April 11, 2011

Rafiq & Mimie

Oh malam ni energy lebey sikit .. 
Jadi kasi up satu lagi entri untuk kalian ..
Briefly, Sabtu lepas, we attend wedding reception of our course mate. FYI, this girl (for me la), tersangatlah unik dan cantik. Pandai menyesuaikan diri dengan segala event dan pakaiannya sangat menonjol tetapi cantik.
 As expected, her wedding outfit pun tersangatlah unik dan gorgeous gitu. Seswai lah untuk orang seperti dia. 
Cocok bangat sama lakinya. 
Semoga kekal ke akhir hayat ya ..

As usual, bila tau ada gambar, maka idea untuk mengarang mulalah pudar .. 
Oleh itu, aku sajikan gambar-gambar untuk kalian nikmati sebelum tidor .. (ceh, nikmatila sangat ..)

Perjalanan bermula dari Shah Alam nuju ke Stesen Komuter UKM. Janji untuk pergi bersama Syuk, rakan sekelas. Maklumlah, orang buta jalan, harus minta bantuan orang. Dengan line kene bar, jalan ingat-ingat lupa, aku redah je. Nasib dah pernah pegi KTM UKM untuk buat survey ritu. Akhirnya sampai juga.


Proses mem'follow' syuk dan kekasihnya .. hehehe 

Sesampai, geng-geng ni nak balik, jadi kami dahulukan dengan mengambil foto dulu .. Lame tak jumpa diaorang sume. Rindu pulak.. hehe ..


Ini aku ambil sebagai rujukan .. Family side mimie rasanya ni.. 
Tema mereka goldie + putih 

Okay, inilah kami yang tinggal .. 2nd pic with the bride and the groom ..
Masing-masing mau pulang ..

hehe ini baru last pic with the bride and the groom..
Sensorang je ..pasangan tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan..
Anyway, cantik kan mereka :)


Rakan-rakan sekelas di UMT
Yang dua orang berbaju putih cream tu course lain, tapi serumah dengan mimie .
dua-dua dah berumah tangga.
Selebihnya itu masih single, yet not available ..
(eh, double la maknenye kan ..? kih3)

 Same pic, different photographer.
Heheh 
Lastly, kakak-kakak yang sangat bes!
Kak Shima dan Kak As.
Mereka datang dari Seremban.
Muachh!


Sekian sahaja persembahan untuk malam ini ..
Assalamualaikum ...

Bau Semut

Halu semua,
Pernahkah anda hidu bau semut?
Saya pernah! 
Bila? Tadi .. baru je tadi .. haha ..
Baunya sangat tidak menarik! 
Kisahnya bermula di sini ..
Adala semut-semut buat rondaan di depan skrin laptop ni ..
Mengganggu pandangan mata kasarku untuk membuat kerja.
Maka, jari jemari ku yang tidak bape nak mulus ni rajinla nak mengkuis2 .. mentenyeh-tenyehkan semut kasi mati!
Tibe-tibe, idung ni gatal pulak .. 
Jadi nak garula kan .. tibe-tibe, terbau semacam pada jari .. 
bila tengok jari, ade mayat semut! patutlah bau semut! isk isk isk ...


Demikianlah saja kisah untuk malam ini. 
Maaflah, tiada input untuk diberi.
Semoga bertemu di lain hari .. 
Cau sin chi!


psst! amatlah sukar untuk hidup tanpa dia. (tibe tak? ish ish ish ..)

April 08, 2011

Diam





Malas.
Jangan kacau.
Jangan tanya.
Jangan sebok.



April 07, 2011

REMINDER FOR CAR OWNERS!


Okay, this is so dangerous! 

WARNING!
DO NOT GET DOWN OFF YOUR CAR IF YOU HEAR/ SEE ANY UNUSUAL STUFF.
AT LEAST DRIVE A LITTLE FURTHER BEFORE YOU INVESTIGATE.

April 06, 2011

Oh Carol!

Let the song tells my mood. 
Mode: See Saw 

... ♪♫♩♬♪♫♩♬ ....

This is not the official clip for this song, but who cares?!
I just want the song!
Have a nice night guys!
 Muachh 

April 05, 2011

Mengubah Kemungkaran


"Jihad yang utama ialah perkataan yang benar di sisi pemerintah yang zalim"

 Riwayat Ahmad no. 11159 dari Abu Said r.a 



Ada 3 peringkat dalam mengubah sesuatu kemungkaran .. Peringatan ini dikongsikan bersama agar kita sama-sama dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian, mahupun dalam ekonomi, politik dan sosial.

Stage 1:
Mengubah sesuatu kemungkaran dengan menggunakan kuasa yang ada di tangan kita. Sekiranya kita seorang yang berpengaruh dan seangkatan dengannya, kita boleh gunakan kuasa yang ada untuk menghukum orang yang bertindak di luar batasan agama atau apa sahaja yang boleh merosakkan keamanan sejagat. Namun, bukan mengubah kemungkaran itu dengan kekerasan bukanlah satu cara yang baik kerana ianya boleh mencetus pergaduhan, peperangan, perkelahian yang lebih dahsyat daripada kemungkaran itu sendiri.

Stage 2:
Jika tidak mampu, maka kita bolehla menggunakan secara lisan. Memberi nasihat ke, berblog macam yang kebanyakkan kita selalu buat ni, atau kalau yang berilmu lebih sikit, boleh berdakwah macam ustaz ustaz atau alim ulama.

Stage 3:
Tapi kalau tak mampu jugak .. yelah sapalah kita ni kan ..rakyat biasa yang tiada kuasa ..
Kita boleh mengubah dengan hati iaitu dengan tidak bersetuju sepenuh hati perkara kemungkaran yang berlaku atau membenci dan menentang kemungkaran itu sendiri.




Nota Kaki: Ini dipetik dari buku Hadis 40 Imam NAwawi tulisan dan olahan dari Ustaz Zahazan dan Ustaz Zakaria.

Suara hati seorang rakyat



Tak de idea tapi saja mao buang masa
Tiba-tiba teringat berita yang ke udara di Fly.fm semalam ..
Berkenaan isu video sensasi itulah apa lagi ..
Oh sudah berada di dalam you tube katanya.
Tapi kenapa mesti mahu mention 'Tak perlu persoalkan siapa yang memasukkan video itu ke internet, tapi persoalkan siapa yang berada di dalam video itu' ??
Takut orang dapat tau sapa dalangnya? WTF!

Haih .. tak paham aku ..
Kenapa bias sangat ni?
Kenapa jahat sangat ni?
Kenapa buruk sangat perangai ni?
Kenapa kenapa dan kenapa?

Demokrasi konon.
Habis semua syarikat media di'control' nya .
Demokrasi konon.
Habis semua orang diperdayanya.
Demokrasi konon.
Habis semua harta rakyat digunakannya. (kempen sana, kempen sini,. tapi duit pelaburan untuk orang-orang susah disekat!! Sialan betul. Takut sangat orang gunakan duit sementara piliharaya nak dekat ni. )
Buat apa bina bangunan pencakar langit hanya kerana nama semata-mata?
Buat apa bina masjid yang bernilai RM100 juta hanya kerana untuk tarikan pelancung ke dalam negara?
Tak cukup cukup kah warganegara asing yang menetap di negara ini? Siap mahu beri IC lagi.

Nak tunggu Tsunami melanda baru mahu beringat ka?
Tak sedar-sedar lagi bala yang menimpa dunia.
Tak sedar-sedar lagi amaran yang diberi olehNya.
Masih mahu berlagak seperti dia yang berkuasa.
Negara Malaysia bukan kamu yang punya.
Ianya milik kita semua.


Let's enjoy the song ..
.. heheh ..




-The End-








March 30, 2011

Pelakon Utama .. Caya atau tidak??



Hi Semua (gaya Sheila Rusli)..
Hari ini aku mahu berpolitik sebentar .. bolehkan ? Sekadar membuka minda yang hampir tertutup ini ..
Tadi aku adala search untuk material research paper. Terjumpala aku satu page ni .. berkenaan SPAD akan adakan dasar baru untuk pengangkutan awam di Lembah Klang khususnya .. Di bahagian kanan page, ada undi samada setuju atau tidak Anwar Ibrahim pelakon utama bla bla bla ... (korang pun tau kan kes tu)
Erm aku pun undilah .. and nak tengok keputusan dia. Erm..macam terkejut pun ada .. Ramai juga yang percaya Anwar tu terlibat dalam video tu yer ..
Percaya sebab ape yer? Sebab tak sukekan beliau kah?
Sebab mereka dah lihat bukti kukuh yang mengatakan beliau terlibat dalam video tersebut kah? Atau ada sebab-sebab yang lebih relevan lain?? Boleh beritau aku di sini? Sharing is caring kan .. hui hui hui ..


Sini saya nak tunjukkan link poll tentang kes anwar ibrahim yang dikatakan menjadi pelakon utama dalam video seks terbaru.


http://www.konsensusbebas.org/KB/component/poll/18-percayakah-anda-anwar-ibrahim-pelakon-utama-video-seks-terbaru


Erm .. apa yang aku boleh katakan di sini, kita boleh lihat mentaliti orang orang tertentu. Apa tada cara lain ke untuk menjatuhkan orang? Asyik attack dengan kes-kes lucah je. Seolah-olah pihak tersebut memang sukakan perkara-perkara sebegitu. Herm. .... orang-orang lain pun naik gila sama bila dengar berita sebegini..
Perkara yang memalukan sesama muslim .. Apa yang seronok sangat tentang bende-bende macam ni yer .. Haih .. Ape nak jadi dengan sistem politik di negara kita ni?
Maaf jika ada yang terasa, tapi aku harus suarakan ini kerana terlalu benci dengan keadaan yang melanda sistem pemerintahan negara kita. Terlalu benci .. Ingatlah bahawa,


Allah akan jaga aib kita di akhirat nanti, jika kita menjaga aib kita di dunia.




Renung-renungkan lah ...

March 29, 2011

Pakcik Ego



First of all nak say BIG thanks to Saidatul Akma binti Hamik for your help! I owe you baby ..  :)


Entri hari ini adalah tentang survey semalam.
Jumpa berbagai-bagai ragam manusia sepanjang berada di stesen komuter sekitar Lembah Klang semalam.
Dengan bantuan Ema, rakan semasterku (lain course), kami berjaya menyiapkan sebanyak 70+ untuk empat station. Walaupun tidak memenuhi sasaran, tapi rasanya banyak juga tu sebab nak diikutkan, susah nak dapat responden yang boleh pakai dan berminat untuk menjawab. Percaya atau tidak, ada juga student yang tak mahu jawab survey ini. Pelik juga. Sebab as a student, you should know about the final research paper and survey itu sangat-sangatlah penting untuk seseorang student completekan research paper, dan grad dengan cemerlangnya!
Tapi tula, macam aku cakap tadi, manusia ada macam-macam ragam .. tak semua kite bajet seperti yang kite bajet ..heh ..apekah??


Actually, bukan nak cite sangat pasal hasil tinjauan survey tu..
Nak cerita satu kisah ni..
Mase kat stesen UKM, ramai juga la yang beri respon baik..Aku n ema ligat beri survey etc. Satu masa tu, lane seberang (untuk ke kuala kubu baru etc,) ada beberapa indians yang sedang tunggu tren. Jadi, Ema cadang nak ke sana la untuk dapat responden selain dari malays. Then ema cerita, antie tu tolak awal-awal, dia cakap "saya tak pandai".. sian anti..tapi takpe..we tak marah pun :)


And selesai UKM, gerak ke Kajang .. Bandar Tasik Selatan .. ok. Stop sini.
Kat BTS ni pn gempak gak. Ramai orang ..sebab ade transit LRT kan .. Masa leka dok approach orang .. tiba, ada pakcik ni tanya "apa bende tu?" aku pun dengan ramahnye jawab "survey untuk kajian saye..pakcik nak buat?" ..sambil tangan aku hulurkan soalan + sebatang pen.


Pakcik tu dengan konpidennyer amek dan belek belek la Q aku tu. Sambil belek laju laju, die tanye dengan berlagaknya,"u nak buat ape ni sebenanyer.." aku jawablah untuk tengok gelagat pengguna komuter bla bla bla..bla ..belum sempat aku habis cakap, tibe-tibe die potong aku tengah cakap, "kalau u tanye pasal pengguna komuter, i tatau ..kalau pengguna pertanian, haa i boleh jawab!" perghh! poyo nak mamfuss ini olang tua..btw, apekah pengguna pertanian itu?? aku pun tak faham.. (ber I and You tu tak bley blah .. tapi dok ngelat tanak jawab Q. Kalau tanak, cakap jela tanak..tak pakse pun walaupun ade sikit down ..haiyo pakcikk)


Belum sempat setelkan orang tua tu, tiba-tiba ade foreigner ni, black people die raise his hand dan mengofferkan diri untuk menjawab Q tu. Aisey, mane boleh mister, this survey is only for Malaysian. and aku cakaplah survey ni dalam bahasa. if u can understand, then u can answer it. pastu si negro ni insist jgk nak buat. Ema handle plak, .. bla bla bla..die suruh we translate untuk die then die jawab. hadoi..semangatnyer die..sian plak..


Then aku cari-cari mane pakcik tadi, rupenye dan sorok belakang kotak elektrik kt tengah-tengah tempat menunggu tren tu sambil jeling-jeling ala-ala takut takut gitu. eeeeiii tolongglahhh..
kalau tak reti, cakap jela tak reti. Ini berlagak macam tahu segala. Peliklah orang macam ni. Dah tua-tua pun masih nak ego dengan budak-budak (consider aku ni budak la kan compared to that old man). Teruklah. Kalau semua macam tu, alamatnyer hancorla melayu di muka bumi ini. Ego!! Bodoh Sombong!! Semua cukup. Macamanalah nak berjaya .. patutlah pacik jadi macam tu..sebab ego terlebey. (sory, hef to say this! no need for me to tell further about his attire all, but i guess u can figure it out)..Cube banding dengan indian lady tu. Terus terang cakap tak pandai. We pun faham. Bukannye nak malukan dia ke ape. Normal la macam tu..Ish..geram aku!


Bukan nak rendah-rendahkan orang melayu, tapi itulah hakikatnyer..Tolonglah kawan-kawan, nanti dah tua, jangan buat macam tu. Malu kat budak-budak .. Budak-budak pun pandai ngaku salah, inikan pula orang tua. (sepatutnye macam tu la kan..) Rendah-rendahkanlah ego anda jika mahu berjaya.
Dengan ego ni, macam-macam boleh jadi.
Disebabkan ego, boleh jadi, malu bertanya sebab takut orang kata kita tak pandai, jadi macamana nak tambah ilmu??..
Disebabkan ego juga, boleh jadi perkelahian yang berpanjangan sebab masing masing tak nak meminta maaf kerana takut dikatakan kalah etc. (tapape kot mentaliti macam ni!).
Disebabkan ego, boleh jadi kita akan lepaskan orang yang kita sayang. Ex aku selalu pesan (mase kaple dululah), tak guna kite ego dengan orang yang kita sayang. Betul juga kata-kata die tu..
Contoh senang, korang dengan pakwe or makwe koranglah. Si perempuan, tanak call dulu sebab nanti si lelaki akan fikir nanti lepas ni si perempuan tu mesti akan call lagi esok, lusa, tulat bla bla bla .. Last-last, gado hanya sebab tanak call dulu etc! atoii..ego untuk memberitahu hal sebenar pun masalah jugak. Dengan ego, orang pun meluat, seperti mana aku meluat dengan pakcik tu. haha


Kesimpulan, janganlah kita berego-ego sesama kita. Biarlah nampak macam terhegeh-hegeh, yang penting niat di hati ikhlas dan doa agar pihak yang satu lagi lembut hati untuk terima keikhlasan dan kerendahan hati kita dalam melakukan sesuatu. Orang tak nampak, tapi ada yang nampak.
OK?


Itu jelah yang nak share dengan kawan-kawan semua.
Hope dapat beri impak pada korang walaupun sedikit..




.Tamat.



March 28, 2011

㋡ Check List for Tomorrow





- Route Map for KTM -


☛ 200 Questionnaires (checked!)
☛ 40 packets of bookmark (checked!)
☛ card matric (checked!)
☛ 20 ball pens (will buy it tomm)
☛ plain water (checked!)
☛ touch n go (top up another RM10 just in case)
☛ spirit and courage!! (will see tommorow..hehehe)



I'm going to complete 200 surveys tomorrow guys.
and plan to go to Serdang Commuter Station, Kajang, UKM and Bangi.
Will park my car at Serdang, then take the train to UKM .. meet my fwen there. 
Hope everything will go as planned. 
Insyaallah