June 19, 2011

Entah ..

tak bley! tak bley!
nak citer jugak kat sini!
wuhaa .. kawan-kawan tau tak ape saya rasa sekarang ni?
Erm .. saya rasa saya dah gemok! saya rasa saya dah kurang keyakinan diri!
Erm .. Erm .. ape lagi ape lagi? Saya rasa saya dah tak de sapa sapa lagi kat dunia ni. Oh ade! ade! Saya ada Dia yang sentiasa melihat dan mengetahui segala isi hati saya. Dia yang selalu tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Dia juga yang selalu memberi peringatan kepada saya bila saya lupakan sesuatu yang penting. Ya! Dialah yang Maha Esa! 
Tapi ... erm ... kenapa mesti ada tapi yer? Entah lah kawan-kawan .. Saya rasa tak happy. Kenapa harus rasa macam ni ? Master dah selesai, tunggu approval Research Paper and convocation je. Kerja dah ada walaupun contract basis (tapi kerja mengancam noks! Jangan memain .. haa) .. Keluarga cukup, pakwe ada, kereta ada, pakaian pun ada. Erm .. cuma satu je! 


Saya nak kurus!!! Saya rasa hodoh sangat !!! Saya rasa badan saya tidak sihat macam dulu !! Saya nak kurus! Sihat! Cergas! Cerdas! Pantas! Yakin! .. Itu sahaja yang saya mahukan. Entahlah .. kadang-kadang benci lihat diri sendiri . Kalau boleh tak nak tengok keseluruhan. Nak tengok muka je. Sebab muka tak nampak gemok. har! har! har! Entahla .. Tak sangka boleh keluar entri macam ni .. Nak buat macamana, tak tahan sangat-sangat dah ni. Rasa nak meletop! Rasa nak melompat tak mau turun-turun dah. 
Mode: Lihat wajah di cermin sambil picit pipi yang tak berapa nak tembam!


Mari kita kenalpasti punca-puncanya.
Punca kegemukkan? Erm .. makan banyak. 
Punca makan banyak? Stress bekerja.
Punca stress bekerja? erm .. sebab ape yer? sebab kerja banyak lah .. 
Punca kerja banyak? Mestilah sebab buat kerja last minute! hahahahahahahaha!
Eh tapi tak jugak. Sebab kerja banyak, tak faham. Puas cari dan mencari .. So jadilah last minit.
Boleh tak macam tu? kih kih kih .. Erm .. 


Kesimpulan?
Kena buat kerja dengan tekun, disiplin dan semangat!
DISIPLIN! Ya! Perlu disiplin! Disiplin dalam rutin pemakanan, tugasan, dan pergaulan.
Tapi selalu ada gangguan di tempat kerja. Susah nak fokus. Argh! Serabut fikirkan tentang makhluk yang satu itu. Di mana ada orang ramai, di situ dia akan datang menganggu. Serabut!


Ape ape pun ..
Aku nak disiplin lepas ni!
Aku mesti kena disiplin!
Mesti! Mesti! Mesti!


Bye!

....

Hybrid Vehicle Electric Vehicle B5
Korang rasa ketiga-tiga technology ni dapat membantu mengurangkan pencemaran karbon dioksida tak?
Erm .. kalau cakap pasal kos memang kalah ar teknologi ni. Tapi kalau fikirkan tentang faedah yang kite akan peroleh untuk jangka panjang, aku rasa .. macam bagus juga. Bangga la juga walaupun negara kita ni beli teknologi dari negara luar. At least, ade effort juga nak ke depan kan kan kan?


Aku mula-mula macam bengong bengong juga study pasal teknologi transport ni. Sebab ianya more to science thingy. Jadi otak budak sosial sains ni agak lembab sikit nak menerima signal dari bidang yang agak berlainan ni. ngee.. tapi ape pun, ianya sesuatu yang menarik untuk dipelajari dan aku rasa tak rugi dapat kenal dengan bidang ini. Rupenyer bidang transportation ni besar. Bukan dari segi ekonomi saje. Tapi in terms of engineering pun luas dan lebih teknikal. Dua-dua pun ada kelebihan masing-masing. ngee! *tak nak kalah jugak ..hihih..


Okayla nak study pasal HV jap .. jangan tatau, Proton pun akan keluar model hybrid soon! Proton Saga
Challow!








psst! aku beli kain polka dot pink baru. eh silap, belum beli lagi, tapi da cop! kih3..
Dulu ade beli satu, hantar kat tailor jait. Sekali die jaet tak chantek. Kembang semacam. Makanya aku simpan aje dalam almari tu. Tak sanggup nak pakai. huah huah huah..nasib ada jumpa kain cotton baik munya. Jangan jeles okay! 
Pergi dulu!



June 18, 2011

???

Tak de mood nak tulis. Tapi dalam kepala ni macam-macam isu yang ingin diketengahkan. macam-macam kemusykilan dan ketidakpuasan hati ingin disuarakan.


Politik .. okay, aku faham setiap individu ada pegangan masing-masing. Tapi, aku rasa setiap pegangan yang dibuat haruslah berlandaskan pada pokok pangkal matlamat sesuatu pegangan itu dibuat. Matlamat untuk membangunkan masyarakat? Matlamat untuk menghancurkan masyarakat? Matlamat yang hanya berlandaskan pemodenan semata-mata tanpa memikirkan isu rohani dan jasmani? Matlamat yang hanya demi kebahagiaan parti atau pendek kata demi diri sendiri? Kita negara Islam, harus memperjuangkan Islam yang seiring dengan pembangunan. Bukan hanya pembangunan semata-mata lalu Islam ditolak tepi. Gaya politik masa kini, macam menganggap isu Islam ini membebankan masyarakat walhal kita tahu, hanya Allah yang mampu untuk menjayakan sesuatu, bukan mereka! Manusia yang cipta undang-undang, dan manusia jugalah yang melanggar undang-undang. Pelbagai isu isu bodoh yang timbul di negara ini sebab apa? Sebab semuanya bermula dari golongan atasan. Dalangnya kebanyakkan dari atasan. Cuba kalian bayangkan, seludup dadah, sampai sekarang susah sangat nak bendung. Sebab apa? Sebab orang atas pun terlibat sama. Oi, dah tua bangka pun nak buat kerja haram ke? Tak takut bagi makan anak bini dengan sumber haram macam tu? Astaghfirullah .. Aku cakap bukan sekadar cakap kosong, ini luahan dari golongan bawahan itu sendiri. Rasuah .. orang atas, main besar2, orang bawah main kecik2 .. haih .. macamane orang kecik2 tak ikut kalau orang besar yang memberi tunjuk ajar? Isu seks. Perlu ker adakan pendidikan seks di sekolah-sekolah? Tak perlu! Untuk apa? Untuk mendedahkan lagi fungsi setiap organ tu and kesannya pada mereka? Secara tidak langsung, ianya menggalakkan lagi mereka untuk mencuba. Semua budak-budak zaman sekarang dah pandai la wey. Korang tak payah nak buat sesi pendidikan seks pun dorang boleh belajar sendiri kat youtube, kat berita-berita di TV. Kalau kerajaan bagus, boleh block website website lucah yang ada. Facebook boleh pulak nak block, kononnyer nak tingkatkan produktiviti kerja, tapi orang dok layan bende lain tu ape? Buat tindakan tak menyeluruh. Pelik lah .. meluat aku dengan agenda parti politik sekarang ni. Kesian pakcik makcik kat kampung. Diperdaya dengan wang ringgit, dengan kebendaan hanya untuk mengaut undi.  haih .. lu pikirlah sendiri mana yang baik, mana yang buruk.


Kalau kita mengaggap sesuatu benda itu hak kita, maka kita akan terus dikuasai dengan hawa nafsu semata-mata. Sedangkan, tiada apa pun di dalam dunia ini yang merupakan hak milik mutlak seseorang, kecuali Allah yang Maha Esa. Cari kebahagiaan, kejayaan dan kesejahteraan bukan saja untuk di dunia, tetapi juga untuk hari Akhirat kelak. Kejayaan di dunia hanya sementara dan kepuasan maksimum tidak akan berpanjangan selagi kebahagiaan hakiki tidak dicapai. Fikir-fikirkanlah .. Kecantikan, kebendaan, kemewahan, kepandaian, kebesaran semuanya bukan hak kita!





June 05, 2011

Malaysian Philharmonic Orchestra


Hi!
Just wanna share with you guys some of our activity last Saturday.
Malaysian Philharmonic Orchestra!!
The event was so awesome! 
Marvelous!
Va!Va!Va!
Vooomm!
But sorry, cameras are not allowed in the hall. 
So there were no pictures taken in there and only these pictures were taken (outside the hall)
Serious, this was a wonderful concert I've ever had!
Yes, it may be not similar to the concert like Ella, Wings and Jom Heboh (duhh..!) .. (never been that kind of event tho), it's kinda formal concerto and we were surrounded by various types of people, especially Chinese old folks. 
Something unusual but it was great!
Enjoy the pictures guys!


Me and Emma went to Malaysian Philharmonic Orchestra @KLCC yesterday. 


With two UNITEN's Students.
Bachelor of Civil Engineering



Thanks to Dr. Chua  from IEPRe, UNITEN for the invitation.
I wanna go again Dr. Chua!!




Photographer: Mr. Malique (coming from nowhere..hehe)
Edited by Madeeha Munir.

June 04, 2011

...

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki : Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut…)





Psst! Copied from En. Akhwan . ngee!

May 29, 2011

!@#$%^&*!


There's nothing more left to say!
Just fuck off and go away!

-roots & boots-
Some of the pictures taken yesterday. *saya curik dari Salihana .. sebab tak bawak camera :)
Congratulations kak CT and hubby. May you and hubby be blessed by Him forever ..
So marilah lihat foto-foto ini ... 
Click the photo if you want to see my face clearer. 
hahahaha! 
*poyo nak mamfus*






Dr. Nurul, Dr. Radiah, Pn. Azmah, Madeeha Munir, Salihana, Noraniza, Zairihan & Mimi





Ok, bye!

May 28, 2011

Hari ini ....

Happy!
Hari ni saya sangat wangi.
Saya dikelilingi dengan bau bauan yang sangat harum.
Thanks to my sister!





Hari ini saya collect barang baru.
Barang tersebut telah membuatkan simpanan saya kurang lebih 50%  dan menyebabkan saya sedikit kesal dengan tindakan saya yang tidak dapat menahan nafsu. Oh nafsu, sesungguhnya kau memang sangat bernafsu! heh .. (tah ape ape!) 
Tapi takpe, orang kate biar papa asal bergaya. ye dak?? *ish ish ish .. 
Gurau jer, takde la papa, cuma ada yang lebih penting dari barang-barang tu. Tapi tulah .. nafsu! Insyaallah .. rezeki ada di mana-mana. So duit tu boleh cari. kan? kan? kan? Jadi, janganlah anda berasa rugi atau terpaksa bila hendak membelanjakan sesuatu lebih-lebih lagi untuk kebaikan. Nanti, barang tu jadi tak berkat. hehe .. 
Hari ini juga saya berasa sangat seronot sebab dapat outing dengan colleagues and lecturers yang sangat bes!
Walaupun ianya hanya menghadiri wedding ceremony di Taman Melati, Gombak. *Sesat tapi seronot!
haha .. nasib baik ada si dia dapat memudahkan perjalanan. Thanks abg for your help. 
Mesti korang macam, uh? taman  melati kat gombak tu pun tatau ke? haha ..
yer ..memang aku tatau. Kan aku dah cakap, aku ni  buta jalan. Tapi takpela, pengalaman mengajar aku .. dan kami semua.hihih!

Kesimpulan ..
Hari ini sangat bahagia, walaupun thesis aku sedang menanti! Argh ..bosanla kau thesis. Bikin spoil mood aja!
Oh .. actually bukan thesis, name die dissertation. Aku pun baru tahu semester lepas. Korang tau tak, ape beza thesis, dissertation and research report? haa .. beza yang obvious sekali adalah word counting. Thesis adalah paling banyak, iaitu bilangan perkataan haruslah tidak lebih dari .. arhhh ..wangiinyer  bau nii .. oh .. eh tibe plak ..hehehe .. 

okay, sambung .. thesis ni haruslah tidak lebih dari 100,000 patah perkataan. Dissertation plak tak boleh lebih dari 30,000 dan research report pulak tak boleh lebih 20,000. haaa ..so sekarang korang boleh beza tak ketiga-tiga jenis research paper ni? ngee.. saje nak share dengan korang .. mane tau ade yang berminat nak buat research ker kan .. tapi aku salu tulis and sebut thesis sebab senang nak sebut. Nak sebut 'dissertation' .. haish.. lecey kan ..ar ar ar! Tapi kalau deal dengan professional people, gunalah bahasa yang betul yer :)

Erm ..serius weh, wangi doh perfume Burberry ni! harum semerbak gitu! hilang sekejap bau masam aku nih .. haha!
Kay la itu la sahaja kisah hidup aku hari ini .. Kebahagiaan hari ini aku klasifikasikan sebagai rezeki dariNya kerana setiap apa yang berlaku, semuanya atas kehendakNya dan kita sebagai manusia hanyalah mampu merancang. Alhamdulilah untuk hari ini.

-Tamat-

May 26, 2011

Mari Klik cepatt!

Sesi mengenakan rakan-rakan ..
Nak tahu lebih lanjut, sila klik link di bawah



Erkk ... Maafkan saya ...
Saya yang menurut perintah En. Mohd Hamizan 
Sekian, terima kasih.

May 24, 2011

Langit Berperisa Vanila .. yum! yum!




A bit unusual clip, but i loike!! 
Funny yet silly!
Aku suka! Korang tak suka? Hak masing-masing.
Enjoy!