May 09, 2011

I've Got My Certificate!!

I don't know how to describe my emotions right now.. its all mixing to one another..but all i know is, the emotions are heading my thoughts to negative side and i don't like it!

STUPID! MORON! BENGONG! LEMBAB!  

all these harsh words keep on playing in my mind ever since i stepped outside of the spooky room!
DAMN! What is wrong with me?! or maybe what is wrong with my tongue?! Does my otak not functioning well today?! hoi wake up lah! You are 26!! Act and speak like 26 years old woman!

Things to do list:
Start to alert all things around you!
Start to pay attention to what you're goin to do next!
Start to plan your career path and do something with your otak!!
Start to polish your vocabs duhh!!
Start to change your bad attitude to a good one!
Start to think positive and believe in yourself!!
Start to boost up your level of confidence and walk!!
Start to be more serious in handling your life!!!!!

Arghhh..all of the 'things to do' are too subjective. I need guidance. Somebody!! Help me!!
After what I've been through today, I feel so embarrass to myself, to my parents, and of course.. to the managers!! I don't care about the position they're offering me. I don't even care if I get the job or not. All I do care is their perceptions on me! Master's student konon. Tuihh! 


Hey guys! Look! I've got my certificate! Danggg!




The End!!

㋡ Work Work Work ㋡


My current mode is TAKOT!
gegegegegegeg!
What am I afraid of ?? 
Hope this picture will tell you guys what is my concern right now!
10am today! Please pray for me..Pray for my victory..
Pray for me, so that they will offer me a good position and not in SALES DEPARTMENT or anything related to it!!
Please noooo .... 
Insyaallah .. 

May 07, 2011

Mar Mar .. (haha)

Kegiatan mama sepanjang tempoh bergelar ibu 


Prepare breakfast untuk kami (walaupun sekeping roti disapu butter and gula) ..
Masak tengahari (walaupun telo mata and nasi putih) .. 
Masak dinner (walaupun nasi goreng bodo) .. 
Masak based on demand (selalu ayah akan demand burger la, roti dua keping la , and even maggie special for supper!! and fyi, semua yang terhasil dari air tangan mama walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, semuanya sedap sedap belaka!) ..  
Mengemas (walaupun sekadar susun kusyen-kusyen di sofa) .. 
Basuh baju (walaupun aku yang kene basuh baju aku sendiri) .. 
Lipat baju (walaupun baju aku hanya diasingkan di tepi untuk aku simpan sendiri) .. 
Sidai baju (walaupun baju aku, aku sendiri yang kene sidai sebelum keluar rumah) .. 
Selalu sapu rumah, mop rumah, lap dapo .. (walaupun hanya pada bila ada orang nak datang..har har har!) .. 
Selalu spray racun semut every two weeks ..
Kurang berminat pada bunga-bungaan .. (menyebabkan aku selalu paksa mama untuk beli bunga-bunga)
Pot pet pot pet siang malam ..
Pernah buat hati aku jadi kecil (boleh ke anak nak kecik hati dengan mak? huhu..)
Suke repot kat ayah kalau aku buat salah .. (tapi kebanyakkan mama selalu backup aku and adik adik)
Suka main game lelame sampai aku nak buat kerja pun tak boleh (she's addicted to Cafe World till now! .. dangg!)
Tak suka keluar shopping bila aku ajak (boring la mami nih .. hihi)
Selalu marah aku bila ade Pos Laju sampai umah (hahaha..maksudnya ade barang baru sampai! Aku soping lagi! org duit limited, tp nak soping macam2..pastu mintak duit parents. Macamane tak marah kan..ghee! sory mi! im just being myself..(shopaholic!) ngee he he ..)


What ever she does, she is still and always be my mummy!
Always!! Nobody can take her away from me, except Him. 
I LOVE YOU, MUMMY!


Sedikit coretan buat mama ... (nasib baik beliau takde blog .. kalau tak, malu aku ..muehehe)


"Mami nak tau tak, DD seronot bangat berada di samping mami. Kalau mami nak tau, tiap-tiap kali DD nak keluar rumah, hati DD rasa berat sangat nak tinggalkan mami sorang-sorang. Lagi-lagi kalau masa tu, kite tengah rancak berborak .. Erm .. tapi nak buat macamane ..DD kene keluar jugak, untuk siapkan research paper ni .. Kalau tak, DD tak dapat grad and konvo tahun ni .. DD tak sabar nak konvo! Dalam kepala ni fikir satu je, DD nak amek foto banyak-banyak dengan mami and ayah mase konvo nanti. DD nak tebus balik semua masa-masa yang terlepas masa DD konvo degree dulu. Benci ingat waktu tu. (kisah itu mungkin akanku ceritakan dalam entri akan datang..insyaallah ..)  Kalau mami and ayah nak tau, untuk konvo kali kedua merupakan salah satu matlamat kenapa DD nak further master. DD nak konvo lagi sekali! nak rasa nikmat konvo and share dengan mami ayah sebetul-betulnya! Last but not least, DD nak say sorry atas semua yang DD pernah buat kat mami selama ni .. DD nak mami tau, DD ...... (arghhh! sebak la pulakkk...) .. OK, the end!"






nota kaki: mungkin kalian rasa konpius ..kejap mama, kejap mami ..the reason is jeng jeng jeng ..well, I guess I don't have to tell..anyway, HAPPY MOTHER's DAY TO ALL MOTHERS and BECOMING MOTHERS in the WORLD! Love and treat them well while you can ..


April 11, 2011

Rafiq & Mimie

Oh malam ni energy lebey sikit .. 
Jadi kasi up satu lagi entri untuk kalian ..
Briefly, Sabtu lepas, we attend wedding reception of our course mate. FYI, this girl (for me la), tersangatlah unik dan cantik. Pandai menyesuaikan diri dengan segala event dan pakaiannya sangat menonjol tetapi cantik.
 As expected, her wedding outfit pun tersangatlah unik dan gorgeous gitu. Seswai lah untuk orang seperti dia. 
Cocok bangat sama lakinya. 
Semoga kekal ke akhir hayat ya ..

As usual, bila tau ada gambar, maka idea untuk mengarang mulalah pudar .. 
Oleh itu, aku sajikan gambar-gambar untuk kalian nikmati sebelum tidor .. (ceh, nikmatila sangat ..)

Perjalanan bermula dari Shah Alam nuju ke Stesen Komuter UKM. Janji untuk pergi bersama Syuk, rakan sekelas. Maklumlah, orang buta jalan, harus minta bantuan orang. Dengan line kene bar, jalan ingat-ingat lupa, aku redah je. Nasib dah pernah pegi KTM UKM untuk buat survey ritu. Akhirnya sampai juga.


Proses mem'follow' syuk dan kekasihnya .. hehehe 

Sesampai, geng-geng ni nak balik, jadi kami dahulukan dengan mengambil foto dulu .. Lame tak jumpa diaorang sume. Rindu pulak.. hehe ..


Ini aku ambil sebagai rujukan .. Family side mimie rasanya ni.. 
Tema mereka goldie + putih 

Okay, inilah kami yang tinggal .. 2nd pic with the bride and the groom ..
Masing-masing mau pulang ..

hehe ini baru last pic with the bride and the groom..
Sensorang je ..pasangan tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan..
Anyway, cantik kan mereka :)


Rakan-rakan sekelas di UMT
Yang dua orang berbaju putih cream tu course lain, tapi serumah dengan mimie .
dua-dua dah berumah tangga.
Selebihnya itu masih single, yet not available ..
(eh, double la maknenye kan ..? kih3)

 Same pic, different photographer.
Heheh 
Lastly, kakak-kakak yang sangat bes!
Kak Shima dan Kak As.
Mereka datang dari Seremban.
Muachh!


Sekian sahaja persembahan untuk malam ini ..
Assalamualaikum ...

Bau Semut

Halu semua,
Pernahkah anda hidu bau semut?
Saya pernah! 
Bila? Tadi .. baru je tadi .. haha ..
Baunya sangat tidak menarik! 
Kisahnya bermula di sini ..
Adala semut-semut buat rondaan di depan skrin laptop ni ..
Mengganggu pandangan mata kasarku untuk membuat kerja.
Maka, jari jemari ku yang tidak bape nak mulus ni rajinla nak mengkuis2 .. mentenyeh-tenyehkan semut kasi mati!
Tibe-tibe, idung ni gatal pulak .. 
Jadi nak garula kan .. tibe-tibe, terbau semacam pada jari .. 
bila tengok jari, ade mayat semut! patutlah bau semut! isk isk isk ...


Demikianlah saja kisah untuk malam ini. 
Maaflah, tiada input untuk diberi.
Semoga bertemu di lain hari .. 
Cau sin chi!


psst! amatlah sukar untuk hidup tanpa dia. (tibe tak? ish ish ish ..)

April 08, 2011

Diam





Malas.
Jangan kacau.
Jangan tanya.
Jangan sebok.



April 07, 2011

REMINDER FOR CAR OWNERS!


Okay, this is so dangerous! 

WARNING!
DO NOT GET DOWN OFF YOUR CAR IF YOU HEAR/ SEE ANY UNUSUAL STUFF.
AT LEAST DRIVE A LITTLE FURTHER BEFORE YOU INVESTIGATE.

April 06, 2011

Oh Carol!

Let the song tells my mood. 
Mode: See Saw 

... ♪♫♩♬♪♫♩♬ ....

This is not the official clip for this song, but who cares?!
I just want the song!
Have a nice night guys!
 Muachh 

April 05, 2011

Mengubah Kemungkaran


"Jihad yang utama ialah perkataan yang benar di sisi pemerintah yang zalim"

 Riwayat Ahmad no. 11159 dari Abu Said r.a 



Ada 3 peringkat dalam mengubah sesuatu kemungkaran .. Peringatan ini dikongsikan bersama agar kita sama-sama dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian, mahupun dalam ekonomi, politik dan sosial.

Stage 1:
Mengubah sesuatu kemungkaran dengan menggunakan kuasa yang ada di tangan kita. Sekiranya kita seorang yang berpengaruh dan seangkatan dengannya, kita boleh gunakan kuasa yang ada untuk menghukum orang yang bertindak di luar batasan agama atau apa sahaja yang boleh merosakkan keamanan sejagat. Namun, bukan mengubah kemungkaran itu dengan kekerasan bukanlah satu cara yang baik kerana ianya boleh mencetus pergaduhan, peperangan, perkelahian yang lebih dahsyat daripada kemungkaran itu sendiri.

Stage 2:
Jika tidak mampu, maka kita bolehla menggunakan secara lisan. Memberi nasihat ke, berblog macam yang kebanyakkan kita selalu buat ni, atau kalau yang berilmu lebih sikit, boleh berdakwah macam ustaz ustaz atau alim ulama.

Stage 3:
Tapi kalau tak mampu jugak .. yelah sapalah kita ni kan ..rakyat biasa yang tiada kuasa ..
Kita boleh mengubah dengan hati iaitu dengan tidak bersetuju sepenuh hati perkara kemungkaran yang berlaku atau membenci dan menentang kemungkaran itu sendiri.




Nota Kaki: Ini dipetik dari buku Hadis 40 Imam NAwawi tulisan dan olahan dari Ustaz Zahazan dan Ustaz Zakaria.

Suara hati seorang rakyat



Tak de idea tapi saja mao buang masa
Tiba-tiba teringat berita yang ke udara di Fly.fm semalam ..
Berkenaan isu video sensasi itulah apa lagi ..
Oh sudah berada di dalam you tube katanya.
Tapi kenapa mesti mahu mention 'Tak perlu persoalkan siapa yang memasukkan video itu ke internet, tapi persoalkan siapa yang berada di dalam video itu' ??
Takut orang dapat tau sapa dalangnya? WTF!

Haih .. tak paham aku ..
Kenapa bias sangat ni?
Kenapa jahat sangat ni?
Kenapa buruk sangat perangai ni?
Kenapa kenapa dan kenapa?

Demokrasi konon.
Habis semua syarikat media di'control' nya .
Demokrasi konon.
Habis semua orang diperdayanya.
Demokrasi konon.
Habis semua harta rakyat digunakannya. (kempen sana, kempen sini,. tapi duit pelaburan untuk orang-orang susah disekat!! Sialan betul. Takut sangat orang gunakan duit sementara piliharaya nak dekat ni. )
Buat apa bina bangunan pencakar langit hanya kerana nama semata-mata?
Buat apa bina masjid yang bernilai RM100 juta hanya kerana untuk tarikan pelancung ke dalam negara?
Tak cukup cukup kah warganegara asing yang menetap di negara ini? Siap mahu beri IC lagi.

Nak tunggu Tsunami melanda baru mahu beringat ka?
Tak sedar-sedar lagi bala yang menimpa dunia.
Tak sedar-sedar lagi amaran yang diberi olehNya.
Masih mahu berlagak seperti dia yang berkuasa.
Negara Malaysia bukan kamu yang punya.
Ianya milik kita semua.


Let's enjoy the song ..
.. heheh ..




-The End-