November 10, 2012

Assalamualaikum everyone!

It's 101112!! btw, apa ada pada tarikh, ye tak? Whatever time and day and date is, as long as kita lakukan perkara yang berfaedah dan sentiasa memperbaiki diri kerana Allah, insyaallah setiap hari adalah hari yang bermakna untuk kita. 

Oktober...

Bulan ke-5 aku bekerja di sini (tamau mention nama company). Pelbagai suka duka telah aku lalui. Seronok, gembira, sedih, marah, tertekan, malu, geram, semua dah dirasai dalam masa lima bulan. Yang paling best, ia merupakan bulan hari lahir aku yang ke 27!!! Alhamdulillah .. Allah masih memberikan aku nyawa sehingga ke hari ini. Bulan ini jugalah titik tolak masa depan karier aku di mana aku telah menerima tawaran dari salah sebuah agensi kerajaan yang berada di bawah MITI dan pada masa yang sama aku sudah mula ada sense of belonging pada syarikat yang aku sedang bekerja kini. 

Ketua punca utama ...

Bekerja di bawah ketua yang mengutamakan nilai-nilai islam, suka bermesyuarah dan yang paling penting mahu berubah demi menjaga hubungan di antara pekerja di bawahnya merupakan antara faktor-faktor utama mengapa aku sukar untuk menerima langsung tawaran agensi kerajaan tersebut. Ibu ayah memilih agensi kerajaan, syarikat pula minta aku kekal. Katanya aku ada potensi untuk cemerlang. Ibu ayah kata, sana lebih secured, kerja senang, bayaran lebih 15% dari current salary (oh..tiba-tiba rasa menyesal...) ok cukup buat perbandingan kerana aku berasa teramat sedih sekarang ini. Kalaulah bos baca ini, fuhh .. entahlah .... 

Sektor kewangan ...

Memang seronok dan satu kelebihan bagi seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam sektor perbankan dan kewangan. Namun, aku tidak boleh nafikan bahawa aku tidak mempunyai minat dalam bidang ini dan serius, susah pulak aku nak paham rencana-rencana/artikel-artikel dalam bidang tersebut. Surprisingly, mudah pula untuk faham artikel-artikel berkaitan bidang lain. Ya Allah, terangkanlah mata hati aku .. aminn

Tapi apa boleh buat, pilihan sudah dibuat. Hidup perlu diteruskan. Aku kena terus berfikiran positif dan anggap ini sebagai cabaran untuk aku majukan diri aku. Mungkin satu hari ianya akan menjadi satu kelebihan untuk aku. Insyaallah. Aku cuma perlu bersabar. Pengalaman sebegini sukar untuk dicari. Aku akan cuba! Bos, saya minta tolong jangan putus asa dalam mendidik saya ye. :))

Sekian, terima kasih!


Nota kaki:
Mood to write suddenly fade away.
 



-The End-






4 comments:

  1. salah sebuah takaful operator di Msia :)
    nape berminat nak keje sini :p

    ReplyDelete
  2. he2 best x keje kt situ..jawatsn awk ape ye?

    ReplyDelete
  3. dulu bes, skg tak berapa. sy kuli bese je. Tny2 ni mcm berminat je. awk keje di mana?

    ReplyDelete