July 17, 2012

Untitled

Esok off!

Malas nak fikir pasal kerja!

Going to Putrajaya to collect my new IC!

Yeay!

Then going to meet GE agent near Shah Alam area

Argh .. stress!

For the first time I managed to leave the office after 7pm!

Ho yeah!

My company's policy: If you're seen in the office floor, that means you're working.
So you guys can guess already how is my culture of my office floor.

Herm ..


July 16, 2012

Good evening guys!

Well, glad that I managed to log into blogger.com after several times trying to remember my password. Nampak sangat lama tak blogging kan?

So many things happened few months back. Good and bad and some are just moderate .. no effects.
But what I can say is, bad things occur more than the good one. I just .. phew .. keep on praying to Allah to give me faith and strength to face all these. Dugaan ..

Alhamdulillah .. Slowly adapting the new environment which is my new job I'm referring to.
To be honest, I hate my new job and I know that I shouldn't say it coz Allah has planned what's best to His servant..I keep on praying and praying to Allah and seek for His help to give me strength so that I can accept and redha on what He had give me plus ask Him to avoid difficulties in everything I do while working at this new place.

Day by day, week by week .. It's already been a month and almost near to TWO months working at IPTEB. Lots of challenges and difficulties but Alhamdulillah .. I managed to go through each of it successfully .. Tebalkan muka untuk bertanya, biarpun soalan yang agak kebudak-budakan (regardless my age and my position there)..erm..I just still need more strength to face all these.

Oh, kinda like my new friends too. Most of them are Managers and SMTs level..so u can guess how old are they don't you? hehehe .. But who cares..work is all matters. Besides, being friend with em will increase my maturity level too since I'm still not mature enough in handling life. boo to me! ngee~

Anyway, first time in my working life, 10 minutes before 9am they will pasang Asma ul Husna and followed by doa untuk permudahkan pekerjaan. Sangat nyaman .. No sleeping on your desk, no chit chat except about work, no mingling around unless you have something to discuss with your colleague etc .. and one thing I don't like is they would hardly allow their staff to go back sharp at 5.30pm and whatta the heck ?? But for those who know me, haha .. i'm not the type of 'ikut peraturan' person so who cares?! I come at 830am, go back sharp 530pm lah! Just like what they mentioned in the offer letter. My brain hardly work lah after 530pm! So, baliklah ape lagi kan .. Walaupun I know that jalan raja chulan sedang jam mcm gampang that time! Whatever .. Asalkan I can get myself out from that building pun cukup aman. ngah3..

Back to serious mode;
As time goes by, I just realized that, what I want maybe it's not the best for me (vice versa) Allah knows what is best for me. I knew it! Furthermore, glad to have my family who always be there for me and not to forget my most charming guy .. Love you forever and always. Pray for us please..

Okay, this entry quite a lit bit saddy + bored
I just need to get the momentum in writing more new hot and cool stuff here.
Got to go. Esok keje! plus getting ready to receive his call in few minutes time.
Daa~


-The End-

March 24, 2012

Emosi di Hari Sabtu

Hehe..haha..huhu .. hehe lagi .. haha dan huhu ..
Actually, aku sedang mengajuk suara suara di bawah sana. Ayah, mama dan adik aku sedang rancak bermain dengan anak buahku yang sorang ni, Shasha Shasmeen Shamsuddin. hehe.. she's adorable! Muachh!


Aku? Apa yang aku buat di dalam bilik ni? haa .. aku sedang melayan perasaan yang agak kucar kacir tika ini.
Baru pulang dari kenduri rakan sekolah, dikhabarkan dengan berita surat saman had laju pula. Kali pertama dalam hidop kot! haha .. terer tak aku? haish ..punah name aku . dah masuk senarai orang kene saman. Tak syiok ar cenggini. 
Jom cek detail kesalahan aku:


Had Laju: 80km/j
Had Laju dikesan: 102km/j
Lebihan Laju: 22km/j.
Tempat Kesalahan: KM 6.8 MRR2


Kecola lu mat! haha 22km/j  jew pon. Adeh .. kene bayar cepat-cepat nih. Nanti kompaun naik plak. Sempot aku nak membayarnye. 


Kahwin..
Aku nak kahwin oi! Entah bile la dapat nikmati suasana kemeriahan perkahwinan sendiri yer encik-encik sekalian..takpe, takpe .. sabar separuh daripada iman. Ade hikmah kenapa aku tak kahwin lagi .. kan?kan?kan? Allah tahu apa yang Dia buat. Kita sebagai hambaNya, teruskan berusaha dan ikhtiar dan yang paling penting, yakin pada Dia! Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Enough said. 


Actually, aku jarang nak voice out pasal kahwin-kahwin ni. Bukan ape, hal-hal macam ni more to privacy kot. Kadang-kadang malu nak story, sebab kang takut tak jadi ke kan .. tak ke mengaibkan diri sendiri. Ape pun yang terpendam, aku sarankan kalian luahkan pada Allah. Dia Maha Mendengar. Cuba praktikkan diri kalian, untuk mengadu padaNya. Aku rasa lagi tenang buat macam tu dari kau luahkan berjela-jela kat dalam blog or kawan-kawan yang sebenarnya tak memahami langsung perasaan kau tu. Jadinya, untuk elakkan fitnah or malu, baik senyap and luahkan pada yang Esa. Even, pada bf or gf pon tak payah sebenarnya. Bukan boleh buat ape pon ye dak? 


Itu cadangan aku je la. Nak ikut, ikut. Tanak ikut, sudah.


Maaf.
Semalam (Jumaat, 23/3/2012), aku balik kerja awal. Malas nak stayback kat opis lelame. Makin lama duduk kat situ, makin panas bontot aku. Rimas dengan pe'el staff-staff yang berotak sempit. Nak kata dungu, tapi sume kelulusan oversea. Entah .. kalah budak-budak kat tadika depan rumah aku nih. Terpekik terlolong macam orang sawan. Okay, abaikan. 


Sesampai je kat rumah, aku tinggalkan komputer riba di bawah, sebelum aku naik untuk setelkan ape yang patut. Maklumlah azan Maghrib sudah berkumandang. Tunggu ape lagi ye dak?
Setelah selesai semuanya, aku lepak tengok Buletin Utama. Gerun seh. Banyak kes bunuh membunuh, tembak menembak. Ape nak jadi manusia zaman moden ni yer.. Politik? huh tukar channel Ceria lagi bagos!


Panjang plak aku bebel ye. Takpe, mari kita pendekkan.
Aku mengamuk sebab adik aku curi-curi main game kat laptop aku nih. Makin lembab dibuatnyer sejak die install game tuh. Benganglah aku. Suruh buat homework malas. So aku pun suruhla die exit game. Pap! Die berang and campak mouse yang dipegangnya jatuh hempap lantai. Damn! aku yakin pasti rosak.


Bengang tapi tatau nak luahkan kat sape, aku update status kt laman muka buku, siap tag name die lagi. muahaha! jaat tak aku?? Serius, memang rosak kot. 


Hari ni ade wedding ex-classmate aku @Kelab Shah Alam. Aku pun syok la bermekap-mekapan etc kan. Setelah selesai bergamba gambi, aku pun balik. Dong deng dong deng dengan surat saman etc, aku pn naik bilik. As usual, on laptop untuk online. Bukak-bukak je dekstop, aku tengok ade satu doc saved betul-betul kat centre dekstop ni. Double click untuk open file.


Sorry..from Areeq

"Deedee…..
arq mintax maaf…
Mouse awak x rosak…
die shot kat usb belah kanan…belah kiri…masih boleh guna"

Sedih and sayu pun ada. Sebab semalam bukan main garang lagi dia naik berang dengan aku. Tiba-tiba dia tinggalkan note dalam laptop aku. He's so kind hearted person. Tak kira gaduh macamana pun, dia yang akan tetap cari peluang untuk berbaik semula. Bukan aku tanak, tapi nak ajar die supaya faham erti masa. Asyik main game je. Anyhow, itulah yang buat aku sayang sgt kat adik aku sorang ni. Tataula kenape..Mungkin sebab sikap dia yang sangat lembut hati and tak se'ego' abang die. Nak minta tolong korang sikit boleh?Korang doakan lah dia supaya jadi insan yang berguna dunia akhirat ye. Amiin ..




-The End-













February 11, 2012

Bila pensyarah mula merajuk ...

Hi!
Tiba-tiba terasa untuk meluahkan sesuatu di sini. Kecil hati ini terkenangkan perkara yang berlaku siang tadi.
Marah? sudah tentu! 


Semenjak bergelar pensyarah sambilan di salah sebuah kolej universiti swasta, masa rutinku telah berubah. Ianya seperti tiada ruang untukku bersosial selain dari melayai laman muka buku dan twitter. waktu waktu yang terluang dipenuhi dengan aktiviti mentelaah topik-topik yang bakal diajar di samping meneliti dan memahami tugas-tugas sampingan sebagai pensyarah. Rumit rupanya!


Selain terpaksa menyusun jadual pengajaran dan pembelajaran dengan teliti, aku juga harus memastikan bahawa pelajar-pelajarku selesa dengan cara penyampaianku dan mereka menerima mesej yang hendak disampaikan (walaupun ianya agak sukar bagi seorang pensyarah baru yang tidak mempunyai pengalaman sepertiku)
Takpe, pelan-pelan kayuh!


Bengang! 
Baru kini ku tahu bagaimana perasaan apabila seorang pensyarah yang bercakap di depan, dan pelajarnya bermain sambil bergelak ketawa di belakang. DAMN! rasa nak kasi penyepak pon ada! Penat kot aku memberi penerangan di hadapan. Taula kau tu anak orang kaya, tapi at least respect la sikit orang lain yang nak memberi ilmu ni. Walaupun ilmunya tidak seberapa, namun ianya berguna sekurang-kurangnya di waktu peperiksaan akhir semester nanti!!! duhh~


Lain suasana pengajaran dan pembelajaran di kolej swasta dan awam. Mereka ini kebanyakkannya terdiri dari golongan berada yang seperti tiada matlamat untuk belajar dan hanya menghabiskan masa muda di kolej. Maklumlah, mak bapak banyak duit. Fail banyak semester pun ape ade hal, selagi duit masih ada! Tapi pada aku, duit yang ada tidak terhad, namun harus diingat bahawa masa yang ada itu terhad! Takkan sampai ke tua nak hadap level tu je kan?! 


Pelik aku. Usia masih muda, jadi apa matlamat mereka sebenarnya?! 
Belajar kolej agama, namun sikap dan tingkah laku tidak menggambarkan seperti orang yang terdidik dalam agama. Paling kurang, semangat untuk maju itu ada. Ini, langsung tiada inisiatif untuk bertanya, memahami etc! Siot ar korang!!


Berubah!!
Ya! aku akan berubah. Berubah apa? 
Sejak beberapa minggu mengajar, aku notis beberapa perkara yang berlaku di kalangan pelajar-pelajarku dan aku akan mula untuk ambil tindakan sepatutnya atas apa yang berlaku! Aku tidak akan berdiam diri dan terus memberi mukaku pada mereka! (duhh~ muka aku sapelah nak amek .. haha!)
Siaplah korang! Enko ingat enko anak orang kaya, boleh buat sesuka hati?! Boleh jalanlah~


Muahaha! Sorry kalau lagakku tidak seperti seorang pensyarah yang berguna. Apa-apa pun, niat aku untuk betulkan mereka. Lain orang, lain cara beb. 
Ok aku nak tido!
Masih berkecil hati terkenangkan apa yang berlaku siang tadi. Aku hanya mampu untuk beredar awal tanpa berkata apa-apa.
Perempuan tidak beradap!
huh!




-The End-





December 28, 2011

Remember Yesterday + IGNOREE!

Halo!
Okay, saya akan cuba untuk kembalikan rutin lama iaitu dengan bersengkang mata sampai buta!
Ya! Saya sedang berada dalam keadaan tertekan tika ini. Maka, jika kalian melawati laman muka buku saya, pastinya kalian akan dapati terdapat beberapa lagu yang telah di'post'kan. Stress maknenyer tuh! heh~


Okay, saje jer nak buang masa lewat malam ni. Ada satu kejadian yang telah berlaku beberapa jam yang lalu. Kejadian tersebut membuatkan aku dari mahu tidur, jadi celik serta merta! Padahal kerja minggu lepas masih belum disiapkan. Argh! masalah betol aku nih!~


Erm..always had a problem in handling my emotions. bahaya nih. I need somebody to calm me down. But, unfortunately .. no one could! Not even one person! Damn!~






So, aku tekad. Menjelang pagi esok (setibanya aku di tempat kerja kowt!), aku akan buka mode ignore aku pada orang itu. IGNOREEE!!! muahahahaha~


Awak ignore perasaan saya yer..siapla awak..huh~
So, korang! mari layan lagi Oi! kat atas nih. Aku sangat-sangat rindukan zaman sekolah aku yang penuh dengan kejahilan. Remember yesterday~


The end!



December 17, 2011

Boo!



Please don't be so serious. Yes, I admit. You have to take your life seriously otherwise you won't go further. But, hey. Chillex! It won't give you any harm if you play or laugh or put a smile on your face for a few seconds tho.. Duhh!

Jangan serius sangat boley tak? 
Nak serius, serius, pegi masuk gua. 
Wa malas gila nak layan lu!
Blah!~

Larian Kitar Semula 2011

Esok! 
Lari!Lari!Lari!
Weehoo!
Kalah menang belakang kire, yang penting aku nak dapatkan t-shirt die yang cun nih!
Okay, bye!










September 04, 2011

Day 4: My Parents

.. Ibu Ayah .. Daddy Mummy .. Papa Mama .. Ayah Mama .. Abah Umi .. Abah Mama .. dan sebagainya .. Mana satu pilihan korang bila dah bergelar ibu bapa nanti? hua3~


Alhamdulillah .. masih ada ibu dan ayah di sisi .. Sempat kami beraya bersama untuk tahun ni. Aku tatau la nak citer ape pasal 'my parents' ni .... Cabaran 30 hari menulis blog punye pasal .. maka, inilah kisah tentang mereka.


Ayah ...
Berdarah campuran Arab + Melayu + Kelantan. 
Merupakan pesara sejak Mac 2011 yang lalu. Pernah bekerja di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya. 
Sangat meminati sukan Golf dan untuk pengetahuan korang, almost everyday die akan bermain golf. Oh kecuali hari ISNIN! itupun sebab kelab tu off untuk staff die sahaja. hehe ..kalau tak, memang hari-hari la gamaknyer .. Other than that, we both talk alot nowadays! haha ..




Mama ...
My mama .. she's beautiful. 
Berdarah campuran cina + bugis + melayu + penang ( bukan mamak). Mama had stopped working ever since I was born. (so cute of me! hihi). Sangat suka beri orang rasa masakan dia and one thing that I can see from my mama, whatever she tries to cook, i mean new dish, alhamdulillah jadi! Everything's perfect whenever comes from her. She can sew (and only kakak jer yg tahu menjahit, learnt from mama), she can cook, she can bake .. the best thing is, jahit manik pun jadi! ciss...padahal baru je belajar kat kelas seminggu yang lalu, dah jadik! As for me? memasak tak boleh, menjahit lagi ler .. haremm .. Pernah juga try jait manik hasil dari tunjuk ajar kakak aku. Siap memang la siap satu tangan, tapi compare dengan tangan sebelah, hahahadoi .. senget benget kot! apela nak jadi dengan aku ni yer .. huhuhu .. okay, ignore me!


Anyway, mama likes bright colors so much! Suka sangat pilih kaler terang-terang. ish .. kontra sangat dengan aku yang suka kaler buruk-buruk, gelap-gelap. konon gothic la tu. hahah!  Kalau mama pilih baju kurung untuk aku, eee tak nah aku kenan. Kaler oren lah, hijau lah .. eee.. tak nak! tak nak! 


Everything! She'll prepare for us. Don't know how to live without you mama. Love u so much!




Tujela kot nak cite. 
Malas ar nak pk cuti-cuti raya ni .. 
Pale aku sekarang ni pikir nak start keje mcm besa, nak stuck in a traffic jam, nak tension-tension bekerja dan nak sibuk-sibuk bangun awal macam biasa! In other words, i want my routine back! Jam pale otak cuti macam ni doh ..
Erghh!






-The End-

September 03, 2011

Day 3: My First Love

Jeng!Jeng!Jeng!
Inilah peluang aku untuk bercerita tentang kisah perchentaan aku yang jarang nak dikongsikan dengan korang .. hik .. bukan ape.. saya malu ..auww!! 


To be honest, aku ni tak reti nak berjiwang jiwang or berfalsafah dalam bab chenta. So korang layankan jela ape yang akan aku ceritakan ni yer ..


'My First Love' ek .. erm..korang klasifikasikan 'first love' tu as ape yer? kalau tanye aku, aku akan jawab couple pertama aku! haha .. yela, kalau nak cakap lelaki yg tangkap cintun tu, aku rase .. erm .. entah, sume aku tangkap cintun, kalau tak cintun, wape aku jadikan dia as pakwe aku, ye dak? *ecey .. konon nak cakap aku ni tak nah gunakan lelaki la tu ..* tapi siyes beb, so far .. tak nah la plak aku ber'couple' dengan seseorang atas dasar untuk kepentingan diri aku sendiri. Dah kate syok! tackle ar .. kekekek ..ape la susah sgt ye dak? ngee .. tu dulu ar .. skg setia pada yang satu! wee~


Pertama-tamanya ...
First couple aku adalah sewaktu aku di darjah 4, eh ke 3? .. entah ..tapi dalam lingkungan tu lah . Nama tak yah sebot lah yer .. sebab kang die baca, skali die tak ngaku lak aku ni awek die, tak ke malu aku! kekeke .. ok2 .. sambung. Actually, tak declare pun couple, tapi paham-paham sendiri lah kan .. aku kaco ko, ko kaco aku. Aku cubit ko, ko sakit. hehehe .. We were in the same class since in standard 2 until 4. Time balik skolah, tunggu same-same kat tepi gate skolah. main tiang-tiang, kejar-kejar .. pastu kan, die ni kuat lari. hehe .. aku suke la kan orang terer sukan-sukan ni .. sihat! kekeke ..


20 tahun berlalu .... 
Dulu, aku sekolah Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya (1992-1995). Then pindah ke SK TUDM Subang (1996-1997). Untuk pengetahuan korang, aku bersekolah di situ bukan sebab anak tentera, tetapi sebab itu sekolah yang paling dekat dengan rumah. Aku pindah sekolah mase nak masuk standard 5, around 1996 kot. Ha, ada sape-sape yang pernah sekolah sama dengan aku time kecik-kecik dulu? Jom la kite merapatkan sillaturrahim kembali. hee! Ok, sambung. Lepas aku pindah tu, aku lost contact dengan sume kawan-kawan kat Selayang termasukla si kekasih ni .. Cuma satu dua je yang aku still contact di mana beliau merupakan rakan baik aku sejak kecil. Dia ni kaki melukis macam aku! yay! Tapi dia ni lebih hebat dan dikira seorang yang kreatif nak mampos! Tiap-tiap tahun hantar kad raya kat aku mesti ade je idea-idea unik die. Ada satu masa tu, kawan-kawan sekelas kami mintak kami ajarkan pada dorang how to draw a girl (psst! mase tu we hanya tahu draw character pempuan jer .. boy mcm susah sikit..tatau nape..hehe) .. ade yg ala-ala princess, ala-ala orang bekerja ..hehe mcm-mcmla kiteorang ajar dorang .. Tapi satu kelebihan yang aku ade, tangan aku ni senang untuk copy sesuatu character yang sedia ada and alter mane-mane yang patut rather than create my own cartoon character and as for my fwen ni, die memang create sendiri .. Itu yang aku kagom sangat dekat die ni.


Friendster & Facebook ....
Satu hari, aku dapat friend request dari beberapa orang rakan baru. Antaranya budak ni! Same person add aku di Friendster and Facebook. Ianya membuatkan aku tertanya-tanya. Ish, sape mamat ni yer? Aku kenal ke? Lepas approve request, aku pun cube belek-belek foto-foto dalam album die. Click dan terus click .. Terus terdetik dalam hati .. eh macam kenal la tapi still tak pasti. Belek lagi .. Taraa! Aku sangat-sangat terkejut! Die adalah Ogy (opss! terkeluar pulak name mamat ni .. hehe ) Ogy yang kononnyer kekasih gelapku sejak kecil. ngee! tapi die dah temok-temok la. hikhik .. Based on picture2 die, he's currently belajar kt UK .. course engineering tapi tak sure major in ape .. siyes, dalam kelainan pada bentuk fizikal die tu, still boleh cam lagi wajahnya .. euuw! ayat aku dah mula memualkan~


Nak dipendekkan cerita, we start contact balik via facebook. Chatting, etc .. and of course, perasaan chenta tu tak de da. Dia pun dah ade awek. Aku pun alhamdulillah dah ade partner .. Masing-masing dah serius dengan partner masing-masing. So we just talk about our current status like studies, where are we staying now, bla-bla-bla .. tu jer .. hehe! ade sikit la selit kisah-kisah lame..tapi sikit jer la ..ngee~


Okay, tu jer .. Nothing interesting .. Maybe sebab aku tak pandai luahkan kot or sebab tak de feeling sebenanyer nak cite? .. hikhik ..anyway, gatai kan aku. Kecik-kecik dah suke suke kt budak laki. hehehe .. 
Ok, nak sambung main The Sim Social plak!






-The End-

August 29, 2011

Day 2: The Secret Behind My Blog Name

Thought of the Day ..


Nothing special about the name of my blog.
Basically, I write when I feel like to write and it's just some of my thoughts on that particular day.
Thus, it gives me an idea and came out with The Thought of the Day. 
Simple.




-The End-