September 14, 2009

:: MUSUH ::

Ada satu kisah...
Uncle Sam seorang yang baru je pencen. Dia berhasrat untuk membeli sebidang tanah untuk dijadikan kebon. Ianya sebagai untuk mengisi masa lapangnya dikala kesunyian .. Maklumlah, orang tua, apalagi yang dia boley buat kan bila dah pencen..Maka hari pertama, dia mempersiapkan kebonnya itu dengan benteng yang dikira kukuh la untuk mengelakkan serangan babi hutan di malam hari. Maka dia memacakkan batang kayu serapat yang mungkin di keliling kebonnya itu supaya tidak ada satu ruang pun untuk si babi-babi hutan itu memboloskan diri mereka. Setelah selesai, maka Uncle Sam pun pulang ke rumah dengan yakin dengan benteng yang dibinanya dan ketidaksabaran menanti hari esok untuk melihat keadaan kebonnya.
Keesokkan harinya, Uncle Sam bangun pagi dan bersiap-siap untuk ke kebonnya. Setibanya dia di sana, alangkah terkejutnya dia apabila melihat seluruh tanamannya rosak disodok (betul kew perkataan ni?? akaka~) babi-babi hutan itu. Dia berasa hampa dan agak pelik bagaimana makhluk-makhluk itu boley masok sedangkan dia sudah membina benteng yang agak kukuh di keliling kebonnya itu. Maka dia tekad untuk membina benteng yang lebih kuat daripada kayu tersebut iaitu dengan menggunakan zink! Uncle Sam menanam kepingan zink sekitar kebonnya itu lalu pulang ke rumahnya seperti biasa dengan harapan baru.
Namun, apa yang diharapkan tidak juga kesampaian apabila Uncle Sam melihat kebonnya bertambah teruk berbanding hari sebelumnya. Dia mengeluh kesedihan dan keletihan.
Pengajaran yang boley kita dapati dalam cerita di atas ialah, musuh sememangnya tidak akan berdiam diri, malah ianya akan sentiasa mencari jalan dan lubang untuk dia memasuki kawasan pihak lawannya untuk menghapuskan musuh mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun. Maka, berhati-hatilah wahai manusia..Musuh ada di mana-mana..Namun musuh yang ketara bagi umat Islam adalah syaitan, kedua adalah nafsu, seterusnya orang munafik, keempat adalah orang Islam yang berhasad dengki dan yang terkakhir adalah orang kafir!~

4 comments:

  1. selamat hari raye deeha...hadapi musuh anda dengan sabar nescaye tuhan bukekan hati mereka kelak..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya juga nije~
    huhu terase takut kerana baru2 ni bermimpikan ular hitam..org ckp ular hitam menandakan ada musuh..ermm..mintak jauh~

    ReplyDelete
  3. tp x citer camne menatang tu dapat masok kebon! kalau sume buat x guna baik x payah buat pagar. Bismillahitawakkaltualallah... Selamat Hari Raya dik ;)

    ReplyDelete
  4. ustaz yg cite tu ade cite tapi malas nak taip kat dalam ni, cukup sekadar kite tahu si babi babi hutan tu berjaya masok. Sekurang-kurangnya pekebun tu usaha bang. dari nak bia wosak 100% kebon tu kan. Selamat Hari Raya jugak bang~ =]

    ReplyDelete