December 28, 2009

:: Semangat ::


Esok, bersamaan 29hb Disember 2009, bermulalah lembaran baru bagi Semester Kedua di Universiti Malaya. Semangat baru sudah muncul. Macam-macam semangat ada sekarang ini. Antaranya..haha! Semangat membaca, semangat menulis, semangat membuat assignment, semangat berjumpa muka-muka yang lama sudah tidak ku jumpa, semangat untuk berhadapan dengan jalan yang sesak, semangat untuk berlawan dengan masa yang sentiasa berkira dengan aku dan semangat paling membara dan sentiasa membara dalam jiwa aku adalah semangat untuk aku menamatkan pengajian aku dan meneruskan kehidupan yang lebih dewasa iaitu jeng jeng jeng!!~




KABOONGG!!~




Aku mahu tidor. Selamat Malam~

December 23, 2009

:: miss u friend ::



I miss u my friend and I'm happy for you.
Sorry for everything, tho i dont even know what i've done wrong~

Mode: Sad.

December 19, 2009

:: 6 and your feet ::

HOW SMART IS YOUR RIGHT FOOT ?




You have to try this please, it takes 2 seconds!! I could not believe this! It is from an orthopedic surgeon..... ....... This will confuse your mind and you will keep trying over and over again to see it if you can outsmart your foot, but, you can't!!  It is pre-programmed in your brain!



1. While sitting at your desk in front of your computer, lift your right foot off the floor and make clockwise circles.

2. Now, while doing this, draw the number '6' in the air with your right hand. Your foot will change direction!!

3. You will laugh out loud when u realized that this is true!! haha! lawak gile rase!



I told you so! And there's nothing you can do about it! You and I both know how stupid it is, but before the day is done you are going to try it again, if you've not already done so.

December 17, 2009

:: Racist di UMT ::



Berdasarkan status Facebook gadis ini, dia seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. Tempat aku peroleh Ijazah Sarjana Muda 2 tahun lepas. Hemmm...
Buat lah penilaian sendiri, malas dah aku nak perah otak untuk aku olah ayat bunga-bunga semata untuk hal perkauman macam ini. Rupanya masih ada manusia yang tidak memahami erti 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita.

December 13, 2009

:: Aku Bukan BUDAK ::



Aku bukan BUDAK KECIL yang tidak tahu menahu tentang selok belok dalam sesuatu perhubungan. Aku seorang yang tidak suka masuk campur tentang hal-hal perselisihan di dalam sesuatu perhubungan, lebih-lebih lagi golongan seperti kalian. Cukup dengan pengalaman buruk yang satu itu. Aku sedar, hanya dengan kata-kata, segalanya boleh berubah. Samada perubahan yang baik, ataupun yang tidak baik, bergantung pada kategori perkataan yang digunakan (kesat, marah, menghina, memuji, menasihati cara lembut dll. ) Aku sesal atas perbuatan aku yang lalu. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf pada pihak berkenaan dan mengharap agar tiada lagi dendam kesumat disimpan di dalam hati. Maafkan aku . . .

Berbalik pada topik utama entri yang mana ia melibatkan golongan tua. Aku bukan BUDAK! Ya, mungkin aku jauh lebih muda daripada golongan kalian (lebih 30 tahun jaraknya). Senang cakap, aku golongan belia, kalian golongan dewasa (belum lagi berada dalam kategori warga emas.) Tetapi aku tahu mana yang baik mana yang buruk. Aku juga tahu untuk menjaga hati golongan seperti kalian. Aku tidak hipokrit, seperti kalian (dah tua-tua pun perangai tak senonoh). Kononnya bertanyakan khabar, tapi hakikatnya hanya sekadar berbahasa, bukannya berbudi. Aku tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Jadi, janganlah kalian fikir aku bodoh! Aku rasa malu apabila kalian berwatakkan seperti ini. Huh! Aku sememangnya tidak mahu terlibat dalam masalah remeh seperti ini. Aku cukup tidak suka apabila timbul salah faham orang lain, tiba-tiba aku pula dipersalahkan. Hanya kerana aku tidak pandai menjawab?? Hanya kerana aku berdiam diri??

Bukan tujuanku untuk memalukan kalian, tetapi niatku adalah untuk mengelakkan perselisihan faham yang lebih berat di antara kalian semua. Aku tidak mahu dikaitkan dengan peribahasa " kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Aku bukan nila. Aku juga bukan susu yang dirosakkan oleh nila yang setitik itu. Aku tidak mahu menjadi pencetus peperangan di antara kalian! Cukuplah dengan masalah yang masih tidak selesai itu. Tolonglah .. Aku tidak mahu menderhaka pada kalian. Aku tidak mahu dicop "budak" yang tidak menghormati orang tua.

Aku sedih..Aku rasa seperti tidak berguna. Aku tidak berjaya membela kalian. Aku minta maaf. Aku tidak mahu keruhkan keadaan untuk majlis keraian orang lain. Pada aku, kalian seharusnya berfikir dan bertanya pada diri kalian sendiri, mengapa kalian berada dalam keadaan begini?? mengapa mereka tidak menyukai kalian?? Mengapa?? Tanya pada diri sendiri . . . Jangan asyik menuding jari pada orang lain! Kalian yang sebenarnya yang berperangai seperti budak-budak.

nota kaki : Mengalah bukan bererti kalah!

December 08, 2009

:: Mentah ::






Herm..Does it really happen in this country?? Nak percaya, tapi entahla. Berdasarkan foto-foto di atas yang diambil dari email, keadaan macam betul. So far, Alhamdulillah tak pernah kena lagi .. Insyaallah pekerja-pekerja McDonald semua berdedikasi belaka. Ohh janganlah ia berlaku.. Aku sangat sukakan McD!!

November 30, 2009

:: Pedulikan ::




Jangan pertikaikan kenapa aku dapat begitu begini, kerana hanya aku saja yang tahu kenapa.
Kalian tidak berhak untuk menghakimi diri aku kerana kalian tidak mengetahui apa yang aku lakukan dan apa yang aku lalui. Tidak semestinya aku tidak bekerja, maka aku akan dapat hasil yang bagus, bukan? Tidak semestinya aku tidak bekerja aku tidak melakukan apa-apa, bukan?
 Apa yang aku ingin perkatakan di sini adalah, jangan menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jangan sewenang-wenangnya mengutuk diriku jika kalian tidak mengetahui apa-apa.
Aku tidak menyukainya.
Jika kalian rasa kalian bagus, maka teruskan menjadi bagus.
Usah pedulikan aku. Aku ada matlamat aku tersendiri.
Hidup seharusnya saling bantu-membantu dan bukan menjatuhkan orang lain. Jika kalian rasa hidup bukan begitu, maka berambus dari hidup aku.
Sekian, terima kasih.



November 14, 2009

:: SOGO?? ::

SOGO..

Seronot ke?
Biasa kot..Tempat ramai, macam tak nikmat je nak nikmati shopping..Aku lebih suka pergi ke tempat yang lengang dari orang. Pada aku, shopping di area Shah Alam pun sudah memadai. Paling jauh pun, Mid Valley. Namun, sekali sekala ingin juga berubah angin bersama yang tersayang. Teringin juga merasai susasana hiruk pikuk dan kelam kabut manusia di KL..Tapi jarang sangat keadaan itu berlaku. Hehe..Itulah "kami". Simple but nice..kekekek~

Pasal SOgo ni..Sejak aku besar ni (selama ni kecik ke??haha~) aku ingat baru dua kali kot aku join kakak aku shopping. Last year, shopping raya. Then hari ini. Shopping sempena ape pun tak pasti pulak. Oh..ada lagi. Tahun 2006, final semester ku. Fakulti ekonomi adakan lawatan ke Kuala Lumpur (haha .. aku sonot aa dapat balik umah dengan satu kelas.kekeke~)So, destinasi terakhir kami adalah SOGO!! haha..tak excited pon.kekkeke~

Setiap kali aku pergi ke tempat sebegitu, yang pastinya, aku akan duduk di suatu sudut sambil melihat gelagat orang ramai memilih dan berebut-rebut barang yang mereka inginkan .. Paling tidak pun, aku akan menjadi tukang memegang barang-barang yang ingin dibeli oleh mama or kakak ku dan hantar ke kaunter bayaran. haha~ Entahlah, aku bukan jenis yang kaki shopping. Aku mungkin suka berada di shopping malls, tapi aku hanya akan lihat dan menikmati barang itu. Sekiranya aku rasakan ada rasional untuk memilikinya, maka aku akan mempertimbangkan pula harganya. Kemudian, barulah aku akan membelinya. Tidak sukar berwindow shopping denganku kerana aku tidak banyak karenah..[eceyy..puji diri sendiri.] Kasihan pada yang tersayang yang setia mengikut dan menunggu anda yang ralit bershopping. Walhal, kita sedar riak wajahnya yang sudah bosan dan penat melihat gelagat kita. Sudahlah kita menggunakan wangnya untuk berbelanja..kesiann kan .. kekeke~


Letih aku hari ini. Aku tidak membeli satu barang pun. Entahlah, tak de yang menarik minatku, walaupun mustahil untuk seorang wanita berkata begitu apabila tiba di pusat membeli belah..hehe~  Aku pun tidak berasa ralat atau sedih kerana tidak dapat membeli belah seperti orang lain. Walaupun begitu, aku happy sebab dapat makan kat Kampung Baru!! Sedapp gilaa~ haha..rasa nak tambah je lagi. Tapi segan la pulak.hahah! Itulah aku..kalau bab makanan, sume okay! Nyumm!!!!~





November 12, 2009

:: pamili~ ::


This is my dad and my lil bro. Ini tahun bile eh?? Areeq kecik lagi kot. em..Still baik..Now da notty dan semakin membesar. Cam tak bes pulak. Mao die time baby! muachh~syg areeq!



My mama and areeq lagi. ngee..mereka di Tasik Titiwangsa rasenye. Aku tak de waktu ini. Aku kt Kustem. hukhuk..berjalan tanpa aku! huh.. Em..ni pun pic 2 3 4 tahun lepas kot.



Gurls in the house!!~ngee..kakak and me..ni baru nak kuar gi mane yer..tak ingat la. aku baru balik dari Kustem. Cuti sem kot.

 

ha ini dia adek lelaki aku yg besaaa..ngee~ beza sethun je dgn aku. Maka kami nampak sebaya dan tem kecik2 dulu orang salu kate "kembar ke ni?"..sbb saiz lebih kurang, baju pon sorang biru sorang merah.wee~cam kiutla rase.kekekek~ foto di atas telah diambil di rumah arwah nenek ku di KB, Kelantan. ngee~
k  lah..nilah keluarga aku yang kecil saja. Tak besar pon. Simple but nice..wee~
muachh!


:: Turn back time~ ::



Malam pertama selepas tamat final thn 2007 ..Semester terakhir di Universiti Malaysia Terengganu.
Yati (tengah) makeup kak CT (kanan).haha~
lepas tu kami keluar supper di kedai depan Hostel, tak ingat la name kedai tu, kedai tu paling cool kat kawsan Gong Badak tu. Kalau korang igt, kedai baru tepi jalan je. Waiter-waiter muda muda ..Tauke die encem la jugak. wakaka~ Sebab tu ramai aweks Kustem a.k.a UMT suke pergi kedai tu.ngah3~ Time ni pukul 12mlm kot. haha..segan gak nak kuar malam, tak manis orang ckpkan, tapi disebabkan ramai lagi student yang belum habis final, maka tak de la segan sgt sbb ramai jugak kaum sejenis yang having supper waktu tu. Study itu penat dan membuatkan kite cepat lapar..tak gitu student-student sekalian??~ehehe...



 ha, foto ini pulak terdiri daripada (dari kiri) Kak Ija, Syuk and Wani Ali. Ngee..cubelah lihat wajah mereka selepas dimekap.kekekek~aku n kak ija je tak join pasal malas nak cuci nanti. Yati mmg mekap tebal dan santek. Aku suke. ngee~
Okayla itu aje kenangan yang hendak diimbaskan wat masa ini. hehe..
Neway, windu sume kwn2 aku kt atas ni..satu rumah walaupun macam-macam hal telah terjadi. Tapi itulah yang telah memberi pengajaran kepada aku untuk meniti hari yang mendatang.
muachh!!~