July 14, 2010

Semalam....

Semalam, aku aturkan temu janji dengan dia. Setibanya aku di depan pintunya, aku terdengar suara orang gelak ketawa. Terdetik dalam hati " waa, epy nye die ni .. " . Aku memberanikan diri untuk ketuk dan masuk ke biliknya dengan harapan dapat mulakan perbincangan secepat yang mungkin. Akan tetapi harapan tinggal harapan, apabila dia berkata tunggu sehingga dia dan tetamunya selesai bincang dahulu. Aku pun , Ok, dan tunggu saja di luar. Tik tok tik tok tik tok ... hampir setengah jam juga aku menanti di luar. Kaki sudah letih, pinggang sudah lenguh. Tapi aku sabar. Dia masih ketawa besar di dalam. Lama-lama aku pun bosan, lalu pergi mencari kerusi untuk rehatkan diri.


Herm ... tunggu dan tunggu lagi. Tiba-tiba, telefonku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Tersenyum sendiri apabila melihat nama yang tertera di situ, insan yang aku kagumi dan ku anggap seperti kakakku sendiri yang menghantar pesanan ringkas tersebut. Beliau meminta aku ke biliknya selepas berjumpa dengan "dia" nanti. Aku "OK" kan saja. Tapi aku minta beliau tunggu sebentar, kerana sehingga waktu itu aku masih belum dapat berjumpa dengannya lagi. Bengang juga. Tapi, sabar :)

Sabar pun ada batasannya. Aku fedup, lalu turun ke bawah untuk lepaskan geram. Marah. Sudahlah dia tu punca masalah mengapa aku tidak dapat berada di bawah bimbingan beliau sepenuhnya, lepas itu, buat macam ini pula. Bengang seh !

 
Tiba-tiba, telefonku berbunyi. Aku lihat, nama dia yang meronta-ronta minta aku menjawab panggilan itu. Huh..akhirnya!


......Sesi perbincangan bermula......

Ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengah hari. aha~ Maksudnya ialah, aku sangkakan dia seorang yang epy dan sporting, rupanya dia tegas dalam berjenaka. atoii lagi bahaya itu. Aku seperti tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara gayanya. Dia pula seperti yakin gila yang dia lebih bagus dari beliau. huh..tak baik bangga diri incik. huk3~


Aku sedang berkira-kira bagaimana lah akan aku laksanakan kertas penyelidikan ini dengan si dia dan beliau? macam boleh jadi haru-biru kalau masing-masing tidak sependapat. Erghh! sakit hati pun ada. Kenapa jabatan boleh buat keputusan yang boleh ku anggap tidak adil dan buduh (bengang sangat!) seperti itu? Pelajar sepatutnya mempunyai hak sepenuhnya untuk memilih siapa penyelia yang diinginkan. Bukan pihak atasan sewenang-wenangnya menukar tanpa pengetahuan pelajar dan penyelia yang dipilih. Ini seperti memandang rendah pada kemampuan penyelia yang dipilih pelajar dan tidak menghormati keputusan kedua-kedua belah pihak. DAMN!!


Belajar tinggi-tinggi, tapi masih mempunyai jiwa kemanusiaan yang rendah~
Sungguh tidak boleh diterima sehingga ke hari ini!!!~


Bosan aa.. aku ingatkan seronok lah bila dapat buat kertas penyelidikan dengan beliau. Tapi, tidak ku sangka begini jadinya. Bongok sangat ! huh~




Nota Kaki: Dia dan Beliau merupakan orang yang berbeza di sini. Harap Maklum.

1 comment: