Entah mengapa aku rasa terpanggil untuk meng"update" blog aku selepas aku menonton Buletin Utama jam 8 malam tadi. Terasa sakitnya hati ini apabila mendengar bahawa Isa telah memenangi majoriti sebanyak 5o0o bape entah malas nak amek tau. Kenapa?? kenapa?? kenapa??..Adakah orang Bagan Pinang hanya sukakan pembangunan fizikal berbanding Islam itu sendiri?? Kenapa tidak dipilih wakil PAS untuk memimpin anda? erm... macam ini rupenyaa...~
Aku pun tidak faham mengapa orang yang ada sejarah rasuah dan sememangnya diakui kesalahan itu masih lagi diberi pengiktirafan untuk menjadi pemimpin?? Apa orang-orang di situ sudah dimandrem kah? Apa yang mereka taksub sangat pada si tua itu aku pun tidak faham. Nak dikatakan dungu aku rasa semua pandai sudah..Maklumlah sekarang zaman celik IT, kalau tidak pandai membaca, sekurang-kurangnya pandai mendengar. Berita terkini kan melambak ..macam-macam sumber boleh dapat..Tapi kenapa masih ada yang tidak faham, dungu, buta dan yang sewaktu dengannya??
Aku bukanlah memprotes kerana anti kerajaan semata-mata. Tetapi politik yang dimainkan oleh kerajaan kebanyakkannya berlandaskan aktiviti kotor+keji. Masakan aku sebagai orang Melayu yang beragama Islam (tak sejahil orang2 itu) mahu menyokong pemimpin yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. Engkau mahu kaya sehingga sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan halal haramnya. Beb, matlamat tidak menghalalkan cara..Umur masing-masing sudah lanjut, tunggu orang gali kubur dan masuk aje. Adakah engkau sudah bersedia??
oiii! bangon lah oii!
good comment i guess..
ReplyDeletehehe~
ReplyDelete