November 17, 2010
Blueberry Cheesecake _ 1st Attempt!
November 12, 2010
jiran oo jirann ...
Entri kedua untuk hari ni .. ehh dah kul 1209am lah. Maknenyer entri pertama untuk 12th november 2010 lah kan.. hehe..
Ada satu peristiwa yang pada aku tak dapat dilupakan buat sementara waktu ni ..hehe (selagi jiran sebelah rumah aku ni tak berpindah ke tempat lain la kot). Tadi, jiran aku kene tangkap khalwat! aiyooo ..
Apa sudah jadi ini taman..sgt sedey woo ... Sejak ada IPTA dan IPTS kat area sini, banyak kes kes macam ni kat taman aku. Al maklumlah, dak dak tu menyewa kat area taman aku ni. Ramai betul. Contoh kat jalan rumah aku ni pun dah cukup. Sepanjang jalan ni, penuh dengan kereta-kereta dorang lah. Kereta plak tak bley blah. Gempak gempak sumer. macam orang dah bekerja. Maybe anak-anak berada la kot kan..
Nak parking pun kene berebut-rebut. Aku lak salu balik malam-malam sebab kelas and study group, makanya orang lain sume dah cop dulu. hui hui hui.. Sampai ada satu hari, (mase tu cuti semester) tanpa aku sedari, tingkap kereta belakang aku pecah. Tak tau bila dan no clue sape yang buat. Yela, cuti semester, aku mane kua memane. Keta tu pun jarang la guna. hermm .. sapala mangkuk ayun tu kan ..
Balik pada peristiwa asal, kadang-kadang rasa nak buat research pasal "Kewujudan IPTA/IPTS mempengaruhi Kesucian Kawasan Perumahan Shah Alam" .. agagaga .. ye la, dulu mane la ade kes kes gini, kalau ade pun tak sehebat ini. Siang-siang hari, depan depan longkang rumah orang pun boleh buat kerje..Sampai antie sorang ni tego pun boleh menjawab balik. Terlebih ajar betul la budak budak sekarang ni. (erk ..tibe tibe aku rasa aku ni dah tua ..) Tapi tak ley salahkan kewujudan IPTA/IPTS gak kan.. sikap individu yang belajar kt situ and cara diaorang bawak diri yang memainkan peranan sebenarnya. hermm ... ape ape je lah ..tapi tak jugak.. peranan dari keluarga and didikan agama sebenarnya!!
Sekarang, jom kita hayati peristiwa di bawah ini untuk dijadikan pengajaran (bukan untuk mengaibkan sesiapa okay.)
Jam 9 malam .. Seorang gadis sedang menyapu-nyapu kat porch rumah dengan bertemankan cahaya lampu siling (rajin pulak nak sapu sapu memalam buta ni, buat persiapan raya haji ke dik??).
Beberapa minit kemudian, gadis tersebut masuk ke dalam rumah lalu memadamkan lampu siling luar dan membuka pagar rumah. Sepatutnya orang nak masuk rumah, kunci gate, kunci pintu ..tapi ini.. herm ... jeng! jeng! jeng!
Sejurus selepas itu, seorang lelaki berjalan laju (macam dah tak sabar je bro) dan masuk ke dalam rumah gadis tersebut. Tanpa mereka sedari, ada mata-mata yang memerhati gelagat gadis dan lelaki tersebut. Mata-mata tersebut terus membuat panggilan kepada wakil masjid taman perumahan untuk bantuan. (neno! neno! neno!)
15 minit kemudian, sekumpulan golongan berjubah putih dan berketayap tiba dan memulakan tugas mereka. Pintu diketuk beberapa kali. Tiba-tiba gadis yang rajin menyapu laman di waktu memalam buta itu membuka pintu sambil berkemban dengan tuala! hoho hoho hoho hoho hoho ..
Seorang daripada kumpulan masjid itu sound aa " Apa nih..Pergi pakai baju!" ..adoiii ..malu beb ..malu! Baru nak beronok-ronok, tiba ada orang kacau pula. (Padan muka kau!)
So pandai-pandailah korang pk apa terjadi selepas itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Erm..kawan-kawan, kita memang masih muda, tapi jiwa muda tak semestinya diisi dengan perkara-perkara yang melalaikan dan menyeronokkan seperti itu. Banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dilakukan selain dari beromen tak tentu hala.
Kisah dia macam ni, aku sebenarnya berjiran dengan budak budak politeknik and MSU. Betul betul sebelah rumah aku ni, dak dak perempuan dari MSU. Semua ranggi-ranggi and keco keco tak kira masa. Dan sebelah rumah dak dak perempuan ni pula rumah lelaki Politeknik (kira selang satu rumah dari aku lah) So faham-faham jelah yer .. Kaedah menarik perhatian sentiasa diaplikasikan tak kira waktu. adehh ..
Actually, aku dah perasan 2 minggu lepas lagi, rumah sebelah aku ni dah tak de orang.Dorang cuti awal kot dari U lain. Tiba tiba hari ni ada orang pulak. Dah la sorang. Rupanya ada "plan" baik munya!
Apa-apapun, ALLAH MAHA BESAR dan malam ini pasti merupakan malam yang panjang buat pasangan bahagia itu. Orang semua tido sedap kat bilik masing-masing .. Tapi mereka terpaksa berhadapan dengan polis, naik van jenazah, dan yang paling tak bes ialah menanggung malu! iskk ..mintak jauh la kengkawan yer ..
Nota kaki: Kepada sesiapa yang ada jiran budak-budak IPT atau budak budak bujang, awasilah mereka, janganlah buat hal sendiri je yer. Dalam kes ini, bukan lagi nak perli kate "jangan jaga tepi kain orang" .. Ini tanggungjawab sesama Islam. Ingat-mengingati sesama saudara.. Ini juga peringatan untuk diri aku yang kudus ini ... Insyaallah ..
-Tamat-
November 11, 2010
pong pong
Assalamualaikum!
heheh.. saje je..bosan tatkala menunggu rakan- rakanku pulang dari makan tengah hari. Mereka vegetarian hari ini, maka harus keluar ke restoren vegetarian. Jadi, tinggallah aku keseorangan bertemankan lappyku yang kudus ini.
Berrpp! oppss.. hehe .. maaflah, aku baru saja mengisikan perutku dengan ikan selar masak cili dan sayur kobis goreng bersama telur. Alhamdullilah..sedap!
Okay, ape cerita yang aku nak share hari ni yer..hermm...buat masa ni takde yang menarik perhatian aku selain FINAL EXAM dan PROJECT PAPER!! Ohh.. maafkan aku Dr. aku tidak sempat untuk menyiapkan draft yang sepatutnya buat masa ini kerana kesibukan masa untuk mentelaah. Subjek semester ini agak tough sedikit berbanding semester lepas. Kalau diikutkan semester inilah subjek yang paling banyak aku ambil, iaitu 4 ! wow .. berani betul aku nih! Project Paper pun aku klasifikasikan sebagai salah satu subjek walaupun ianya tiada peperiksaan akhir. Sesuatu projek yang memerlukan proses pengemaskinian yang berterusan.
Erm..macam bosan jer nak cite-cite ... Aku nak kawen! Bile boleh kawen nih wey ??! Bosan aa hidup membujang cenggini .. huk huk .... sabar nok ..sabar .. Insyaallah akan tiba harinya nanti. ehehe.. Kelaka lak cite pasal kawen-kawen ni. Macam menggatal pun ada.. ishh ..sory sikit kay.. Macam lah korang tak menggatal ..agaga.. K enough pasal kawen. Entah ape ape jer ...
Okay, pasal bisnes! yearghh .. isu yang hangat bermain main di minda aku sejak bulan Julai 2010!! Haih.. bisnes ni bukan senang nak buat beb. Macam-macam dugaan .. Ada customer gedik, customer tak faham bahasa, customer cerewet, customer demand lebey, dan macam-macam lagi jenis customer lah .. tapi tak dinafikan aku lebih ramai customer yang baik hati dan memahami. Kadang-kadang kesian customer merayu-rayu suruh reserve kan barang untuk dia. Tapi aku tak mampu buat begitu sebelum mereka membuat pembayaran. Yelah, aku pun berurusan secara online dengan supplier aku. apa-apa pun, bayar dulu, baru dapat. Itulah konsepnya bila berurusan secara online ni. dan yang penting, wang anda tidak akan dikembalikan dan segala kerosakkan adalah bukan tanggungjawab aku! Sekian, terima kasih.
Tapi mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni kan.. Maka termasuklah aku, customer aku, dan supplier aku! Lately ni aku sakit jiwa berhadapan dengan 3 orang customer yang kaw kaw suruh aku reservekan barang untuk mereka. Aku jadi serba salah pula. Kalau aku tak reserve, nanti aku tak dapat duit, tapi kalau aku reserve, tapi dorang tiba-tiba menghilangkan diri, aku yang rugi. Haih..dalam dillema lak aku.. Ermm .. Last last aku think positive.. aku order siap2 kat supplier aku, jadinya aku terpaksa guna duit aku dululah sebab mereka kata mau tunggu gaji hujung bulan baru bayar. Lame tu beb nak tunggu. Aku tegar je aa ..Sabar .. orang cakap sabar membawa berkat ..eheh...
Hujung bulan ...
H
ari hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. 30hb Oktober 2010 !! yeay yeay aku tak saba nak dapat duit ..sebab masa tu aku gile tengah sengkek kering kontang montang ! Aku pun memberanikan diri untuk mengapproach 3 orang customer aku yang baik hati ni.. Oklah, dapat feedback .. Tapi macam biasa, "gaji tak masuk lagi.. 31hb baru masuk" .. yang sorang cakap, "okay-okay saya bayar malam ni. boleh beri no. akaun?" aku pun gumbira la.. malam ni akan dapat duit..hehehe..so dok rilek rilek tengok tv..pastu dapat sms dari fb (facebook mobile), si customer yang janji nak bank in malam ni cakap " sory sis, ade problem la dengan cash deposit ni..tak dapat bank in dari tadi..esok lah saya cuba" .. aku punn alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .... tido dalam kesedihan .. Aku pun okay kan aje lah..Keesokkan harinya ....
Aku terima message dari customer yang sorang lagi, beliau berkata " bag yang mana yer sy order? lupala .. " .. aku macamm ..ergghhh !! boleh naik gila aku macam ni .. Dulu awal-awal bulan bukan main suruh mintak reserve and janji-janji segala.. tiba-tiba boleh lupa.. macamlah orang tengah buat Ph.D! padahal budak-budak lagi .. memang mentah betoi aa ..Aku pun kasi lah link yang menyambungkan gambar bag budak tu order dulu.
Kesimpulan .....
..
Daripada 3 orang customer yang merayu-rayu suruh aku reservekan bag bag dorang tu, hanya sorang saja yang menepati janji !! Damn betol .. Dorang buat senyap macam tak de ape ape berlaku! Aku rasa nak pegi bakar jer facebook dorang biar hangus! ehh facebook boleh bakar ke? ermm ape ape je lah nok. aku geram! duit melayang macam tu jer.. nak maki hamun pun tak guna. Ape yang aku boleh fikir skarang ni ialah, hari ni kau buat kat aku, esok lusa kalau bukan aku yang buat kau, orang lain yang akan buat pada kau. Tengoklah nanti. Karma!
Lagi satu, aku tak faham betol lah .. Detail barang dah ade, harga termasuk postage ke tidak, measurement barang, availability semua dah ade kat dalam foto tuh.. Alih alih dorang komen, " sis, berapa harga ni? cantiklah .." tak pun, " dear, harga termasuk postage ker ?" atau " ni beg besar ke kcik yer .." maakkk aihhh ..measurement dah ada, ukurlah sendiri pakai tape measure kowang ..tolong lahh...baca la dulu segala info yang ada, baru lah komen ..
Pesanan aku kat sini, kalau tak da duit, jangan sebok sebok nak buat reservation order kat aku! Jangan semakkan notification aku dengan komen komen / pertanyaan kau yang tak masuk akal tuh! Gedik !!
Panduan...Aku letakkan diri aku sebagai customer. Sebelum order,
- pk dulu kalau aku tengah berduit ke tak waktu itu.
- pk dulu kalau aku betul betul maokan barang itu, dan ianya menjadi kewajipan untuk aku membelinya.
- Bila dah yakin, barulah buat pertanyaan tentang availability barang yang kau mahukan itu.
- Kalau tak available, jangan frust bunuh diri plak yer..heh
- but if it's available, tolonglah buat payment cepat-cepat. Jangan ikut suke hati je nak postpone2 payment tu. Sebab anda dah book. Jadi segerakan lah untuk tunaikan janji yang anda beri itu.
- Kalau tibe-tibe rasa tawar hati .. and tak jadi, tolongglah inform yang ko tanak barang tu. jangan senyap macam batu sungai tu. Ko manusia, boleh baca, tulis, kira. So, act like it.
Kita sama-sama manusia, ada hati dan perasaan. Mungkin agak kasar kata-kata aku..Tapi seharusnya anda memahami keadaan orang lain yang menawarkan perkhidmatan kepada anda. Jika, mau bertindak seperti anda mau..Jika tidak, katakan tak mau. Itu aja beb. Tak yah nak susahkan diri orang lain .. OKAY??!
-Tamat-
October 22, 2010
18 Oktober 2010
Dalam banyak-banyak minggu, minggu ini lah yang paling menyakitkan hati aku. Entahla .. aku rasa perkara yang terjadi ini, tidak seharusnya terjadi kalau jiwa bersih suci murni ikhlas dan menghargai sesuatu perkara yang dilakukannya. Tapi, itulah .. lain diharapkan, lain pula yang jadi.
Selepas peristiwa yang terjadi minggu ini, aku rasa seriik untuk membantu orang. Bukan tidak suka atau kedekut atau berkira, tetapi bila difikirkan tindak balas yang diterima tidak seperti yang sepatutnya, maka itulah yang menjadikan aku berlagak seperti hati batu. Geram bila terkenangkan kisah yang berlaku. Benci bila teringat gelagatnya. Marah bila terbayang wajahnya. Arggh !! Kenapala aku ni asyik terkena saja ?? Apa tiada orang lainkah untuk dikenakan? Kenapa harus aku jadi mangsamu??!! DAMN!
Aku cuma ingin berpesan di sini, jika kita memerlukan kawan, carilah kawan. Apabila sudah bertemu kawan, hargai kawan. Kawan adalah untuk waktu senang dan susah. Bila anda senang, anda akan ceritakan pada kawan. Bila anda susah, kawan juga yang anda cari. Itulah erti kawan yang sebenar. Bukan hanya terkedek-kedek datang bila waktu susah saja. Kawan bukan hanya sementara, tetapi untuk selama hayat yang ada. Kawan adalah salah satu nikmat hidup yang dikurniakan olehNya. Nikmat itu akan dirasai jika kita hayati sesuatu persahabatan bersama kawan. Kesimpulan, berkawan biar ikhlas. Hargai segala apa yang dilakukan oleh kawan walaupun anda tidak mintak jasa baiknya, walaupun anda tidak harapkan pertolongannya, walaupun anda mampu melakukannya.
Rendahkan ego, tingkatkan keikhlasan. Buangkan sifat sombong, tambahkan sikap rendah diri.
Sekian saja luahan aku pada kali ini. Insyaallah kita berjumpa lagi di ruang yang sama waktu berbeza, daa!
Nota Kaki: Sesungguhnya, aku kecewa dengan kau wahai kawan. Kecewa yang amat sangat. Namun aku ambil kisah ini sebagai iktibar buat diriku. Aku tidak perlukan kau. Aku tidak akan bersusah payah kerna kau. Kau bukanlah segalanya buatku. Jadi, berambus!
July 14, 2010
Semalam....
Herm ... tunggu dan tunggu lagi. Tiba-tiba, telefonku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Tersenyum sendiri apabila melihat nama yang tertera di situ, insan yang aku kagumi dan ku anggap seperti kakakku sendiri yang menghantar pesanan ringkas tersebut. Beliau meminta aku ke biliknya selepas berjumpa dengan "dia" nanti. Aku "OK" kan saja. Tapi aku minta beliau tunggu sebentar, kerana sehingga waktu itu aku masih belum dapat berjumpa dengannya lagi. Bengang juga. Tapi, sabar :)
Sabar pun ada batasannya. Aku fedup, lalu turun ke bawah untuk lepaskan geram. Marah. Sudahlah dia tu punca masalah mengapa aku tidak dapat berada di bawah bimbingan beliau sepenuhnya, lepas itu, buat macam ini pula. Bengang seh !
Tiba-tiba, telefonku berbunyi. Aku lihat, nama dia yang meronta-ronta minta aku menjawab panggilan itu. Huh..akhirnya!
......Sesi perbincangan bermula......
Ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengah hari. aha~ Maksudnya ialah, aku sangkakan dia seorang yang epy dan sporting, rupanya dia tegas dalam berjenaka. atoii lagi bahaya itu. Aku seperti tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara gayanya. Dia pula seperti yakin gila yang dia lebih bagus dari beliau. huh..tak baik bangga diri incik. huk3~
Aku sedang berkira-kira bagaimana lah akan aku laksanakan kertas penyelidikan ini dengan si dia dan beliau? macam boleh jadi haru-biru kalau masing-masing tidak sependapat. Erghh! sakit hati pun ada. Kenapa jabatan boleh buat keputusan yang boleh ku anggap tidak adil dan buduh (bengang sangat!) seperti itu? Pelajar sepatutnya mempunyai hak sepenuhnya untuk memilih siapa penyelia yang diinginkan. Bukan pihak atasan sewenang-wenangnya menukar tanpa pengetahuan pelajar dan penyelia yang dipilih. Ini seperti memandang rendah pada kemampuan penyelia yang dipilih pelajar dan tidak menghormati keputusan kedua-kedua belah pihak. DAMN!!
Belajar tinggi-tinggi, tapi masih mempunyai jiwa kemanusiaan yang rendah~
Sungguh tidak boleh diterima sehingga ke hari ini!!!~
Bosan aa.. aku ingatkan seronok lah bila dapat buat kertas penyelidikan dengan beliau. Tapi, tidak ku sangka begini jadinya. Bongok sangat ! huh~
Nota Kaki: Dia dan Beliau merupakan orang yang berbeza di sini. Harap Maklum.
July 07, 2010
Kamu Puncanya!
nape mesti cani?
nape tak camtu?
Nape ? Nape ? Nape?
Saya tak nak ! Saya tak nak ! Tolongg la.. Saya cakap saya tak nak! Faham tak??!
Semenjak dari hari itu, saya menangis dalam hati, menangis .. dan terus menangis ..
Entah kenapa saya rasakan perkara ini telah memberi impak yang sangat besar dalam diri saya.
Walhal, pada orang lain, ianya mungkin small matter kot.
Arghh! biarlah.. Ini saya! Saya tahu diri saya. Jangan sibok.
herm..Bila jadi macam ni, saya mula salahkan orang lain. Ya! Saya salahkan kamu! Kalau tidak kerana kamu, tak mungkin saya berada dalam keadaan macam ni!
Arghh .. berambus lah kamu! Tak habis habis menyusahkan saya. TOlonglah.. Jangan jadi stalker! Jangan cuba-cuba untuk berlakon baik di hadapan saya. Saya tahu, kamu hanya buat baik pada orang yang berkepentingan sahaja. Tolong sangat-sangat, kamu buatlah laluan kamu sendiri. Jangan curi laluan orang lain. huh!!
Kalau keadaan ini tidak dapat dibaiki juga, saya tidak akan maafkan kamu!
Damn!~
Nota Hati: Ini kali pertama saya berasa sukar untuk maafkan orang. Maaf~
July 06, 2010
:: Kamu ::
Buku Nota : "kamu" = semangat
June 14, 2010
:: mata ::
Mata saya sakit .
Saya sakit mata kerana cermin mata saya sudah rosak .
Cermin mata saya rosak kerana adik saya yang merosakkannya .
Maka, saya tidak dapat memakai cermin mata saya lagi .
Akibat itu, mata saya semakin sakit dari sehari ke sehari .
Susahla saya nak tengok bola kalau keadaan mata saya macam ni .
huk .. huk .. huk ..
Baru kini saya sedar
Bahawa saya perlu dan harus memakai cermin mata setiap masa kerana saya seorang perabun!
Ohh tidakk ... saya rabun jauh!!
(da bertahun buat spek baru tau rabun jauh ke cik gayah?kui kui kui)
Oleh itu, saya perlukan cermin mata saya itu untuk membantu memantapkan penglihatan saya .
Tolong baiki semula cermin mata saya itu sebelum saya buta .
sob .. sob .. sob ..
June 13, 2010
:: param pam pam ::
Tibe-tibe rase riinduu bangat sama dia .. Layan foto-foto die lame2 dulu buat aku tergelak, tersenyum, oh, terbeliak pun ade .. hahahadoii .. lawak je .. hem .. actually tak de ape yang nak distorykan sangat pun sebenarnye .. Saje, aku nak buang masa yang ade ni sementara menunggu kepulangan si dia dari Pulau Tioman ..
Tapi ada sikit la aku nak share dengan korang, sikit je la, tak banyak pun .. heheh ..
Aku rasala kan, cuti semester kali ini adalah yang terbaik pernah aku dapat sepanjang aku bergelar pelajar IPTA ni, (sejak tahun 2003). Siyes, kali ni punye cuti, betul-betul yang berkualiti wa cakap lu .. haha .. mindaku yang tenang dan jiwa yang happy !! auww!!~ param pam pam lalalalala ...
Pastu, weekend lepas, aku dan pamili bercuti ke Utara. Bes gila!! nak nak, mase tu kerja aku dah selesai, di mana hari yang sama aku bertolak ke Kedah iaitu hari Jumaat. Agak kekabutan jugak aa pagi tu. Nak hantar annual report Badan-badan Berkanun yang aku kene collect kat lecturer yang mintak aku tolong tu. Letih gak aa nak mengangkat sume annual report tu. fuhh boleh naik otot-otot aku kalau hari-hari cenggitu. heh~
Ok, sambung balik. Time cuti tu, otak ni rasa kosong sangat-sangat. Tak de aku nak pikir-pikir proposal tak siap agi ke, nak call orang tu ke , orang ni ke, aaaaa pendek kate, aku dah tak de keje ah! ngah3~
... Kat sane, aku pi tengok sawah padi, tengok pokok-pokok durian (kagom aa gak sebab salu tengok durian yang dah dilonggokkan kt lantai je, ngee~), makan durian yang betul2 sedap (bukan mcm kt sini, isi kuning, tapi rasa tawar, bluek!), sampai demam-demam aku. Pastu, nak jadikan percutian aku tu lebih bermakna, aku dapat jumpe kawan setidor sebantal aku time kt Kustem dulu, iaitu Kak Siti!! fuhh gile teruja aku. Tak sangka dapat jumpe die. Gaya dan lagaknya sudah berbeza, maklumlah dah jadi bini orang. wee~
Pastu pulak, weekend baru ni, aku hangout dengan member kosmet aku yang mana, mase belajar dulu, tak penah mimpi nak lepak same.hehe .. syiok argh! enjoy betul aku minggu ni. auww! Tuje aa cite aku. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti percutian aku, boleh la layari foto-moto di laman Facebook aku yer. ngee~
Ha, ade lagi aku cite ni .. Aku tengah bengang dengan mamat-mamat indon yang buat kerja kat umah aku ni .. Dengan simen yang berbungkus-bungkus kat dalam porch umah, kayu buruk yang dibiarkan terbaring kt tepi pasu bunga, pastu sisa-sisa paku + pasir bersepah atas lantai luar rumah aku nih dan bla bla bla .. haishh.. sabot pale tengok .. bile la nak setel ni pak pak sekalian .. tak sabo aku nak mengemasnyer .. sementara aku tengah ade mood nak mengemas ni, cepat ler siapkan keje kalian dong. Lagi beskan, dorang mengecat, pastu bia penutup tin cat yang bulat tu atas bonet keta aku. Siap ade circle berwarna emas kt ujung bonet tu. Cantekkk punya dia bagi corak kt keta aku. pangg skali kang baru tau! huh~ Buat kerja, biarlah cermat dan teratur. Jangan main belasah je .. Geram nih geram ..
Tu je aa kot geng. Aku terasa dah bosan nak mengarang nih. Nak pi makan sat. heheh~
Tata, nanti kita jumpa lagi!



