March 03, 2010

:: Split Personality ::




Bila kau perlukan, kau panggil kami
Bila kami tidak diperlukan, kau tolak tepi.
Bila kau gembira, kau sayang kami.
Bila kau marah, kau buat kami macam sampah.

Kau mampu buat kami berasa seperti kami tiada siapa-siapa lagi di dunia ini.
Kau hina kami dengan kata-kata kesat yang sememangnya tidak pernah lekang dari bibir kau yang gelap itu.
Kau mudah untuk beri kepercayaan kau pada kami.

Kau juga mudah untuk menarik kembali kepercayaan kau dari kami.
Kau buat keputusan tanpa mengira hati kami. 
Kau pukul bila kau mahu, kau belai bila kau rasa perlu.
Kau betul kami salah.

Kau buat kami tiada pilihan dalam buat keputusan.
Kau pemurah bila kau bahagia,
Kau bakhil, bila kau gulana.
Hakikatnya, harta kebendaan yang kau utamakan

kau banyak menyusahkan aku!
Kau . . . errr ... kau sebenarnya gila!~ hahaha

No comments:

Post a Comment