February 16, 2011

Broga Hills!

hehehe..
Went to Broga Hills during Chinese New Year! 
Baru ada masa dan mood untuk update tentang itu. Malas nak story panjang panjang, as usual, gambar-gambar berikut akan menceritakan segala kepenatan dan kegembiraan yang we went thru that day! Sedikit informasi, aku ni jaranglah sangat nak bersukan, so disebabkan terlalu excited, tak warm up ape, trus redah bukit tu. Akibatnya, satu badan sakit pada keesokkan harinya. Hahaha..padan muka. Nak pijak lantai pun argghh ..sakit noks! Tapi takpe, pengalaman yang dapat tu lebih dari segalanya! kekeke .. Penat gila okay! Siap kene tinggal lagi dengan member-member. Naik dengan budak lembik memang cani. Ahaks! Ada satu ketika tu, haha ..aku nak call my tutut suruh amek balik! wuhaaaa tak sanggup nak naik lagi. Padahal itu baru lereng lereng. 1st peak pun tak sampai lagi ...teruk betul aku nih. Tapi handphone plak dalam beg member. Hadoi .. nak nangis jer mase tu. eehehe.. Tapi perasaan mengalah itu berjaya ditepis dan aku terus melangkah! Biar lambat asal selamat! :)


Tentatif ..
Jam 345am aku bangun, siap-siapkan diri. Then tepat 430am keluar..nak kene fetch member kt Bukit Angkasa dulu. Sesampai .. lepak .. tunggu member sorang ni bersiap .. dalam 530am, setel and we gerak nuju ke Bangi, untuk fetch lagi 2 orang member. So total sume 4 orang.hehehe..


Ngam ngam sampai mejid kat Bangi, dengar orang azan Subuh. Dalam 615am gitu. So terus ready untuk solat and 2 orang member pun sampai. 630am gerak terus ke Semenyih. 730am sampai and langkah pun bermula. Jeng jeng jeng! ngee.. Let the photos do the talking.


 Just arrived!

 Baru nak naik ke lereng Broga. Not the real track yet. huhu ..

 Penat!

 View I : Before reach Peak Point I

.Lonesome.
ngee..



Nearly to reach Peak Point I.

Member-member dah sampai, aku masih terkedek-kedek. 
keekekek~

Tu, mereka :)
















\





University of Nottingham
Campus: Malaysia.
Terperuk, mesti student-student tu dah bosan dengan Broga. haha! 






oh lalang!

 Bunga lalang pun jadilah .. 
...hehe...

 Vaa! Vaa!


 Toink! Toink!

 Ngaaau!!

 Aha! Tak jadi!


 Me & Ezan!




Tatau ape nak buat dengan dia ni. ngee~


 Otw to 3rd Peak Point!
 Macam tak caye itu laluan yang we dah lalu. Woo!


 :)

 Cobaan untuk melompat!

 That is the 4th Peak Point!
[ Zoomed from 3rd Peak Point ]

Otw to 4th Peak Point 


 Hurrah!! Berjaya!


 Tepi ni, laluan ke Gunung Tok Wan. Spooky place, sebab macam tak de kesan laluan. 


 Laluan ke Gunung Tok Wan. Stop kat situ je. The rest adalah hutan semata-mata.
Bak kata member saya,'hanya Tok Wan je yang boleh lalu!
eee! takot okay!

 Chak!

 Okay, proses untuk menurun pula. Lagi takot turun dari naik.

 ....

Dah sampai kereta! Penat! :p


Hope you enjoy the pics!
-The End-

February 15, 2011

Wabbitt!!


Rabbit!
Yeay!! Dapat pegang rabbitt!!
Jakon kan? Arhh .. 
tak kesah pon.. yang penting aku dapat pegang rabbit! 
ngeee...
Actually, ni rabbit my niece, Nurin. 
She loves rabbit so much sampai nangis2 suruh ayah die belikan rabbit kat die. 
At last, she got what she wanted.
So, kat bawah ni some photos to be shared with u guys. Simple, but i like it!
Enjoy!

This is Teh. (Putih) 


 Jangan jealous okay! ngeee~

 ... lalalalala ...

 Nurin and Tam

Tam & Teh 
muachh!


-The End-

Berpesan-pesan ....

Tahukah anda ??


Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan redha pada kita (umat Islam), selagi kita tidak mengikuti budaya dan cara hidup mereka. 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 120)


Then, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda, kita (umat Islam) ini pasti akan terikut-ikut juga budaya dan cara hidup kaum yang dilaknati Allah itu. 


Seperti yang kita ketahui, pelbagai usaha yang mereka (Yahudi) lakukan untuk menyesatkan umat Islam, dari dahulu sehinggalah sekarang. Macam-macam mekanisme yang mereka guna, dan apa yang ketara adalah hiburan. Televisyen, radio, etc. Kepoh sana sini konsert-konsert, artis-artis, fesyen baru, semuanya ke arah dunia glamour. Semua orang gila glemer skang ni. Dari kecik, sampailah ke tua..berebut-rebut nak masuk TV! Rancangan realiti pun belambak. Apakah itu semua? Semua itu adalah pengaruh Yahudi. Masyarakat Islam, dah tak macam Islam. Dulu, orang boleh cakap, Melayu itu Islam. Tapi sekarang?? Melayu, tapi Kristian, ada yang Islam pada zahirnya saja, tapi budaya dan amalan hidup tak ubah seperti orang bukan Islam. Orang bukan Islam pun pandai menghormati agama mereka. Kenapa tidak kita?


Bulan Februari, orang sibuk mengatakan tentang V-day, bulan Oktober, Halloween. Tu semua budaya siapa? Budaya bukan Islam. Tapi, tengoklah zaman sekarang, yang mana hidup ala-ala moden tu, tak ketinggalan juga membuat persiapan untuk menyambut Hari Kekasih, dan Halloween tu. Siap buat party lagi. Pumpkin, mask muka hantu etc. Semua cukup! Apa itu? Itulah budaya Yahudi. Budaya yang kita bangga-banggakan. 


Sedar atau tidak, mereka sudah berjaya membuat sebahagian dari umat Islam mengikut cara dan budaya mereka. Dari sudut pakaian, makan minum tak perlu diperkatakan di sini. Cara bertudung pun, dah macam-macam. Sampai dari yang elok-elok menutup aurat, boleh ubah kepada nampak jambul, leher dan sanggul semata-mata fesyen terkini. Tak mahu ketinggalan zaman katanya. Tahukah anda, sebenarnya dunia fesyen sekarang adalah seperti berbalik pada zaman ibu ibu kita? Budaya sanggul sudah lama diperkenalkan di zaman jahilliyah, budaya bertali pinggang besar, etc merupakan fesyen-fesyen ala-ala lama lama yang diberi nafas baru. Semua itu berbalik pada zaman dulu. Kita je yang tak sedar. 


Tahukah anda, orang yang sengaja (dah tau bende itu tidak elok) menyambut sesuatu perayaan atau event yang dikatakan bukan berkaitan dengan Islam adalah kufur. Contoh seperti V-day ini, ada yang mengambil ayat-ayat dari pujangga Christian etc untuk diberi kepada kekasih mereka, (i.e: Shakespeare) adalah dosa besar. (ayat-ayat diimport dari budaya Barat).


Kesimpulan, rasanya tak perlulah kita terlalu ikut-ikutkan budaya mereka. Walaupun masa semakin maju, moden, berteknologi, tapi tidak semestinya kita perlu mengikut budaya dan cara hidup mereka. Budaya maju lagi menyesatkan. Memang cantik fesyen-fesyen mereka, seksi, boleh attract ramai lelaki kat luar sana. Tapi, fikirlah .. dosa yang kita dapat banding dengan pahala yang kita kumpul? Aku sendiri pun sedang cuba untuk memperbetulkan diri aku. Sambil-sambil itu, aku juga ingin mengajak kalian semua untuk majukan diri di samping kuatkan pegangan agama, lebih lebih lagi dalam dunia akhir zaman ini. Seringkali kita dengar, ikut sunnah nabi, ikut ajaran nabi..Tapi macamana nak ikut? Kalau setakat tahu saja apa sunnah sunnah baginda, tapi tidak diaplikasikan dan diamalkan dalam hidup, tidak guna juga. Sempena Maulidur Rasul ni, marilah kita cuba mengenal Rasulullah S.A.W dengan lebih mendalam, selain kita dok sebok sebok nak tahu pasal artis tu artis ni, kan..Semuanya takde faedah pun. Renung-renungkan dan selamat beramal !


"Ya Allah, lindungilah kami semua dari perkara-perkara yang boleh merosakkan iman dan akhlak kami..."

February 14, 2011

V-day!

Ingat..
Valentine's Day HARAM disambut ... Makanya ...
Tak perlu menyambut ..
Tak perlu memberi ucapan kepada rakan taulan etc ..
Tak perlu memberi hadiah khas setiap kali menjelang 14hb Feb. setiap tahun ..


Untuk tunjukkan kasih sayang? 
Kenapa mesti 14hb Feb sahaja?
Hari hari boleh tunjuk apa? Bagi suami isteri ka, pakwe makwe ka, adik beradik ka, siapa siapa saja.
Fatwa pun sudah keluar. Jadi, tolonglah .. Kalau pakwe makwe tu, buat perkara lain yang bermanfaat pun tak rugi kan? Bukan sakit pun kalau tak berdating satu hari dua .. kan?


Okaylah .. tidur dulu.
Selamat malam~


Salam Maulidur Rasul untuk semua muslimin dan muslimat.
Jangan lupa baca doa sebelum tidur ya!

February 12, 2011

Member a.k.a Kawan a.k.a Sahabat





Refer pada title entri kali ni, korang dah boleh agak kot aku nak cerita pasal ape.
Basically, its about my life. People around me. So many good and of course bad things happen to me few years back. Well, im 26 this year (but currently, u can say 25 ..ngee). For sure, there are more things going to happen in the future, or maybe in the next few seconds. Only Allah knows... So I have to get prepared.


Okay, honestly .. Aku takde kawan yang boleh dibuat kawan sampai mati (macam takkan dapat jew). Sejak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pre-U a.k.a matriks and Universiti. Kawan datang dan pergi. Kawan bila masa mereka susah, pergi bila mana mereka gembira, senang dan bahagia. Oh, ada kawan yang datang hanya kerana ingin dapatkan bahan untuk digosipkan dengan rakan-rakannya yang lain atau aku boleh katakan, bahan untuk menjatuhkan aku dan bukan untuk meringankan bebanku. Percaya atau tidak, aku pernah berkawan dengan orang seperti itu.
Hipokrit, pengkhianat, penipu, mulut longkang, mulut tempayan dan sebagainya. Bila difikirkan kembali, macam tak sangka aku pernah dapat kawan seperti itu.


Namun, aku tidak nafikan bahawasanya aku juga mempunyai beberapa rakan atau lebih sedap digelar sahabat yang sering memberi kata-kata semangat bila aku hampir tersungkur, sahabat yang sanggup meluangkan masanya untuk mendengar masalahku walaupun di waktu itu adalah saat saat genting seperti minggu peperiksaan etc. Herm .. tapi sahabat jenis ini selalu tak kekal lama di sisi. Sedih  ....


Aku cuba untuk lupakan kisah-kisah lalu, tapi entahlah ..bila ternampak mangkuk mangkuk ini dalam laman Facebook, rasa macam .. eeiii! kenapalah aku jumpa kau! kenapalah aku kenal kau?! kenapa? kenapa? kenapa? .. Semak siot! Depan aku buat baik, belakang aku kutuk tak ingat. Kenape? sebab aku orang luar? aku tak sebulu dengan kau dan sekutu sekutu kau? Aku ni cacat ke? Takde hidung macam kau? Takde tangan? Jari kudung? ... Arghh .. kalau difikirkan sebab musabanya, sampai mati pun takkan jumpa jawapannya! Hanya satu perkataan yang bermain-main di fikiran aku sehingga ke hari ini. 'Dengki', 'busuk hati', dan perkataan yang seangkatan dengannya. Entah lah ..  nama pun manusia. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah ada rasa iri hati pada rakan rakan aku. Tapi, tak sampai hati pula untuk menjatuhkan mereka apa lagi merosakan ikatan persahabatan yang terjalin. Cukup sekadar rasa dalam hati. Tapi tula, lain orang lain caranya.


Lain pula di sekolah menengah. Zaman umur meningkat remaja. Keinginan membuak-buak Ingin berpakwe, ingin keluar dengan kawan-kawan, ingin cuba itu ..ingin cuba ini.. ingin menjadi popular di sekolah .. ingin menjadi perhatian di kalangan para remaja lelaki.. hahaha ..lawak betul bila ingat balik. Dari yang bertudung, boleh jadi tidak bertudung semata-mata untuk menarik perhatian lelaki. Erm ... oh yang best sekali, kes berebut lelaki, atau tak puas hati mengapa A ramai peminat, B tak ramai peminat, padahal B lagi cun dari A bla bla bla! nak muntah betul bila aku ingat kisah tu. Tak sangka eh, ada jugak orang macam tu. Hanya Allah yang tahu, betapa sakitnya hati ini bila sahabat sendiri memperlekeh-lekehkan diri ini di hadapan orang lain. Buat fitnah, cipta surat yang kononnya ianya daripada aku ??! WTF!! Sampai hati kau ... Apalah agaknya salah aku pada kau sampai kau sanggup buat aku macam tu?? Sebudak-budak aku pun, tak pernah nak mempertikaikan siapa bf kau, siapa peminat kau, kenapa dia minat kau, kenapa dia tak minat aku? kenapa itu kenapa ini...adehh ..bodohnya bila ingat itu semua. Kesimpulannya, kau ludah, kau jilat balik. Hahahahahadoiii ... Sory beb, ingatan aku masih segar ingatkan kisah lalu.


Lain pulak zaman pre-U and universiti. Sentimen kenegerian pulak dah. Adeh ..macam macam lah .. Assignment kene ceroboh pun pernah. Ini kisah memang aku tak bley lupe! Subjek Statistik, semester kedua degree. Malam tu, aku sorang. Roomate keluar gi makan kot, tak ingat sangat. Esok assignment tu kene hantar. Aku dah siap! yeay! thanks to ayah sebab tolong saya interpret satu soalan yang agak sukar difahami. hehehe .. Aku nak tolong, dorang jual mahal. So aku buat sensorang, dan dapat tido awal. Sedar-sedar, diaorang tengah sibuk-sibuk bincang pasal soalan tu. Tanpa mereka sedari yang aku sebenarnye tido tido ayam, dorang berani nak mampus pergi selongkar file aku. Pergghhh!!! Sakit hati gua beb! Tapi aku tak mampu nak buat ape-ape. Sempat aku sms mama, ceritakan tentang hal itu. Disebabkan terlalu geram, aku buat-buat bangun untuk ke toilet. Kelam kabut mereka dibuatnya! Tapi tujela. Rasanya, lepas habis tiru, dorang simpan balik. Keesokkannya, semua buat-buat bodoh! Gile lah ! Berani betul buat macam tu eh.. Manusia tak tau malu! Itu baru semester 2. Semester 3, 4, 5 dan 6 banyak lagi. Tapi malas nak sambung. Kesimpulan, banyak terluka dari gembira...Sedih lagi ... Kawan yang disangka baik, rupanya ada element cemburu jauh di sudut hatinya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba bermasam muka. Pelik pelik.


Kalau nak diceritakan kisah di zaman degree, memang banyak. tapi cukuplah kot sampai sini. Ape yang aku ingin luahkan, aku sangat menghargai rakan-rakanku, dan berharap agar mereka juga melakukan perkara yang sama pada aku. Tolonglah jauhkan sikap sombong, bangga diri, penting diri yang tak membawa kau ke mana-mana pun di akhirat nanti. Mungkin senang di dunia, tapi ingatlah ... ianya hanya sementara.


nota kaki:
Maaf jika ada yang terasa. Walau apapun, aku punya 'terasa' waktu dulu lebih teruk dari apa yang kau rasa waktu ini.


-Tamat- 

February 11, 2011

Usrah & Mereka




 Photo I


Photo II

Seperti biasa, hari Jumaat jam 1300-1400 akan diadakan majlis usrah. So hari ni, aku dijemput oleh puan lagi untuk menghadiri majlis yang penuh bermakna itu. So, saje nak share dengan korang. Berdasarkan Photo I, dari kiri, Dr. Nurulhuda, merangkap supervisor untuk research paper aku. Kanan aku, Assoc. Prof. Fatimah merangkap majikan aku selama sebulan yang lalu. Aku jadi RA beliau. Banyak perkara yang aku pelajari daripada beliau. Terima kasih Puan.

Oh sebelah Puan pula, Assoc. Prof. Dr.Radiah. 
Beliau yang mengajar aku subjek Islamic Banking and Finance untuk semester ini. Sangat bersemangat dan knowlegable. Sukakan beliau! Last but not least, Dr. Roza. She's so soft spoken and sangat pandai berkata-kata. Sering mengaitkan topik perbincangan dengan kisah realiti yang berlaku di sekelilingnya. Kesemua para cendekiawan ini, sangat humble dan senang cakap, wa tabik sama lu lah! ahaha.. 

Opss..sorry Dr. Over excited. Rasa bersyukur sangat dapat mengenali mereka semua. Aku dan rakan seperjuangan, Zairihan pun join sama. hehe..Ada geng best sikit. ngee~

-The End-


Hanya kerana selipar

Hehehe .. 
Apa yang boleh aku katakan di sini adalah, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. 
Rancang untuk habiskan kerja di makmal komputer sehingga petang. Aku pun bergegas mengambil bag dan buku-bukuku untuk dibawa ke kampus. Sarung selipar, dan alah..gate latch bawah pulak. Disebabkan barang yang dipikul banyak, maka aku membuat keputusan untuk menolak latch gate dengan menggunakan kaki saja. Eee yarggh! kaki menekan kuat untuk menolak latch naik ke atas. uhh!!?? Putus?? Oh seliparku sudah putus! Alaaaa..tak de selipar dah nak pakai.. Cane ni??! Sedikit bengang dengan apa yang terjadi, aku sabar. Letak barang-barang segala. Lalu melilau mencari mana-mana kasut santai yang boleh dipakai buat sementara waktu. Argh buang masa betul! Last-last crocs hitam bersaiz 6 menjadi pilihan. Boriing dah crocs nih. Macam bebudak pun ada. Argh lantak ar. Asal match dengan outfit aku yang casual waktu itu. 


Sambil mengeluarkan wang kertas RM1 dan syiling RM0.10 untuk tambang tol batu tiga sebentar lagi, tiba-tiba fikiranku tertangkap sesuatu! Haa! Sandle kuning hitam tu! khi..khi..khi.. Mata melihat jam. Erm belum tengahari lagi. Sempat kot lari kejap. ngee...aaaa ..duit lagi! Tapi takpe, selipar punya pasal. Sanggup! Dalam hati cakap, ini last aku spend duit untuk shopping! Banyak lagi bende lain yang lebih penting. (tapi selipar tu pun penting jugak ..ngeeee!)


Dalam perjalanan, aku teringatkan rakanku yang sorang tu, lalu terus capai telepon dan buat panggilan langsung kepadanya. bla..bla..bla.. Dia setuju! hehehe ..


Oleh kerana aku malas nak cerita panjang sebab nak bersiap untuk ke kampus sebentar lagi ni, maka aku sajikan kalian dengan foto-foto hasil dari tangkapan kami berdua. Secara ringkas, kami ke Times Square untuk penuhi keinginan aku memiliki selipar tersebut. Untuk jimatkan kos perjalanan, Ejan suggest we naik bas untuk ke KL Sentral dan baru tukar monorail ke Jalan Imbi. ngee .. Dia nak gak bawak aku naik bas! hahaha..entah ape ape ejan! 



Okay, pakcik sedang menghisap rokok. Asap disembur menghala ke arah kami yang berada di sebelah kirinya. Busuk okay! Tolonglah hormat orang sekeliling. Nak hisap rokok pun, bangun la sementara berdiri di luar tempat perhentian bas. *****! 



We dah sampai Times Square! Terus terus nak posing! hehehe ... Suke tengok view kat tengah-tengah ni. Merah! Pink! Hijau! Just love the colors!


Pasangan ini minta Ezan ambilkan foto mereka. Mereka dari jauh barangkali. :) 



Hiasan tanglung di siling Mall tersebut. Hanya fokus pada 1 tanglung saja :)


Inilah Nor Hafizan Razali. Sangat kelakar dan direct orangnya. Gadis berlesung pipit. Comel! 



Okay, tak yah cite banyak kat foto ni. Model pemalas nak posing. Jadinya, buat-buat tengok couple indian muslim kat depan tu. Hehehe ..


US! Thanks ezan, teman aku beli selipar tu! hehehehe ...


She's cool ! 



Testiing testing shawl terhangat di pasaran! 




 color tak sesuai katanye :)


My turn. ngee~


Pigeon! Otw ke perhentian bas. Mahu pulang sudah :)

..........................................
Okay, foto di bawah adalah proses dan bahan-bahan kami untuk santapan tengahari. Actually dinner sekali kot, sebab dah lewat petang. ngee :)



Goreng tempe, untuk masa sambal tempe. Aku sangat suka ini lauk! 



Bahan-bahan untuk masak sayur sawi dan goreng buncis. 










Taraaaa! Lauk bujang siap untuk disantap! Jemput makan semua :)
Moral of the story, pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Aku belajar masak sambal tempe, yang mungkin pada kalian, alaah kacang botak je! .. yer..kacang pada kalian, tidak pada aku. Aku budak baru belajar. kui..kui..kui :)
So, sekian saja luahan aku pada kali ini. 
Selamat hari Jumaat!

-End-

Malas

Macam biasa, asal pagi je aku rushing.. asal rushing je pagi .. entah ape yang dikejarkan pun aku tak tau. Pagi ni, aku plan nak habiskan kerja data tu. Malas mao fikir lagi dan tekad, jika ada apa-apa lagi perubahan, maaf! khidmat aku berhenti di sini saja. Disebabkan itu, kerja hakiki aku terbengkalai dan banyak perkara yang aku tertinggal. Mungkin tak boleh salahkan data tu, tapi entahlah...Aku belum cukup kental untuk buat pelbagai task dalam satu hari setelah berjam-jam mata merenung skrin dan tangan menekan butang kanan dan kiri. Aku tahu, dia pasti tidak memikirkan tentang hal itu, yang dia tahu hanyalah mengarah itu ini dan tanpa mengira masa dan waktu orang lain. 
Okay, aku malas mao fikir tentang hal ini lagi. Apa-apa pun ceritanya, bila kita dah mampu upah pekerja untuk bekerja dengan kita, ingatlah bahawa pekerja itu manusia sama seperti kita. Jadi, fikirkan kemampuan manusia itu sebelum anda menurunkan beban kepadanya. Jadilah manusia yang bertolak ansur dan sentiasa memudahkan perjalanan hidup orang lain agar kelak urusan anda juga dipermudahkan olehNya. Insyaallah.

-Tamat-

February 01, 2011

Motif ??


Dee, pinjam keta?
Nak wape?
Saye cuti rini..so nak kua jenjalan kt MidV. Pinjam keta eh?
Scooter awak kan ade? Pakaila..
Alaa..scooter saye buruk..pinjam eh?
Eee ade plak mcm tu..keta saya pun buruk gak, pakai je. Asal boleh gerak.
Ala..boleh aa..Awak tak sayang saye ke?
Ee ape kene mengena dengan sayang plak. Awak tu bwk keta mcm ape, dala keta tu rosak byk. Awak dok press press minyakla ape la.. Tak suke aa..Parak minyak die tau tak.
Ala nanti saye isi la minyak. Kedekut aa..
Bukan masalah isi minyak, masalahnye enjin. Orang bawak rilek2 je.
Alah takpe awak..tak kasi pinjam takpe aa..

End of conversation.

Ulasan:
Nak enjoy ke nak outing ke, pakai transport sendiri. Kalau dah ada scooter, pakai jela scooter. Hujan?? Kalau hujan, tak payah keluar. Senang. 
Janji dengan awek? Lor..janji yang tidaklah penting mane. Kalau awak tanye saya, bape kali saya penah frust sebab tak dapat keluar dengan pakwe, atas sebab-sebab yang dia tak dapat elakkan, banyak! So ape ade hal. Hujan ni, bukan kita dapat halang pun. So, faham-faham sendiri!

Statement 'scooter buruk' tu yang tak bley blah. Baru beli tahun lepas kot!! Baru lagi! bukan second hand ke ape! Plat baru. Cun plak tuh. Memang dasar tak reti bersyukur! Nak show off je keje! Cubalah berdiri di atas kaki sendiri. Mama dah belikan pun cukup bagus okay! Awak tak payah bayar bulan bulan pon! Nak banding dengan saya, kene spend duit sendiri bayar keta tulah, roadtax lah, minyak yang macam air tu, and rosak-rosak tu lagik.. Eiii ... Sakit betul hati nih..Hidup nak senang je..

Kalau saya pun..Ikutkan hati, kalau nak kua, teringin jugak nak pinjam keta mama. Tapi, buat ape? Semata nak poyo-poyo 'kau pakai keta bes kat pakwe? awek? kengkawan?" .. Ey, cumonlah..be yourself. Bukan harta awak  pun nak eksyen-eksyen macam tu. Sekali kene tarik nikmat, baru padan muka. Memang segan nak pakai keta saya tu, maklumlah keta tak segah mane, keta lama pulak tu (nasib no. plat cun! heheh ..) Tapi asal boleh jalan, and sampai ke destinasi sudah. Tolonglah, syukur dengan apa yang ada.


Lagi satu, kasih sayang tidak boleh dijual beli. Juga tidak dapat dicurahkan melalui pemberian harta benda. Mungkin boleh, tetapi nilainya tetap tidak akan sama. 


Sekian, terima kasih.