, mana tahu kali seterusnya dia pula yang bernasib baik .. Malah dibantunya anda yang kebetulan dikala itu sedang dalam kesusahan atau apa saja kondisi yang tidak baik.. Siapa tahu kan??
Saya ingin seru kepada rakan-rakan budiman sekalian, jangan mendustai persahabatan yang terjalin kerana kelak ianya akan membakar diri. Sentiasa ikhlas dalam bersahabat walau apa yang terjadi. Apa jua yang dilakukan kalian pasti akan terbalas, samada daripada rakan anda atau dari Dia. Insyaallah ... ... ...
Nota Kaki : ngee..lawak pulak berbahasa baku cenggini..tapi siyes weh, bile kite bercakap yg betul,hati kite pun tenang..tak perlu risau org tu akan tau ke ape ke..tak perlu keco2 nak kaber line, bla bla bla.. kan kan kan?? So, kepada kawanku yang terasa dengan aku, aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki..Sesungguhnya, kata-kata yang lahir dari mulutku adalah yang benar dan ikhlas dari hati. Akhir kata, ingatlah bahawa rezeki ada di mana-mana dan aku sayang kamu! khi khi khi :)
hahahhaha..ini dinamakan mengumpat versi mulia nih..bagus..i like :)
ReplyDeletehaha pes time aku dgr ngumpat versi mulia. adehh~ igt pijah, jgn tipu2 aku tau.hahahaha~
ReplyDelete