December 13, 2009

:: Aku Bukan BUDAK ::



Aku bukan BUDAK KECIL yang tidak tahu menahu tentang selok belok dalam sesuatu perhubungan. Aku seorang yang tidak suka masuk campur tentang hal-hal perselisihan di dalam sesuatu perhubungan, lebih-lebih lagi golongan seperti kalian. Cukup dengan pengalaman buruk yang satu itu. Aku sedar, hanya dengan kata-kata, segalanya boleh berubah. Samada perubahan yang baik, ataupun yang tidak baik, bergantung pada kategori perkataan yang digunakan (kesat, marah, menghina, memuji, menasihati cara lembut dll. ) Aku sesal atas perbuatan aku yang lalu. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf pada pihak berkenaan dan mengharap agar tiada lagi dendam kesumat disimpan di dalam hati. Maafkan aku . . .

Berbalik pada topik utama entri yang mana ia melibatkan golongan tua. Aku bukan BUDAK! Ya, mungkin aku jauh lebih muda daripada golongan kalian (lebih 30 tahun jaraknya). Senang cakap, aku golongan belia, kalian golongan dewasa (belum lagi berada dalam kategori warga emas.) Tetapi aku tahu mana yang baik mana yang buruk. Aku juga tahu untuk menjaga hati golongan seperti kalian. Aku tidak hipokrit, seperti kalian (dah tua-tua pun perangai tak senonoh). Kononnya bertanyakan khabar, tapi hakikatnya hanya sekadar berbahasa, bukannya berbudi. Aku tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Jadi, janganlah kalian fikir aku bodoh! Aku rasa malu apabila kalian berwatakkan seperti ini. Huh! Aku sememangnya tidak mahu terlibat dalam masalah remeh seperti ini. Aku cukup tidak suka apabila timbul salah faham orang lain, tiba-tiba aku pula dipersalahkan. Hanya kerana aku tidak pandai menjawab?? Hanya kerana aku berdiam diri??

Bukan tujuanku untuk memalukan kalian, tetapi niatku adalah untuk mengelakkan perselisihan faham yang lebih berat di antara kalian semua. Aku tidak mahu dikaitkan dengan peribahasa " kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Aku bukan nila. Aku juga bukan susu yang dirosakkan oleh nila yang setitik itu. Aku tidak mahu menjadi pencetus peperangan di antara kalian! Cukuplah dengan masalah yang masih tidak selesai itu. Tolonglah .. Aku tidak mahu menderhaka pada kalian. Aku tidak mahu dicop "budak" yang tidak menghormati orang tua.

Aku sedih..Aku rasa seperti tidak berguna. Aku tidak berjaya membela kalian. Aku minta maaf. Aku tidak mahu keruhkan keadaan untuk majlis keraian orang lain. Pada aku, kalian seharusnya berfikir dan bertanya pada diri kalian sendiri, mengapa kalian berada dalam keadaan begini?? mengapa mereka tidak menyukai kalian?? Mengapa?? Tanya pada diri sendiri . . . Jangan asyik menuding jari pada orang lain! Kalian yang sebenarnya yang berperangai seperti budak-budak.

nota kaki : Mengalah bukan bererti kalah!

3 comments: