October 31, 2009

:: percaya ::

Kali pertama aku menjejakkan kakiku ke perpustakaan utama di Universiti Malaya. Aku sangat terdesak untuk mencari port study yang sesuai selain perpustakaan Shah Alam yang ngoks itu. Sudahlah tempat yang disediakan sedikit, orangnya (kebanyakkan dari pelajar Uitm Shah Alam) pula bagai tidak memahami tatatertib ketika berada di dalam perpustakaan. Haruslah senyap walaupun sedang berdiskusi bersama rakan. Ini dibuatnya bagai berada di tempat awam, bercakap bagai mahu seluruh manusia di situ mendengarnya. Aku betul-betul tertekan berada di situ. Maka, aku membuat keputusan untuk tidak lagi pergi ke situ, sebaliknya aku korbankan masa dan wang demi mendapatkan tempat menuntut yang lebih selesa dan tenang untukku mengulangkaji pelajaranku.



KES I:

Setelah tiba di perpustakaan utama UM, aku pun mulakan proses pembelajaranku dengan doa belajar dan mulakan pembacaan untuk subjek Makroekonomi Lanjutan. Di hadapanku ada seorang pelajar dari luar negara, wanita berkulit hitam, tidak pasti dari negara mana. Sedang kami sibuk mentelaah, tiba-tiba wanita itu bangun dan datang kepadaku lalu bertanya " Do u stay here?" Aku pun menjawab " yes" sambil tersenyum dan menganggukan kepala. Kemudian wanita itu berkata " Can you watch my handbag?" Aku pun menganggukkan kepalaku sekali lagi sambil meyakinkan wanita itu bahawa aku boleh dipercayai. Lalu kami sama-sama membalas senyuman dan wanita itu pergi dengan jubah dan hijabnya yang serba hitam.Sepeninggalan wanita itu, aku tidak lupa pada amanah yang diberikan iaitu untuk menjaga bag wanita tersebut. Tiba-tiba aku terfikir, wanita itu mempercayai aku walaupun baru kali pertama berjumpa. Kalaulah aku ini tidak jujur dan amanah, sudah lama aku pergi meninggalkan tempat itu tanpa menghiraukan begnya ataupun aku meninggalkan perpustakaan itu bersama begnya.. huhu~



KES II:


Hari Sabtu (hari ini), aku pergi lagi ke perpustakaan utama seperti biasa untuk mengulangkaji pelajaranku. Oleh kerana aku berasa sangat sejuk dan mengantuk, lalu aku berpindah ke foyer Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Setibanya aku di situ, aku lihat kiri kanan ku terdapat meja yang dipenuhi buku-buku dan 2 buah LAPTOP!! lengkap dengan wayar dan segalanya. Tetapi aku pelik, tiada sesiapa di situ. Aku pun teruskan membaca. Tiba-tiba ada seorang lelaki berkulit hitam juga, datang kepadaku lalu meminta aku menjaga barang-barang mereka itu kerana mereka ingin ke surau untuk solat Zuhur. Aku seperti biasa membalas dengan senyuman. Lalu mereka pun pergi.



KESIMPULAN:

Apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah, kepercayaan diri terhadap seseorang itu. Aku rasa bangga dengan diriku sendiri kerana mendapat kepercayaan dari orang lain walaupun pada pertemuan kali pertama. Terima kasih kerana mempercayai diri ini~


p/s: Sekarang aku harus belajar untuk mempercayai orang lain terutamanya dia~ waaaa..Sememangnya aku percaya, tetapi entahlah..mungkinkah keran sifat terlalu cemburu itu menguasai diri?? emm..

2 comments:

  1. percaya pd diri dengan harapan dan keyakinan..huhu

    ReplyDelete
  2. percaya dan banyakkan sabar...tp jgn seratus peratus,sbb nnt terlebih sgt org lak sng wat kite..rasa was2 tu penting jugak so that kite akn selalu berjaga2..yg pntg think positif..

    p/s:dem!!takleh taip simbol seratus peratus ngn simbol tambah..kambengnyer keyboard!!huhuhu

    ReplyDelete