Hari Ahad, Aku Mandi Lambat!
Hi semua!
Lame betul blog ni tak dikemaskini yer .. habis sepah dibuatnyer .. hehe .. *Padahal hari-hari login blogger.com ni* ..
Korang sume sihat ke? Aku sihat. Tapi mama ayah aku kurang sihat .. Mereka demam demim dua tiga hari ni. Klinik dah pergi, ubat dah makan. Insyaallah .. mereka akan sembuh.
Korang buat ape tu?
Tak kua jenjalan ke weekend ni?
Gaji kan da dapat.. mesti syok kan jenjalan dengan wallet berisi. Yauw! Jeles mak! :p
Weekend ni, hari Sabtu je bes. Ahad tak bes.
Tambah pulak mama ayah demam. Erm .. sepi je rumah ni.
Nak online pulak tak boleh. Sebab cik lappy aku ni da di’setting’ dengan IP kat opis.
So malas nak bukak PC kat bawah tu cek IP address die.
Nanti-nanti lah cek.
Naseb sempat amek game dari member. So takdela sangap sangat.
Wee! Lame tak main game! Bile dapat game ni rasa macam .. Arghh! Lepas gian sekejap. Ngee!
Antara game-gamenya ialah War Craft III, Zuma! *oh lame gila tak main Zuma!*, Mystery Case Files *ada 3 edisi*, Angry Bird *naik tension aku main bende ni. Si vavi vavi tu degey sungguh nak mati*, Plants vs Zombie dan beberapa game lain yang aku tak pernah main.
Ape-ape pun, aku still berasa sangat bosan sebab tak dapat online!
Argh .. tak boleh hidup tanpa internet! Serius~
Disebabkan aku terlalu bosan, sampai mandi pun lambat. Haha .. Ape aku buat pun tak taulah..
Nak kate buat kerja rumah, baju masih ade dalam bakul *stok seminggu*, kain mama dah lipat, dapur dah berkemas. Herm ..
Nak kate aku memasak, tadi turun-turun makanan dah tersedia atas meja *thanks mama! Suka ubi masak cili tadi!
Nak kate aku bergayut, encik boipren *bile lah nak tukar title dari boipren ke tunang or ke encik somi ni yer ..haish* balik kampung tanam jagung *beri ruang pada dia bersama keluarga, asyik berkepit dengan aku je kan ..hehe* .. ermm .. ape tah aku buat hari ni, aku pun tak pasti.
Tapi yang aku pastinyer, aku baru je lepas format pendrive aku setelah lama tak ku sentuh ia. Kenapa? Sebabnya, aku telah fobia untuk menggunakan pendrive selepas kejadian tahun lepas. Kejadian biasa je pun. File-file penting aku hilang maka aku terpaksa membuatnya semula. Sejak itu, aku hanya simpan file di dalam laptop, dan send to emel aku. Simpan dalam tu selamat! Tak payah risau pendrive tak bawak ke, pendrive masuk virus ke, pendrive hilang ke, pendrive tertinggal kat cc ke bla bla bla! Leceh noks. Jadi ape-ape pun, aku hanya perlukan internet sahaja untuk jalankan tugas-tugas aku. Heheh~
Oh selain itu, aku juga ada kemaskinikan folder-folder yang ada dalam cik lappy aku ni. Bersepah. Tak suke. Pendek kate, hari ni aku godek-godek perut cik lappy aku ni sejak jam 12pm sampai 4pm. Entah ape aku buat pun tatau. Setelah itu, baru lah aku rasa ade mood nak mandi! Haha!
Ada lagi! Haha .. Betul-betul bosan aku hari ni.
Tiba-tiba mata aku terpandang sebuah bekas kaca berbentuk hati yang telah disusun di sudut meja belajarku. *Ecewah .. geli aje* Aku pun lupe ape aku isi dalam bekas tu .. *nampak sangat lame tak mengemas meja! haha*.. jeng~jeng~jeng~ Ada barang kemas!! Aha! Bengong..aku belek-belek sume rerantai, gegelang dan cecincin yang ada. Fuh! Terpikir sejenak, kenapa aku sanggup beli bende alah ni sume ek? Tak sanggup nok aku nak pakai kesemuanya itu! Dangg!
Lawak gila kalau korang tengok. ha~ha~ha~doi! Kaler merah la, kaler hitam putih, kaler pink pun ade! Eeee! Tapi sempat la juga aku testing-testing kat tangan aku ni. Manelah tau kan, terbukak pintu ati nak pakai esok pi kerja. Haha! Giler, tak kose mak!~
Nak amek foto, tapi camera tak ngancam. Nanti-nanti lah yer .. Aku rajin aku snap la ape-ape yang patut untuk share dengan kowang cume! *wink!wink*
Haaa~
Rasa lega sikit dapat luahkan kisah hidup aku sepanjang pagi Ahad ni!
Walaupun tak dapat online, luahkan kat dalam Word pun ok kan!
Esok, aku kopipes je masuk dalam blogger.com! wee~ jimat masa aku!
Oklah korang, aku nak kemas balik rerantai, gegelang and cecincin yang bersepah ni.
Sabot pulak aku tenot. Ngee!
Jumpa lagi di entri akan datang.
Bye!
Psst! Transformers: Dark of the Moon best! Korang jangan caye orang-orang yang cakap cite tu tak bes! Pi tengok, baru tau. Sebelum tu, pastikan kepala otak korang dalam keadaan bersih suci murni. Baru boleh fokus cite tu. Abaikan heroin yang bukan Megan Fox tu sebab peranan die hanyalah sebagai seorang teman wanita yang sentiasa disukai oleh lelaki. *bosan!* Yang penting ending die gempak!
Kay, selamat menonton! *kalau dapat 3D lagi gempak!*
Psst! lagi .. har har har ..aku baru tahu kenapa aku tak boleh online tempoh hari! ahaha..just un'tick' proxy setting tu maka settle lah. adoi .. sian aku .. kih3 ~