February 12, 2011

Member a.k.a Kawan a.k.a Sahabat





Refer pada title entri kali ni, korang dah boleh agak kot aku nak cerita pasal ape.
Basically, its about my life. People around me. So many good and of course bad things happen to me few years back. Well, im 26 this year (but currently, u can say 25 ..ngee). For sure, there are more things going to happen in the future, or maybe in the next few seconds. Only Allah knows... So I have to get prepared.


Okay, honestly .. Aku takde kawan yang boleh dibuat kawan sampai mati (macam takkan dapat jew). Sejak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pre-U a.k.a matriks and Universiti. Kawan datang dan pergi. Kawan bila masa mereka susah, pergi bila mana mereka gembira, senang dan bahagia. Oh, ada kawan yang datang hanya kerana ingin dapatkan bahan untuk digosipkan dengan rakan-rakannya yang lain atau aku boleh katakan, bahan untuk menjatuhkan aku dan bukan untuk meringankan bebanku. Percaya atau tidak, aku pernah berkawan dengan orang seperti itu.
Hipokrit, pengkhianat, penipu, mulut longkang, mulut tempayan dan sebagainya. Bila difikirkan kembali, macam tak sangka aku pernah dapat kawan seperti itu.


Namun, aku tidak nafikan bahawasanya aku juga mempunyai beberapa rakan atau lebih sedap digelar sahabat yang sering memberi kata-kata semangat bila aku hampir tersungkur, sahabat yang sanggup meluangkan masanya untuk mendengar masalahku walaupun di waktu itu adalah saat saat genting seperti minggu peperiksaan etc. Herm .. tapi sahabat jenis ini selalu tak kekal lama di sisi. Sedih  ....


Aku cuba untuk lupakan kisah-kisah lalu, tapi entahlah ..bila ternampak mangkuk mangkuk ini dalam laman Facebook, rasa macam .. eeiii! kenapalah aku jumpa kau! kenapalah aku kenal kau?! kenapa? kenapa? kenapa? .. Semak siot! Depan aku buat baik, belakang aku kutuk tak ingat. Kenape? sebab aku orang luar? aku tak sebulu dengan kau dan sekutu sekutu kau? Aku ni cacat ke? Takde hidung macam kau? Takde tangan? Jari kudung? ... Arghh .. kalau difikirkan sebab musabanya, sampai mati pun takkan jumpa jawapannya! Hanya satu perkataan yang bermain-main di fikiran aku sehingga ke hari ini. 'Dengki', 'busuk hati', dan perkataan yang seangkatan dengannya. Entah lah ..  nama pun manusia. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah ada rasa iri hati pada rakan rakan aku. Tapi, tak sampai hati pula untuk menjatuhkan mereka apa lagi merosakan ikatan persahabatan yang terjalin. Cukup sekadar rasa dalam hati. Tapi tula, lain orang lain caranya.


Lain pula di sekolah menengah. Zaman umur meningkat remaja. Keinginan membuak-buak Ingin berpakwe, ingin keluar dengan kawan-kawan, ingin cuba itu ..ingin cuba ini.. ingin menjadi popular di sekolah .. ingin menjadi perhatian di kalangan para remaja lelaki.. hahaha ..lawak betul bila ingat balik. Dari yang bertudung, boleh jadi tidak bertudung semata-mata untuk menarik perhatian lelaki. Erm ... oh yang best sekali, kes berebut lelaki, atau tak puas hati mengapa A ramai peminat, B tak ramai peminat, padahal B lagi cun dari A bla bla bla! nak muntah betul bila aku ingat kisah tu. Tak sangka eh, ada jugak orang macam tu. Hanya Allah yang tahu, betapa sakitnya hati ini bila sahabat sendiri memperlekeh-lekehkan diri ini di hadapan orang lain. Buat fitnah, cipta surat yang kononnya ianya daripada aku ??! WTF!! Sampai hati kau ... Apalah agaknya salah aku pada kau sampai kau sanggup buat aku macam tu?? Sebudak-budak aku pun, tak pernah nak mempertikaikan siapa bf kau, siapa peminat kau, kenapa dia minat kau, kenapa dia tak minat aku? kenapa itu kenapa ini...adehh ..bodohnya bila ingat itu semua. Kesimpulannya, kau ludah, kau jilat balik. Hahahahahadoiii ... Sory beb, ingatan aku masih segar ingatkan kisah lalu.


Lain pulak zaman pre-U and universiti. Sentimen kenegerian pulak dah. Adeh ..macam macam lah .. Assignment kene ceroboh pun pernah. Ini kisah memang aku tak bley lupe! Subjek Statistik, semester kedua degree. Malam tu, aku sorang. Roomate keluar gi makan kot, tak ingat sangat. Esok assignment tu kene hantar. Aku dah siap! yeay! thanks to ayah sebab tolong saya interpret satu soalan yang agak sukar difahami. hehehe .. Aku nak tolong, dorang jual mahal. So aku buat sensorang, dan dapat tido awal. Sedar-sedar, diaorang tengah sibuk-sibuk bincang pasal soalan tu. Tanpa mereka sedari yang aku sebenarnye tido tido ayam, dorang berani nak mampus pergi selongkar file aku. Pergghhh!!! Sakit hati gua beb! Tapi aku tak mampu nak buat ape-ape. Sempat aku sms mama, ceritakan tentang hal itu. Disebabkan terlalu geram, aku buat-buat bangun untuk ke toilet. Kelam kabut mereka dibuatnya! Tapi tujela. Rasanya, lepas habis tiru, dorang simpan balik. Keesokkannya, semua buat-buat bodoh! Gile lah ! Berani betul buat macam tu eh.. Manusia tak tau malu! Itu baru semester 2. Semester 3, 4, 5 dan 6 banyak lagi. Tapi malas nak sambung. Kesimpulan, banyak terluka dari gembira...Sedih lagi ... Kawan yang disangka baik, rupanya ada element cemburu jauh di sudut hatinya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba bermasam muka. Pelik pelik.


Kalau nak diceritakan kisah di zaman degree, memang banyak. tapi cukuplah kot sampai sini. Ape yang aku ingin luahkan, aku sangat menghargai rakan-rakanku, dan berharap agar mereka juga melakukan perkara yang sama pada aku. Tolonglah jauhkan sikap sombong, bangga diri, penting diri yang tak membawa kau ke mana-mana pun di akhirat nanti. Mungkin senang di dunia, tapi ingatlah ... ianya hanya sementara.


nota kaki:
Maaf jika ada yang terasa. Walau apapun, aku punya 'terasa' waktu dulu lebih teruk dari apa yang kau rasa waktu ini.


-Tamat- 

February 11, 2011

Usrah & Mereka




 Photo I


Photo II

Seperti biasa, hari Jumaat jam 1300-1400 akan diadakan majlis usrah. So hari ni, aku dijemput oleh puan lagi untuk menghadiri majlis yang penuh bermakna itu. So, saje nak share dengan korang. Berdasarkan Photo I, dari kiri, Dr. Nurulhuda, merangkap supervisor untuk research paper aku. Kanan aku, Assoc. Prof. Fatimah merangkap majikan aku selama sebulan yang lalu. Aku jadi RA beliau. Banyak perkara yang aku pelajari daripada beliau. Terima kasih Puan.

Oh sebelah Puan pula, Assoc. Prof. Dr.Radiah. 
Beliau yang mengajar aku subjek Islamic Banking and Finance untuk semester ini. Sangat bersemangat dan knowlegable. Sukakan beliau! Last but not least, Dr. Roza. She's so soft spoken and sangat pandai berkata-kata. Sering mengaitkan topik perbincangan dengan kisah realiti yang berlaku di sekelilingnya. Kesemua para cendekiawan ini, sangat humble dan senang cakap, wa tabik sama lu lah! ahaha.. 

Opss..sorry Dr. Over excited. Rasa bersyukur sangat dapat mengenali mereka semua. Aku dan rakan seperjuangan, Zairihan pun join sama. hehe..Ada geng best sikit. ngee~

-The End-


Hanya kerana selipar

Hehehe .. 
Apa yang boleh aku katakan di sini adalah, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. 
Rancang untuk habiskan kerja di makmal komputer sehingga petang. Aku pun bergegas mengambil bag dan buku-bukuku untuk dibawa ke kampus. Sarung selipar, dan alah..gate latch bawah pulak. Disebabkan barang yang dipikul banyak, maka aku membuat keputusan untuk menolak latch gate dengan menggunakan kaki saja. Eee yarggh! kaki menekan kuat untuk menolak latch naik ke atas. uhh!!?? Putus?? Oh seliparku sudah putus! Alaaaa..tak de selipar dah nak pakai.. Cane ni??! Sedikit bengang dengan apa yang terjadi, aku sabar. Letak barang-barang segala. Lalu melilau mencari mana-mana kasut santai yang boleh dipakai buat sementara waktu. Argh buang masa betul! Last-last crocs hitam bersaiz 6 menjadi pilihan. Boriing dah crocs nih. Macam bebudak pun ada. Argh lantak ar. Asal match dengan outfit aku yang casual waktu itu. 


Sambil mengeluarkan wang kertas RM1 dan syiling RM0.10 untuk tambang tol batu tiga sebentar lagi, tiba-tiba fikiranku tertangkap sesuatu! Haa! Sandle kuning hitam tu! khi..khi..khi.. Mata melihat jam. Erm belum tengahari lagi. Sempat kot lari kejap. ngee...aaaa ..duit lagi! Tapi takpe, selipar punya pasal. Sanggup! Dalam hati cakap, ini last aku spend duit untuk shopping! Banyak lagi bende lain yang lebih penting. (tapi selipar tu pun penting jugak ..ngeeee!)


Dalam perjalanan, aku teringatkan rakanku yang sorang tu, lalu terus capai telepon dan buat panggilan langsung kepadanya. bla..bla..bla.. Dia setuju! hehehe ..


Oleh kerana aku malas nak cerita panjang sebab nak bersiap untuk ke kampus sebentar lagi ni, maka aku sajikan kalian dengan foto-foto hasil dari tangkapan kami berdua. Secara ringkas, kami ke Times Square untuk penuhi keinginan aku memiliki selipar tersebut. Untuk jimatkan kos perjalanan, Ejan suggest we naik bas untuk ke KL Sentral dan baru tukar monorail ke Jalan Imbi. ngee .. Dia nak gak bawak aku naik bas! hahaha..entah ape ape ejan! 



Okay, pakcik sedang menghisap rokok. Asap disembur menghala ke arah kami yang berada di sebelah kirinya. Busuk okay! Tolonglah hormat orang sekeliling. Nak hisap rokok pun, bangun la sementara berdiri di luar tempat perhentian bas. *****! 



We dah sampai Times Square! Terus terus nak posing! hehehe ... Suke tengok view kat tengah-tengah ni. Merah! Pink! Hijau! Just love the colors!


Pasangan ini minta Ezan ambilkan foto mereka. Mereka dari jauh barangkali. :) 



Hiasan tanglung di siling Mall tersebut. Hanya fokus pada 1 tanglung saja :)


Inilah Nor Hafizan Razali. Sangat kelakar dan direct orangnya. Gadis berlesung pipit. Comel! 



Okay, tak yah cite banyak kat foto ni. Model pemalas nak posing. Jadinya, buat-buat tengok couple indian muslim kat depan tu. Hehehe ..


US! Thanks ezan, teman aku beli selipar tu! hehehehe ...


She's cool ! 



Testiing testing shawl terhangat di pasaran! 




 color tak sesuai katanye :)


My turn. ngee~


Pigeon! Otw ke perhentian bas. Mahu pulang sudah :)

..........................................
Okay, foto di bawah adalah proses dan bahan-bahan kami untuk santapan tengahari. Actually dinner sekali kot, sebab dah lewat petang. ngee :)



Goreng tempe, untuk masa sambal tempe. Aku sangat suka ini lauk! 



Bahan-bahan untuk masak sayur sawi dan goreng buncis. 










Taraaaa! Lauk bujang siap untuk disantap! Jemput makan semua :)
Moral of the story, pengalaman yang tidak dapat aku lupakan. Aku belajar masak sambal tempe, yang mungkin pada kalian, alaah kacang botak je! .. yer..kacang pada kalian, tidak pada aku. Aku budak baru belajar. kui..kui..kui :)
So, sekian saja luahan aku pada kali ini. 
Selamat hari Jumaat!

-End-

Malas

Macam biasa, asal pagi je aku rushing.. asal rushing je pagi .. entah ape yang dikejarkan pun aku tak tau. Pagi ni, aku plan nak habiskan kerja data tu. Malas mao fikir lagi dan tekad, jika ada apa-apa lagi perubahan, maaf! khidmat aku berhenti di sini saja. Disebabkan itu, kerja hakiki aku terbengkalai dan banyak perkara yang aku tertinggal. Mungkin tak boleh salahkan data tu, tapi entahlah...Aku belum cukup kental untuk buat pelbagai task dalam satu hari setelah berjam-jam mata merenung skrin dan tangan menekan butang kanan dan kiri. Aku tahu, dia pasti tidak memikirkan tentang hal itu, yang dia tahu hanyalah mengarah itu ini dan tanpa mengira masa dan waktu orang lain. 
Okay, aku malas mao fikir tentang hal ini lagi. Apa-apa pun ceritanya, bila kita dah mampu upah pekerja untuk bekerja dengan kita, ingatlah bahawa pekerja itu manusia sama seperti kita. Jadi, fikirkan kemampuan manusia itu sebelum anda menurunkan beban kepadanya. Jadilah manusia yang bertolak ansur dan sentiasa memudahkan perjalanan hidup orang lain agar kelak urusan anda juga dipermudahkan olehNya. Insyaallah.

-Tamat-

February 01, 2011

Motif ??


Dee, pinjam keta?
Nak wape?
Saye cuti rini..so nak kua jenjalan kt MidV. Pinjam keta eh?
Scooter awak kan ade? Pakaila..
Alaa..scooter saye buruk..pinjam eh?
Eee ade plak mcm tu..keta saya pun buruk gak, pakai je. Asal boleh gerak.
Ala..boleh aa..Awak tak sayang saye ke?
Ee ape kene mengena dengan sayang plak. Awak tu bwk keta mcm ape, dala keta tu rosak byk. Awak dok press press minyakla ape la.. Tak suke aa..Parak minyak die tau tak.
Ala nanti saye isi la minyak. Kedekut aa..
Bukan masalah isi minyak, masalahnye enjin. Orang bawak rilek2 je.
Alah takpe awak..tak kasi pinjam takpe aa..

End of conversation.

Ulasan:
Nak enjoy ke nak outing ke, pakai transport sendiri. Kalau dah ada scooter, pakai jela scooter. Hujan?? Kalau hujan, tak payah keluar. Senang. 
Janji dengan awek? Lor..janji yang tidaklah penting mane. Kalau awak tanye saya, bape kali saya penah frust sebab tak dapat keluar dengan pakwe, atas sebab-sebab yang dia tak dapat elakkan, banyak! So ape ade hal. Hujan ni, bukan kita dapat halang pun. So, faham-faham sendiri!

Statement 'scooter buruk' tu yang tak bley blah. Baru beli tahun lepas kot!! Baru lagi! bukan second hand ke ape! Plat baru. Cun plak tuh. Memang dasar tak reti bersyukur! Nak show off je keje! Cubalah berdiri di atas kaki sendiri. Mama dah belikan pun cukup bagus okay! Awak tak payah bayar bulan bulan pon! Nak banding dengan saya, kene spend duit sendiri bayar keta tulah, roadtax lah, minyak yang macam air tu, and rosak-rosak tu lagik.. Eiii ... Sakit betul hati nih..Hidup nak senang je..

Kalau saya pun..Ikutkan hati, kalau nak kua, teringin jugak nak pinjam keta mama. Tapi, buat ape? Semata nak poyo-poyo 'kau pakai keta bes kat pakwe? awek? kengkawan?" .. Ey, cumonlah..be yourself. Bukan harta awak  pun nak eksyen-eksyen macam tu. Sekali kene tarik nikmat, baru padan muka. Memang segan nak pakai keta saya tu, maklumlah keta tak segah mane, keta lama pulak tu (nasib no. plat cun! heheh ..) Tapi asal boleh jalan, and sampai ke destinasi sudah. Tolonglah, syukur dengan apa yang ada.


Lagi satu, kasih sayang tidak boleh dijual beli. Juga tidak dapat dicurahkan melalui pemberian harta benda. Mungkin boleh, tetapi nilainya tetap tidak akan sama. 


Sekian, terima kasih.

January 23, 2011

no tagging ya sis!

No tagging ya sist!


Wow! menusuk kalbu kott! taktau lah korang macamane..tapi aku rasa macam agak kejam la gak bila ada usahawan online memberi komen sebegitu di dalam foto tersebut. Tak kesah la korang nak tegur ke ape, tapi janganlah di khalayak ramai! Fikirlah hati dan perasaan orang yang buat business online tu. Sama-sama cari makan. Kalau yer pun nak tegur, kasi private message, lepas tu remove tag! ape yang susah sangat!? Saje nak malukan orang ke? Tak faham betullah aku.


Jujurnya, aku pernah ditegur juga. Oleh usahawan online agak ternama di laman sosial Facebook ni. Tak yah sebut nama kot. Aku agak bengang jugak lah, bila dia komen kat semua foto yang aku tag tu. Sumpah aku rasa malu pada customer-customer yang lain. Then, aku pm dia balik. Bukan niat untuk bergaduh, tapi ingin menegur, agar dia tidak lakukan perkara yang sama kepada usahawan online yang lain. End of the day, we dah clarify segalanya dan semua kembali seperti biasa. Alhamdulillah ..


Whatever it is, perlu kah anda buat begitu??! Tak bley drop message kat aku? Sengaja nak bagitau yang kau tu hebat sangat? Takut customer customer kau lari kepada aku? Semua tu alasan yang tidak munasabah! Dengar sini, rezeki itu Allah yang tentukan. Tak bermakna aku tag kau pada 10 foto aku, maka aku akan dapat 100 customer kau. Kalau Allah nak bagi, aku tak perlu tag sape sape pun, rezeki tu datang. Faham??! Kita manusia atau dengan lebih tepat lagi, sebagai usawahan kecil-kecilan, harus teruskan usaha! Pelik..itulah manusia, dengki atas kejayaan orang lain. Bukan nak bangga kaum sendiri berjaya. Lagi nak jatuhkan! Apa-apa pun, silalah balik pada agama anda! Muhasabah diri, sucikan hati yang penuh dengan daki daki. Barulah murah rezeki, dan insyaallah segala urusan dipermudahkan olehNya. Susah sangat ke nak faham bende ni? eiii .. geram betul aku.


So, kepada pengusaha online, harap bersabar dan yang paling penting, sucikan hati tu dulu sebelum jalankan perniagaan setiap hari. Mudah-mudahan perniagaan anda akan berkembang dan maju hingga ke akhir hayat. :)

Surat Cintha ...

Ayu Raudhah dah selamat diijabkabulkan. Herm .. Tahniah .. Kalau tak log in blogger.com ni, maka aku tak tau kot berita ni. Entah, tak berapa minat kat die ni. Sejak krisis Rita Rudaini dengan husbandnya tu, Ayu dikatakan masuk campur dalam urusan mereka (tak pasti sejauh mana kebenaran artikel ini). Padahal waktu itu, statusnya baru menjadi pasangan kekasih si kembar tu. Menyibuk jer .. Kau nak bahagia, bahagialah sorang-sorang. Tak perlulah lah nak masuk campur hal orang lain. Nak nak ahli keluarga sendiri pula. Tu jer yang aku nak cakap. Siyesly, aku ni bukan jenis amek tau hal artis, artikel tu pn aku terbaca waktu belek belek paper ritu (dah lame dah). Tapi hari ni, lepas tengok ada orang update pasal wedding diaoorang, tiba aku rasa terpanggil nak cerita kat sini. Berlakon cerita baik baik. Tapii ... 


Cukup pasal ayu raudhah yang tak berapa nak ayu tu. Actually, nak cerita pasal penerimaan surat cintha dari peminat rahsia. Surat tersebut diterima pada hari Rabu lepas, lebih kurang jam 430pm. Surat tersebut dikepitkan di celah viper kereta aku, ketika aku memparkirnya di kawasan parkir Fakulti Perakaunan & Perniagaan. Korang mesti mau tau isi kandungan surat tersebut kan ... Oh tak nak tau ke?? Aahh .. tanak tau pun tak kesah, aku nak gitau jugak! boo! 


"Please be more considerate in parking your car!! 
Please call me once you finish your class. 
And I hope it wouldn't be at 8!!
019-22406**"

Haha! Dapat agak kisah percinthaan antara kami?? Kalau dapat, bagus! Kalau tak, silalah baca isi kandungan surat tersebut sekali lagi. Kalau tak paham jugak, aku pun tatau nak cakap apelah. 
Giler .. Korang agak-agak aku call tak mamat or minah tu? Hahaha! Of course lah tak! Aku tak pasti adakah ini satu amanah yang patut aku pegang atau bo layankan aje. Grammar pun salah. Kecoh lebih!
Herm .. Mula mula memang nak call, rasa bersalah..Tapi bila difikirkan balik, aku park kereta aku tu, row parking. Ada kereta berderet kiri kanan aku. Aku pun ada akai gak, bukan main block kereta orang je. Atoii! Kebetulan kereta aku je yang tinggal kat situ, maka akulah yang dipersalahkan. Kecoh ar! 

Kesimpulannya, aku malas nak call. Buat ape? Nak suruh telinga aku yang suci ni dicemari dengan kata-kata kesat dari si dia? Oh sudah tentu itu tidak akan berlaku. Mau bergaduh nanti. Erm .. Budak budak, lagi dilayan, makin menjadi jadi perangai dia. So senyap sudah. Bukan nak larikan diri dari kesalahan, tapi bende ni tak perlu kot. Kalau kau nak warning aku, aku masih boleh terima. Tapi aku tak nampak apa logiknya kalau kau tinggalkan nombor telefon kau untuk aku call!!

Okay, itu jew yang aku nak share buat masa ini. Ada kerja lain sedang menanti. Pergi dulu!

Mode: Mata mengerling ke arah tab 'Facebook' . heh~

January 21, 2011

Sakit .. nak balik ..



Sakit otak .. 
Sakit montot ..
Sakit mata ..
Sakit dahi ..
Sakit perot .. 
Sakit hati ..
Sakit .. sakit .. sakit ..


.. nombor-nombor .. kotak-kotak .. kilogram, hectares, tonnes, oh .. tidak ..
9 hari sebelum tempoh perkhidmatanku tamat. Sempatkah? Mestilah tak sempat kalau asyik berfacebook .. berblogging .. berchatting .. .. bermain ..bergurau .. bergelak ketawa .. dan oh .. bergambar di celah rak-rak buku!! ..beruk!


Ohhh ... tapi ini semua semata kerna duit .. kerana kau, aku sanggup lakukan apa saja. Erk .. yeke, ape aje? erm, tak kot .. Sesungguhnya, tidak berbaloi untuk aku menghambakan diriku pada kau wahai duit. Tidakk! Aku lakukan ini kerana ingin menimba pengalaman yang bukan mudah untuk diperolehi selepas aku melangkah keluar dari sini. Sini tu mana? Sini tu, di Universiti (status aku paling terkini). Tempat kita menimba ilmu. Proses pembelajaran sentiasa berlaku tak kira masa, tempat dan siapa. Jangan sia-siakan masa dan peluang yang ada. Gunakan sebaik-baiknya. 


Oi, apa ni? sendiri mengeluh, dan sendiri memotivasikan diri. 
Okay, aku dah penat mengkopipeskan segala data data yang ada. Kopi masuk kotak. kopi masuk kotak lagi. Buang, tampal balik. Itu jelah kerja aku sejak dari hari Isnin yang lalu. Asyik kopi je, milo takde ke? 


Baiklah, aku dah penat. Langit dah makin gelap. Montot dah kebas. Balik dulu kawan-kawan!




Mode: tutup pen, cabut wayar notebook, simpan kertas-kertas. 

January 20, 2011

Bila aku ada duit ...

Bila aku ada duit ...


Perkara utama yang aku akan buat adalah memberi sebahagian daripada duit aku kepada ayah & mama.
Perkara kedua yang aku akan lakukan adalah, membayar hutang-hutang dikeliling pinggang ku yang tak berapa nak ramping ni. PTPTN!! atau lebih dikenali dengan nama PTPTipu! hahaha...Bercerita tentang PTPTipu ni, beberapa minggu lepas ke bulan lepas..lupa dah, tapi yang pasti, aku ada memohon untuk menukar kadar pinjaman dari 3% kepada 1%. Selepas mengikut prosedur yang ditetapkan, aku pun menghantar permohonan tersebut melalui email. Adalah dalam dua tiga minggu selepas itu, aku cek email. Ini yang mereka balas.... 

"Tuan / Puan, 
Tuan tidak berjaya ditawarkan pertukaran pinjaman dari (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%). Dimaklumkan bahawa permohonan tuan tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab berikut:- Status 2 - Anda telah dikenakan tindakan penguatkuasaan/undang-undang oleh PTPTN. Sila buat semakan di laman web ptptn. Sekian terima kasih. "

Aku dah kene tindakan undang-undang la wey! kecohhhh!..Macamlah aku ni penjahat ! Padahal aku dapat suku je tau tak dari PTPTipu nih! member member sume dapat full! enjoy sane sini..tapi aku? korang tau setiap semester aku dapat berapa??! RM100! hahaha..buat lawak doh. seminggu masuk, habis terus. Bukan sebab joli ke ape, dah memang aku guna untuk keperluan harian. Nak nak aku ni kaki makan! asal ada duit, makannn je keje. Nak shopping kat Terengganu tu, mane de bende sangat. Seronot berjalan-jalan jela. Tapi masa tu tak de kereta. So tak de la enjoy berjalan sangat. Harapkan pakwe bawak pi Pantai Batu Buruk tiap tiap hari Jumaat je lah. Adehh.. 
Tula kisah pasal PTPTipu nih. Menyusahkan aku! Tak pasal pasal kene bayar hutang yang dah cecah bape ribu pun aku tatau. Maklumlah penganggur terhormat aku ni..heh~ Pastu yuran plak, bapak aku jugak kene topup. Bek takyah apply! Dah buruk rekod aku dalam negara ni .. kuang kuang kuang!Oh tapikan kengkawan, aku nak share sikit lah .. sepanjang 3 tahun aku berada di UMT, alhamdulillah, masalah duit tak dela kritikal sangat. Ayah mama dah ajar aku untuk tidak kuat berbelanja. Dorang bagi aku RM70 untuk 2 minggu. Korang bayangkan! Nak nak semester 4 and 5 aku bawak kereta. Dengan minyak lagi, pastu kiteorang rajin gak konvoi ke air terjun sejak akhir akhir semester tu. Ha..so boleh je sebenanyer nak hidup. Tak perlu nak duit banyak-banyak, alih alih korang belanje kat tempat tak sepatutnya. Aku pn boleh kurus dari semester ke semester sebab berjimat. kekekek .. Takdela kurus mane pon, tapi kuruslah dari dulu dulu .kikikiki~

Wokeh! Setel pasal PTPTipu, sambung balik ayat 'bila aku ada duit ...."
Perkara ketiga, aku nak mantapkan lagi kereta comel aku tuh! Nak kasi mekap lawa-lawa..Kasi orang lalu je sebelah, pasti nak toleh! hahaha..poyo gila. Tak delah..gurau je. Aku nak repair2 la ape ape yang patut kat keta comey aku tuh. Tension kott bila lalu sebelah keta lelawa kat atas jalan, nak nak same jenis. Siap bikin berkilat gitu! Tapi aku, seekor sang putih yang malap .. ngah ngah ngah! Takpe, asal boleh jalan, sampai ke destinasi dengan selamat sudah memadai. Kita harus bersyukur dengan apa yang ada. Banding dengan orang yang tak mempunyai kenderaan untuk bergerak. Tak ke susah? So, Nik Madeeha, jangan banyak songeh okay! 

Perkara keempat, bila aku ada duit, aku nak upgrade diri aku! hahahaha..wanita wanita sekalian, adakah anda faham apa maksud 'upgrade diri' ini? Haa...upgrade lah.. Takkan dah berkerjaya pun korang pi keje still nak pakai baju masa pi kuliah kot? tak sanggup aku! hehehe..
Yo Yo Oo je..padahal sume dah upgrade berjabu dah, tinggal aku sorang je yang terhegeh hegeh nak naik...hahaha.. Takpe, rezeki masing masing..Ape ade hal, ye dak?

Seterusnya, perkara kelima, bila aku ada duit nanti, aku nak saving! Aku nak generate asset sebanyak yang mungkin untuk masa depan. Macam-macam boleh buat sekarang ni, (ikut pada kemampuan korang lah), cuma sanggup dengan tak sanggup je. Aku nak aktifkan kembali ASB aku. Sian, lama membeku kat tahap tu je.hehehe..Maklumlah orang tak bekerja .. ngee.. bila da ada saving, boleh la aku beli rumah ke, beli aset ke .. kan .. kita harus berfikir seperti Chinese. Apa-apa, kumpul aset dulu. Kereta bukan aset yer kengkawan..

psst! patutnya saving tu antara perkara top 3 kan ? haha..ngarut betul aku nih. 
Okay sambung, perkara keenam, bila aku ada duit, aku nak realisasikan impian aku untuk memiliki bilik yang bertemakan merah kuning! hoyeah!! Gila babeng suke dengan warna merah sekarang nih! Aku dah ada idea, cuma tak de modal je skang nih! Kebetulan katil aku pon dah patah (gila ganas tido). Makanya ganti katil baru sekali untuk majlis perkahwinan aku nanti yang mana tak tahu bila akan berlangsung! muahahaha!~

Seterusnya, perkara ketujuh .. bila aku ada duit nanti, aku nak cuba support adik aku. Aku nak bagi dia epy selalu. Tapi bukan nak spiol, eh spoil kan die yer kawan-kawan, untuk bagi dia release stress belajar, dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Maklumlah, zaman sekarang ni, keluarga paling penting! Kalau rosak hubungan kekeluargaan, maka rosaklah jiwa raga individu tersebut, melainkan kalau mak bapak dia tu memang kaki mabok todi lah kan .. tu special case .ngeee~ 

Perkara kelapan! (alang- alang aku cukupkan sampai 10 boleh? korang larat lagi nak bace kan ? bukan rencana krisis ekonomi dunia ponn ... agagaga!) .. 
Okay sambung, bila aku ada duit nanti, aku nak pikul tanggungjawab sebagai seorang kakak kedua dalam rumah ni. Aku nak bayar bil telepon rumah, bil elektrik rumah, bil air .. bil ape lagi ..segala bil bil yang perlu dibayar lah. ngeee ..insyaallah kereta, aku tak payah bayar dah. Sebab kereta comey aku tu dah habis bayar. Seronott!! 

Perkara kesembilan, aku nak aktifkan semula bisnes aku yang dah berbulan bulan terbengkalai! Hahaha. ..Sadis! Nanti korang support la aku yea .. ngee .. Insyaallah aku tak jual barang mahal mahal macam orang lain .ngee~

Perkara kesepuluh! Bila aku ada duit nanti .. Aku dah tak nak bergantung pada sesiapa lagi! Aku nak tebus balik semua jasa jasa kedua ibu bapa aku, kakak aku, para pensyarah yang banyak tolong aku, dan abg! Abgla banyak fulfilled kehendak aku sepanjang tempoh aku 'sengkek' ni. Kalau tak masakan aku boleh pakai baju baru tiap tiap bulan, boleh beli kasut baru paling koman 3 bulan tu adala sekali. Yela, mane lah aku ada duit nak belanja tu sume. Student yang tegar la kononnya! Padahal pemalas nak kerja. ngah ngah ngah~ 

Semua angan-angan aku yang tak kosong ni, insyaallah akan aku laksanakan. Hari hari aku berdoa pada Allah agar permudahkan segala urusan hidup aku dunia, dan akhirat. Insyaallah .. Sebelum aku masuk alam baru, aku nak tunaikan tanggungjawab aku pada keluarga aku dulu. Baru boleh fikir nak berumah tangga. Sambil sambil tu, kumpul duit nak kawen jugak lah kan ..kekeke~ 
Insyaallah ... doakan aku yer kawan-kawan ..


-Tamat-

Elmo vs Cookie!

Hye frenzy!

my url has been changed to: 
http://elmocooky.blogspot.com

Reason of changing: Saje saje! Actually, elmocooky was the nickname that I used during my school time. Dulu masa kaki chatting, salu guna nick ni. Lepas tu, bila otak semakin membesar, minda semakin mengembang, maka terasa segan pulak nak guna. Yela, nak email untuk job application takkan nak guna email macam tu..hehehe..wat malu jew !
Anyway, suke Elmo sebab suara dia sangat cute! Bila bercakap, wahh..geram je!
 Cookie Monster pulak, gila cookies! haha
Oh teringat rancangan Sesame's Street! 

Elmo_cooky



Mode: Saje nak balik ke zaman muda mudi :)