Hello again!
Herm..seharian hari Sabtu ni, tatau la nak buat ape. Makan, layan internet, browse design tudung, design baju, dan macam-macam lagi.
Tapi takde yang berkenan di hati. Tangan terus menulis nota di dalam buku nota untuk perkahwinan yang aku sediakan khas untuk catatan persiapan perkahwinan aku. heh..
So far, takde progress yang mendadak. Masih ditakuk yang rasanya sama. Cuma perubahan dari segi getting more info tu mungkinlah naik dalam 10% daripada 0% selepas minggu pertunangan.
Ada hikmah dapat tempat kerja dekat dengan shopping mall terkemuka di ye. Hari-hari kerja survey barang je. haha. Nasib ada teman yang sekepala. Asal lontar idea, semua jalan!
Ok, enough about wedding preparation etc. Let's talk about work! Yes, work! Huh..sudah tentu kerja saya sangat membosankan. Beberapa hari lepas, HR ada mengutarakan Employee Enggagement Survey. Hujung tahunlah katakan, mahu tahu feedback/pandangan pekerja-pekerja katanya.
Aku jawab berdasarkan apa yang aku rasa dan alami dan harapan untuk masa depan. Secara kesimpulan, soalan-soalan yang ditanya adalah berdasarkan rasa pekerja terhadap SMTs, persekitaran tempat kerja, JD yang menarik dan difahami atau tidak serta kecenderungan untuk bertukar kerja di masa akan datang. Jawapan aku banyak "tend to disagree" dan 'I don't know" dan yang paling best, soalan terakhir yang bertanyakan samada aku akan consider untuk bertukar kerja untuk masa akan datang, jawapan aku YA!
Sudah lebih seminggu aku tidak berbincang secara penuh bersama superior aku. Lebih banyak berhubung melalui email dan aku tidak banyak berbahasa di dalam email. Sekadar kepilkan dokumen berkenaan itu sahaja. Tawar hati dengan sikapnya yang seperti tidak adil. Beliau seperti ada split personality. Di kala pagi, bukan main ramah lagi. Selepas tengah hari, boleh berubah menjadi seorang yang serius dan tidak kenal pekerja-pekerjanya. apakah?! Stress hidup aku di pejabat mcm nih.
Aku bosan dengan tugasan yang diberikan. Secara terus terangnya, aku tidak pernah suka akan pekerjaan aku ini sejak dari mula ianya ditawarkan. Ini bukan apa yang aku kejarkan. Aku suka tugas yang lebih terfokus yang boleh aku asah kemahiran aku. Sehingga ke hari ini, apa yang aku buat pun aku tak tau. Bosan! Selok belok arah syarikat pun aku kurang jelas, ditambah pula superior yang kurang memberi hala tuju untuk aku kerana beliau juga kurang jelas dengan tugasan yang diberikan pada aku. Whatta heck!??
Macamana aku nak improve? Ya, memang harus ada inisiatif aku sendiri. Tapi aku perlukan sokongan daripada superior ku. Apa guna, kalau aku laksanakan tugasan yang diberikan, alih-alih beliau akan bertanyakan itu ini yang mana aku boleh katakan soalannya kadang kala tidak relevan dengan misi untuk laksanakan tugasan itu. Being too analytical pun masalah juga sebenarnya. terlalu luas fikirannya. Payah..payah..sungguh payah!
Aku tidak tahu sampai bila aku akan alami perasaan negatif seperti ini. Bila luahkan pada rakan, mereka nasihat itu ini. Ya, memang mudah untuk memberi nasihat. Yang alaminya itu yang lebih hebat hati tersiat. Demotivate! Serius..Hari-hari datang ke pejabat, tempuh kesesakan lalu lintas, bayar tol..tapi fikiran kosong. Hanya fikirkan bila aku dapat keluar dari syarikat ini! Bila aku dapat capai cita-cita aku! Bila aku dapat lakukan perkara yang aku ingin lakukan! Bila dan bila .. persoalan itu terus bermain-main di fikiran aku.

Ya Allah..ampunkan dosa aku Ya Allah..Aku mohon padaMu, permudahkan segala unrusan aku dunia dan akhirat. Tempatkanlah aku di tempat yang terbaik untuk aku, untuk agama aku, dan untuk bakal keluarga aku. Aminn ...