February 15, 2011

Berpesan-pesan ....

Tahukah anda ??


Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan redha pada kita (umat Islam), selagi kita tidak mengikuti budaya dan cara hidup mereka. 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 120)


Then, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda, kita (umat Islam) ini pasti akan terikut-ikut juga budaya dan cara hidup kaum yang dilaknati Allah itu. 


Seperti yang kita ketahui, pelbagai usaha yang mereka (Yahudi) lakukan untuk menyesatkan umat Islam, dari dahulu sehinggalah sekarang. Macam-macam mekanisme yang mereka guna, dan apa yang ketara adalah hiburan. Televisyen, radio, etc. Kepoh sana sini konsert-konsert, artis-artis, fesyen baru, semuanya ke arah dunia glamour. Semua orang gila glemer skang ni. Dari kecik, sampailah ke tua..berebut-rebut nak masuk TV! Rancangan realiti pun belambak. Apakah itu semua? Semua itu adalah pengaruh Yahudi. Masyarakat Islam, dah tak macam Islam. Dulu, orang boleh cakap, Melayu itu Islam. Tapi sekarang?? Melayu, tapi Kristian, ada yang Islam pada zahirnya saja, tapi budaya dan amalan hidup tak ubah seperti orang bukan Islam. Orang bukan Islam pun pandai menghormati agama mereka. Kenapa tidak kita?


Bulan Februari, orang sibuk mengatakan tentang V-day, bulan Oktober, Halloween. Tu semua budaya siapa? Budaya bukan Islam. Tapi, tengoklah zaman sekarang, yang mana hidup ala-ala moden tu, tak ketinggalan juga membuat persiapan untuk menyambut Hari Kekasih, dan Halloween tu. Siap buat party lagi. Pumpkin, mask muka hantu etc. Semua cukup! Apa itu? Itulah budaya Yahudi. Budaya yang kita bangga-banggakan. 


Sedar atau tidak, mereka sudah berjaya membuat sebahagian dari umat Islam mengikut cara dan budaya mereka. Dari sudut pakaian, makan minum tak perlu diperkatakan di sini. Cara bertudung pun, dah macam-macam. Sampai dari yang elok-elok menutup aurat, boleh ubah kepada nampak jambul, leher dan sanggul semata-mata fesyen terkini. Tak mahu ketinggalan zaman katanya. Tahukah anda, sebenarnya dunia fesyen sekarang adalah seperti berbalik pada zaman ibu ibu kita? Budaya sanggul sudah lama diperkenalkan di zaman jahilliyah, budaya bertali pinggang besar, etc merupakan fesyen-fesyen ala-ala lama lama yang diberi nafas baru. Semua itu berbalik pada zaman dulu. Kita je yang tak sedar. 


Tahukah anda, orang yang sengaja (dah tau bende itu tidak elok) menyambut sesuatu perayaan atau event yang dikatakan bukan berkaitan dengan Islam adalah kufur. Contoh seperti V-day ini, ada yang mengambil ayat-ayat dari pujangga Christian etc untuk diberi kepada kekasih mereka, (i.e: Shakespeare) adalah dosa besar. (ayat-ayat diimport dari budaya Barat).


Kesimpulan, rasanya tak perlulah kita terlalu ikut-ikutkan budaya mereka. Walaupun masa semakin maju, moden, berteknologi, tapi tidak semestinya kita perlu mengikut budaya dan cara hidup mereka. Budaya maju lagi menyesatkan. Memang cantik fesyen-fesyen mereka, seksi, boleh attract ramai lelaki kat luar sana. Tapi, fikirlah .. dosa yang kita dapat banding dengan pahala yang kita kumpul? Aku sendiri pun sedang cuba untuk memperbetulkan diri aku. Sambil-sambil itu, aku juga ingin mengajak kalian semua untuk majukan diri di samping kuatkan pegangan agama, lebih lebih lagi dalam dunia akhir zaman ini. Seringkali kita dengar, ikut sunnah nabi, ikut ajaran nabi..Tapi macamana nak ikut? Kalau setakat tahu saja apa sunnah sunnah baginda, tapi tidak diaplikasikan dan diamalkan dalam hidup, tidak guna juga. Sempena Maulidur Rasul ni, marilah kita cuba mengenal Rasulullah S.A.W dengan lebih mendalam, selain kita dok sebok sebok nak tahu pasal artis tu artis ni, kan..Semuanya takde faedah pun. Renung-renungkan dan selamat beramal !


"Ya Allah, lindungilah kami semua dari perkara-perkara yang boleh merosakkan iman dan akhlak kami..."

No comments:

Post a Comment