Golongan yang tidak akan dilayan oleh Allah S.W.T di akhirat kelak :
Pemimpin yang menipu seperti pemimpin negara, pemimpin dalam sesebuah persatuan atau badan-badan, pemimpin keluarga dan sebagainya.
Perempuan yang menutup aurat pada zahirnya, tetapi hakikatnya dia telanjang iaitu perempuan yang mamakai hijab, tetapi pakaiannya ketat dan jarang sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang boley menghairahkan lelaki. haishhh...[termenung jap]
orang kaya yang kedekut
orang miskin yang sombong, dah la miskin sombong..iskkk entah ape yg nk disombongkan pon aku tak paham..ngee~
orang tua yang berzina, ha ni mmg byk berlaku zaman sekarang..isk isk..datok2 yg krepot pon ade hati nak berzina..weyy ngaji Quran lah!!~
orang yang mendekrhaka kepada kedua ibu bapa..ni sudah sedia maklum..hermmm
Ini sekadar kesimpulan yang aku dapat dari mendengar tazkirah pada dua malam yang lalu selepas solat Tarawikh. Tazkirah disampaikan oleh ustaz zulkarnain dari Terengganu. Persoalannya di sini, adakah kita tergolong di antara golongan-golongan di atas? ataupun kesemuanya sekali?? ermm...Sesungguhnya jawapan itu ada pada diri kita sendiri..Tepuk dada, tanya iman..
p/s: entry ini sekadar untuk mengingatkan aku dan teman-teman yang lain..marilah kta sama-sama cuba untuk memperbaiki diri..Insyaallah..
insya Allah..jadikan hari ni lebih baik deeha..
ReplyDeletemudah-mudahan kamu juga..~huk3 byk betul bende yg kene diperbetulkan..hemmm
ReplyDelete