February 11, 2011

Malas

Macam biasa, asal pagi je aku rushing.. asal rushing je pagi .. entah ape yang dikejarkan pun aku tak tau. Pagi ni, aku plan nak habiskan kerja data tu. Malas mao fikir lagi dan tekad, jika ada apa-apa lagi perubahan, maaf! khidmat aku berhenti di sini saja. Disebabkan itu, kerja hakiki aku terbengkalai dan banyak perkara yang aku tertinggal. Mungkin tak boleh salahkan data tu, tapi entahlah...Aku belum cukup kental untuk buat pelbagai task dalam satu hari setelah berjam-jam mata merenung skrin dan tangan menekan butang kanan dan kiri. Aku tahu, dia pasti tidak memikirkan tentang hal itu, yang dia tahu hanyalah mengarah itu ini dan tanpa mengira masa dan waktu orang lain. 
Okay, aku malas mao fikir tentang hal ini lagi. Apa-apa pun ceritanya, bila kita dah mampu upah pekerja untuk bekerja dengan kita, ingatlah bahawa pekerja itu manusia sama seperti kita. Jadi, fikirkan kemampuan manusia itu sebelum anda menurunkan beban kepadanya. Jadilah manusia yang bertolak ansur dan sentiasa memudahkan perjalanan hidup orang lain agar kelak urusan anda juga dipermudahkan olehNya. Insyaallah.

-Tamat-

No comments:

Post a Comment