February 16, 2011

Broga Hills!

hehehe..
Went to Broga Hills during Chinese New Year! 
Baru ada masa dan mood untuk update tentang itu. Malas nak story panjang panjang, as usual, gambar-gambar berikut akan menceritakan segala kepenatan dan kegembiraan yang we went thru that day! Sedikit informasi, aku ni jaranglah sangat nak bersukan, so disebabkan terlalu excited, tak warm up ape, trus redah bukit tu. Akibatnya, satu badan sakit pada keesokkan harinya. Hahaha..padan muka. Nak pijak lantai pun argghh ..sakit noks! Tapi takpe, pengalaman yang dapat tu lebih dari segalanya! kekeke .. Penat gila okay! Siap kene tinggal lagi dengan member-member. Naik dengan budak lembik memang cani. Ahaks! Ada satu ketika tu, haha ..aku nak call my tutut suruh amek balik! wuhaaaa tak sanggup nak naik lagi. Padahal itu baru lereng lereng. 1st peak pun tak sampai lagi ...teruk betul aku nih. Tapi handphone plak dalam beg member. Hadoi .. nak nangis jer mase tu. eehehe.. Tapi perasaan mengalah itu berjaya ditepis dan aku terus melangkah! Biar lambat asal selamat! :)


Tentatif ..
Jam 345am aku bangun, siap-siapkan diri. Then tepat 430am keluar..nak kene fetch member kt Bukit Angkasa dulu. Sesampai .. lepak .. tunggu member sorang ni bersiap .. dalam 530am, setel and we gerak nuju ke Bangi, untuk fetch lagi 2 orang member. So total sume 4 orang.hehehe..


Ngam ngam sampai mejid kat Bangi, dengar orang azan Subuh. Dalam 615am gitu. So terus ready untuk solat and 2 orang member pun sampai. 630am gerak terus ke Semenyih. 730am sampai and langkah pun bermula. Jeng jeng jeng! ngee.. Let the photos do the talking.


 Just arrived!

 Baru nak naik ke lereng Broga. Not the real track yet. huhu ..

 Penat!

 View I : Before reach Peak Point I

.Lonesome.
ngee..



Nearly to reach Peak Point I.

Member-member dah sampai, aku masih terkedek-kedek. 
keekekek~

Tu, mereka :)
















\





University of Nottingham
Campus: Malaysia.
Terperuk, mesti student-student tu dah bosan dengan Broga. haha! 






oh lalang!

 Bunga lalang pun jadilah .. 
...hehe...

 Vaa! Vaa!


 Toink! Toink!

 Ngaaau!!

 Aha! Tak jadi!


 Me & Ezan!




Tatau ape nak buat dengan dia ni. ngee~


 Otw to 3rd Peak Point!
 Macam tak caye itu laluan yang we dah lalu. Woo!


 :)

 Cobaan untuk melompat!

 That is the 4th Peak Point!
[ Zoomed from 3rd Peak Point ]

Otw to 4th Peak Point 


 Hurrah!! Berjaya!


 Tepi ni, laluan ke Gunung Tok Wan. Spooky place, sebab macam tak de kesan laluan. 


 Laluan ke Gunung Tok Wan. Stop kat situ je. The rest adalah hutan semata-mata.
Bak kata member saya,'hanya Tok Wan je yang boleh lalu!
eee! takot okay!

 Chak!

 Okay, proses untuk menurun pula. Lagi takot turun dari naik.

 ....

Dah sampai kereta! Penat! :p


Hope you enjoy the pics!
-The End-

February 15, 2011

Wabbitt!!


Rabbit!
Yeay!! Dapat pegang rabbitt!!
Jakon kan? Arhh .. 
tak kesah pon.. yang penting aku dapat pegang rabbit! 
ngeee...
Actually, ni rabbit my niece, Nurin. 
She loves rabbit so much sampai nangis2 suruh ayah die belikan rabbit kat die. 
At last, she got what she wanted.
So, kat bawah ni some photos to be shared with u guys. Simple, but i like it!
Enjoy!

This is Teh. (Putih) 


 Jangan jealous okay! ngeee~

 ... lalalalala ...

 Nurin and Tam

Tam & Teh 
muachh!


-The End-

Berpesan-pesan ....

Tahukah anda ??


Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan redha pada kita (umat Islam), selagi kita tidak mengikuti budaya dan cara hidup mereka. 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 120)


Then, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda, kita (umat Islam) ini pasti akan terikut-ikut juga budaya dan cara hidup kaum yang dilaknati Allah itu. 


Seperti yang kita ketahui, pelbagai usaha yang mereka (Yahudi) lakukan untuk menyesatkan umat Islam, dari dahulu sehinggalah sekarang. Macam-macam mekanisme yang mereka guna, dan apa yang ketara adalah hiburan. Televisyen, radio, etc. Kepoh sana sini konsert-konsert, artis-artis, fesyen baru, semuanya ke arah dunia glamour. Semua orang gila glemer skang ni. Dari kecik, sampailah ke tua..berebut-rebut nak masuk TV! Rancangan realiti pun belambak. Apakah itu semua? Semua itu adalah pengaruh Yahudi. Masyarakat Islam, dah tak macam Islam. Dulu, orang boleh cakap, Melayu itu Islam. Tapi sekarang?? Melayu, tapi Kristian, ada yang Islam pada zahirnya saja, tapi budaya dan amalan hidup tak ubah seperti orang bukan Islam. Orang bukan Islam pun pandai menghormati agama mereka. Kenapa tidak kita?


Bulan Februari, orang sibuk mengatakan tentang V-day, bulan Oktober, Halloween. Tu semua budaya siapa? Budaya bukan Islam. Tapi, tengoklah zaman sekarang, yang mana hidup ala-ala moden tu, tak ketinggalan juga membuat persiapan untuk menyambut Hari Kekasih, dan Halloween tu. Siap buat party lagi. Pumpkin, mask muka hantu etc. Semua cukup! Apa itu? Itulah budaya Yahudi. Budaya yang kita bangga-banggakan. 


Sedar atau tidak, mereka sudah berjaya membuat sebahagian dari umat Islam mengikut cara dan budaya mereka. Dari sudut pakaian, makan minum tak perlu diperkatakan di sini. Cara bertudung pun, dah macam-macam. Sampai dari yang elok-elok menutup aurat, boleh ubah kepada nampak jambul, leher dan sanggul semata-mata fesyen terkini. Tak mahu ketinggalan zaman katanya. Tahukah anda, sebenarnya dunia fesyen sekarang adalah seperti berbalik pada zaman ibu ibu kita? Budaya sanggul sudah lama diperkenalkan di zaman jahilliyah, budaya bertali pinggang besar, etc merupakan fesyen-fesyen ala-ala lama lama yang diberi nafas baru. Semua itu berbalik pada zaman dulu. Kita je yang tak sedar. 


Tahukah anda, orang yang sengaja (dah tau bende itu tidak elok) menyambut sesuatu perayaan atau event yang dikatakan bukan berkaitan dengan Islam adalah kufur. Contoh seperti V-day ini, ada yang mengambil ayat-ayat dari pujangga Christian etc untuk diberi kepada kekasih mereka, (i.e: Shakespeare) adalah dosa besar. (ayat-ayat diimport dari budaya Barat).


Kesimpulan, rasanya tak perlulah kita terlalu ikut-ikutkan budaya mereka. Walaupun masa semakin maju, moden, berteknologi, tapi tidak semestinya kita perlu mengikut budaya dan cara hidup mereka. Budaya maju lagi menyesatkan. Memang cantik fesyen-fesyen mereka, seksi, boleh attract ramai lelaki kat luar sana. Tapi, fikirlah .. dosa yang kita dapat banding dengan pahala yang kita kumpul? Aku sendiri pun sedang cuba untuk memperbetulkan diri aku. Sambil-sambil itu, aku juga ingin mengajak kalian semua untuk majukan diri di samping kuatkan pegangan agama, lebih lebih lagi dalam dunia akhir zaman ini. Seringkali kita dengar, ikut sunnah nabi, ikut ajaran nabi..Tapi macamana nak ikut? Kalau setakat tahu saja apa sunnah sunnah baginda, tapi tidak diaplikasikan dan diamalkan dalam hidup, tidak guna juga. Sempena Maulidur Rasul ni, marilah kita cuba mengenal Rasulullah S.A.W dengan lebih mendalam, selain kita dok sebok sebok nak tahu pasal artis tu artis ni, kan..Semuanya takde faedah pun. Renung-renungkan dan selamat beramal !


"Ya Allah, lindungilah kami semua dari perkara-perkara yang boleh merosakkan iman dan akhlak kami..."