.kelakar.seronok .
Perasaan yang aku rasa bila baca biodata orang. yang dewasa, dengan cara dewasa. yang muda dengan cara gila-gila. yang lebih kelakar, bila yang dewasa(tua) nak buat gila-gila dan yang muda nak buat ala-ala matang gitu. Hasilnya jadi sungguh pelik. Nak-nak bila kita tahu orang demikian bukanlah seperti yang ditulis dalam biodatanya. Lawak lawak..~
Aku ade terfikir satu hal ni. Kalau dalam laman web sosial, dalam biodata, mesti ade "dislike" and "like" kan? and kte selalu describe kite tak suke orang mcm tu, orang tu mcm ni, kte suka org mcm ni, orang mcm tu, tapi kte sedar tak bahawa kte sendiri terdiri dari golongan yang kite klasifikasikan sebagai "suka" dan "tak suke" tu?? Kadang-kadang kte tak perasan, yang kte ni sombong dgn orang, kte ni riak dengan diri kite sendiri, kte ni hipokrit, kte ni suka mengata orang lain, kte ni kedekut ilmu, kite ni tak suke bergaul dengan orang, kita ni suke ckp lepas dan menyakitkan hati org lain, dan kte ni suke menumpang kesenangan orang lain dan sebaliknya. Apa yang kte tahu adalah tentang gelagat dan perangai orang lain. Tapi perangai kite?? Pernah cube kaji tentang diri sendiri? Sila cermin diri anda.
Contoh, aktiviti berkumpulan. Masing-masing pasti akan memerhatikan gelagat masing-masing. Lepas tu, penilalaian akan dibuat tanpa usul periksa. Herm..Ada juga situasi seperti "tak kenal maka tak cinta". Orang ni berkenalan dahulu sesama mereka dan baru buat keputusan samada nak "suka" atau "tak suke" orang tersebut. Herm..macam tu ke gelagat orang berkawan ?? Tak kenal pun boleh buat kesimpulan negatif, dan kenal pun boleh buat kesimpulan negatif. Dengan attitude macam ni la menyebabkan terjadinya puak puak dalam sesebuah komuniti. Tak kiralah dalam kelas ke, dalam taman perumahan ke, or di tempat kerja. Dengan attitude macam ni, mmg takkan ade yg boleh ngam smp mati melainkan adanya keikhlasan dalam menjalin persahabatan. Tidak kira lah golongan muda ke, dewasa ke, tua ke ..Sama aje .. dan tak kiralah orang tu jahat macamane sekalipun, hodoh macamana sekalipun , miskin macamana sekalipun, atau sejarah hidup die buruk dan sebagainya.
Sepatutnya, kite beri tunjuk ajar dan nasihat bila kte tahu perangai die mcm ni mcm tu. Bukannya pulau or mengata dan memburukkan orang tersebut. Kalau begitu lah cara anda, anda ni sama saja dengan orang yang buruk tu. fikirkan lah. Tak de satu manusia dalam dunia ni sempurna. Tak de! Jika anda ingat andalah yang paling berilmu di dunia, igt! ade orang lain yang lebih dari anda. Jika anda igt andalah yang paling cantik di dunia, igt! ade orang lain lebih cantik dari anda! Jika anda igt andalah yang paling kaya di dunia, igt! ade orang lain lebih kaya dari anda! jika anda igt andalah yang paling bahagia di dunia ini. igt! ada orang yg lebih bahagia dari anda! jika anda igt andalah yang paling beriman di dunia ini, igt! ada yang lebih beriman dari anda!! dan seterusnya!!~
Kesimpulan :
- jangan asyik melihat ketidaksempurnaan orang lain, sebaliknya cuba lihat ketidaksempurnaan diri kita sendiri.
- sentiasa fikir bahawa ada orang lain yang lebih susah/ senang dari kita.
- selalu bayangkan jika anda berada di tempat orang yang malang.
- ikhlas lah bila berkawan.
- jangan mengukur persahabatan melalui perangai buruk seseorang.
- jangan baik dengan seseorang bila dia boleh beri kepentingan pada kita.[ kawan biar ikhlas! dah tua2 pon perangai mcm parasit!]
- jangan perasan!!!