March 30, 2011

Pelakon Utama .. Caya atau tidak??



Hi Semua (gaya Sheila Rusli)..
Hari ini aku mahu berpolitik sebentar .. bolehkan ? Sekadar membuka minda yang hampir tertutup ini ..
Tadi aku adala search untuk material research paper. Terjumpala aku satu page ni .. berkenaan SPAD akan adakan dasar baru untuk pengangkutan awam di Lembah Klang khususnya .. Di bahagian kanan page, ada undi samada setuju atau tidak Anwar Ibrahim pelakon utama bla bla bla ... (korang pun tau kan kes tu)
Erm aku pun undilah .. and nak tengok keputusan dia. Erm..macam terkejut pun ada .. Ramai juga yang percaya Anwar tu terlibat dalam video tu yer ..
Percaya sebab ape yer? Sebab tak sukekan beliau kah?
Sebab mereka dah lihat bukti kukuh yang mengatakan beliau terlibat dalam video tersebut kah? Atau ada sebab-sebab yang lebih relevan lain?? Boleh beritau aku di sini? Sharing is caring kan .. hui hui hui ..


Sini saya nak tunjukkan link poll tentang kes anwar ibrahim yang dikatakan menjadi pelakon utama dalam video seks terbaru.


http://www.konsensusbebas.org/KB/component/poll/18-percayakah-anda-anwar-ibrahim-pelakon-utama-video-seks-terbaru


Erm .. apa yang aku boleh katakan di sini, kita boleh lihat mentaliti orang orang tertentu. Apa tada cara lain ke untuk menjatuhkan orang? Asyik attack dengan kes-kes lucah je. Seolah-olah pihak tersebut memang sukakan perkara-perkara sebegitu. Herm. .... orang-orang lain pun naik gila sama bila dengar berita sebegini..
Perkara yang memalukan sesama muslim .. Apa yang seronok sangat tentang bende-bende macam ni yer .. Haih .. Ape nak jadi dengan sistem politik di negara kita ni?
Maaf jika ada yang terasa, tapi aku harus suarakan ini kerana terlalu benci dengan keadaan yang melanda sistem pemerintahan negara kita. Terlalu benci .. Ingatlah bahawa,


Allah akan jaga aib kita di akhirat nanti, jika kita menjaga aib kita di dunia.




Renung-renungkan lah ...

March 29, 2011

Pakcik Ego



First of all nak say BIG thanks to Saidatul Akma binti Hamik for your help! I owe you baby ..  :)


Entri hari ini adalah tentang survey semalam.
Jumpa berbagai-bagai ragam manusia sepanjang berada di stesen komuter sekitar Lembah Klang semalam.
Dengan bantuan Ema, rakan semasterku (lain course), kami berjaya menyiapkan sebanyak 70+ untuk empat station. Walaupun tidak memenuhi sasaran, tapi rasanya banyak juga tu sebab nak diikutkan, susah nak dapat responden yang boleh pakai dan berminat untuk menjawab. Percaya atau tidak, ada juga student yang tak mahu jawab survey ini. Pelik juga. Sebab as a student, you should know about the final research paper and survey itu sangat-sangatlah penting untuk seseorang student completekan research paper, dan grad dengan cemerlangnya!
Tapi tula, macam aku cakap tadi, manusia ada macam-macam ragam .. tak semua kite bajet seperti yang kite bajet ..heh ..apekah??


Actually, bukan nak cite sangat pasal hasil tinjauan survey tu..
Nak cerita satu kisah ni..
Mase kat stesen UKM, ramai juga la yang beri respon baik..Aku n ema ligat beri survey etc. Satu masa tu, lane seberang (untuk ke kuala kubu baru etc,) ada beberapa indians yang sedang tunggu tren. Jadi, Ema cadang nak ke sana la untuk dapat responden selain dari malays. Then ema cerita, antie tu tolak awal-awal, dia cakap "saya tak pandai".. sian anti..tapi takpe..we tak marah pun :)


And selesai UKM, gerak ke Kajang .. Bandar Tasik Selatan .. ok. Stop sini.
Kat BTS ni pn gempak gak. Ramai orang ..sebab ade transit LRT kan .. Masa leka dok approach orang .. tiba, ada pakcik ni tanya "apa bende tu?" aku pun dengan ramahnye jawab "survey untuk kajian saye..pakcik nak buat?" ..sambil tangan aku hulurkan soalan + sebatang pen.


Pakcik tu dengan konpidennyer amek dan belek belek la Q aku tu. Sambil belek laju laju, die tanye dengan berlagaknya,"u nak buat ape ni sebenanyer.." aku jawablah untuk tengok gelagat pengguna komuter bla bla bla..bla ..belum sempat aku habis cakap, tibe-tibe die potong aku tengah cakap, "kalau u tanye pasal pengguna komuter, i tatau ..kalau pengguna pertanian, haa i boleh jawab!" perghh! poyo nak mamfuss ini olang tua..btw, apekah pengguna pertanian itu?? aku pun tak faham.. (ber I and You tu tak bley blah .. tapi dok ngelat tanak jawab Q. Kalau tanak, cakap jela tanak..tak pakse pun walaupun ade sikit down ..haiyo pakcikk)


Belum sempat setelkan orang tua tu, tiba-tiba ade foreigner ni, black people die raise his hand dan mengofferkan diri untuk menjawab Q tu. Aisey, mane boleh mister, this survey is only for Malaysian. and aku cakaplah survey ni dalam bahasa. if u can understand, then u can answer it. pastu si negro ni insist jgk nak buat. Ema handle plak, .. bla bla bla..die suruh we translate untuk die then die jawab. hadoi..semangatnyer die..sian plak..


Then aku cari-cari mane pakcik tadi, rupenye dan sorok belakang kotak elektrik kt tengah-tengah tempat menunggu tren tu sambil jeling-jeling ala-ala takut takut gitu. eeeeiii tolongglahhh..
kalau tak reti, cakap jela tak reti. Ini berlagak macam tahu segala. Peliklah orang macam ni. Dah tua-tua pun masih nak ego dengan budak-budak (consider aku ni budak la kan compared to that old man). Teruklah. Kalau semua macam tu, alamatnyer hancorla melayu di muka bumi ini. Ego!! Bodoh Sombong!! Semua cukup. Macamanalah nak berjaya .. patutlah pacik jadi macam tu..sebab ego terlebey. (sory, hef to say this! no need for me to tell further about his attire all, but i guess u can figure it out)..Cube banding dengan indian lady tu. Terus terang cakap tak pandai. We pun faham. Bukannye nak malukan dia ke ape. Normal la macam tu..Ish..geram aku!


Bukan nak rendah-rendahkan orang melayu, tapi itulah hakikatnyer..Tolonglah kawan-kawan, nanti dah tua, jangan buat macam tu. Malu kat budak-budak .. Budak-budak pun pandai ngaku salah, inikan pula orang tua. (sepatutnye macam tu la kan..) Rendah-rendahkanlah ego anda jika mahu berjaya.
Dengan ego ni, macam-macam boleh jadi.
Disebabkan ego, boleh jadi, malu bertanya sebab takut orang kata kita tak pandai, jadi macamana nak tambah ilmu??..
Disebabkan ego juga, boleh jadi perkelahian yang berpanjangan sebab masing masing tak nak meminta maaf kerana takut dikatakan kalah etc. (tapape kot mentaliti macam ni!).
Disebabkan ego, boleh jadi kita akan lepaskan orang yang kita sayang. Ex aku selalu pesan (mase kaple dululah), tak guna kite ego dengan orang yang kita sayang. Betul juga kata-kata die tu..
Contoh senang, korang dengan pakwe or makwe koranglah. Si perempuan, tanak call dulu sebab nanti si lelaki akan fikir nanti lepas ni si perempuan tu mesti akan call lagi esok, lusa, tulat bla bla bla .. Last-last, gado hanya sebab tanak call dulu etc! atoii..ego untuk memberitahu hal sebenar pun masalah jugak. Dengan ego, orang pun meluat, seperti mana aku meluat dengan pakcik tu. haha


Kesimpulan, janganlah kita berego-ego sesama kita. Biarlah nampak macam terhegeh-hegeh, yang penting niat di hati ikhlas dan doa agar pihak yang satu lagi lembut hati untuk terima keikhlasan dan kerendahan hati kita dalam melakukan sesuatu. Orang tak nampak, tapi ada yang nampak.
OK?


Itu jelah yang nak share dengan kawan-kawan semua.
Hope dapat beri impak pada korang walaupun sedikit..




.Tamat.



March 28, 2011

㋡ Check List for Tomorrow





- Route Map for KTM -


☛ 200 Questionnaires (checked!)
☛ 40 packets of bookmark (checked!)
☛ card matric (checked!)
☛ 20 ball pens (will buy it tomm)
☛ plain water (checked!)
☛ touch n go (top up another RM10 just in case)
☛ spirit and courage!! (will see tommorow..hehehe)



I'm going to complete 200 surveys tomorrow guys.
and plan to go to Serdang Commuter Station, Kajang, UKM and Bangi.
Will park my car at Serdang, then take the train to UKM .. meet my fwen there. 
Hope everything will go as planned. 
Insyaallah









March 27, 2011

Jauh Lebih Baik




Maaf ..
Izinkan aku untuk beremosi lagi .. 
Orang selalu kata, yang jauh, didekatkan ..yang dekat, dirapatkan .. kan?
Tapi boleh tak aku nak terbalikkan pepatah di atas, rasanya tidak sesuai dengan keadaan diri buat masa ini ...


Aku rasa, makin didekatkan, makin parah jiwa raga .. 
makin dirapatkan ..makin banyak yang perlu dirahsia.
Makin dikenali, makin dikasari .. 
haih .. bosan bosan .. letih letih .. 
melayan karenah manusia yang entah apa-apa .. 
aku kira, mana yang dah berlalu, biar la berlalu .. 
jika diungkit mungkit, mau ada yang terjongkit nanti! 
Kiranya juga, jauh adalah lebih baik kot ..kan kan kan?


Sian korang, baca tapi tak faham apa benda. 
hak! hak! hak!
Takpelah, biar diri Madeeha Munir aje yang faham .. 
korang layan, kira cukup baik buat aku ..
Thanks yer sudi meninjau ninjau lamanku yang tidak seberapa ini..




Mau menulis, tapi kekurangan ilmu ..
Jadinya, biar pengalaman saja yang memberitahu .. 
Mau diharapkan teori dan fakta, susah juga ..
Kerana tidak berlaku depan mata. 
Sekian sahaja luahan kata-kata,
harap berjumpa di lain masa.


mode: hiba .. 

Kejang Otak


tak faham dengan orang-orang ni, dan kalau boleh TAK NAK faham!


      sekejap baik
      sekejap jahat
sekejap busuk
sekejap wangi
      sekejap waras
      sekejap tak waras
sekejap ikhlas
sekejap tak ikhlas
      sekejap suka
      sekejap tak suka
sekejap marah
sekejap ok




Gila ke ape??!

March 26, 2011

Aku, Kau, Dia, Mereka .. Semua

Assalamualaikum and hi everyone!
While doing my research paper tadi, tiba-tiba rasa nak luahkan sesuatu. Ada sesuatu yang sering bermain-main di fikiran saya sejak akhir akhir ini. Apakah yang sesuatu itu? ermm..


Entah kenapa, asyik terbaca perihal-perihal tentang orang ke sana, orang ke sini, orang buat itu, orang buat ini, orang dapat itu, orang dapat ini .. macam macam jenis orang .. Ada saja perkembangan yang ada pada setiap orang yang aku kenal .. Tapi aku? Apa perkembangan aku sekarang ini? Apa yang aku dapat? Apa yang aku beri? Apa yang aku buat? Apa-apa jelah ..






Cemburu ...
Ya, cemburu dengan kau, dengan dia, dengan mereka, dengan semua!
Aku nak dapat apa yang dia dapat!
Aku nak jadi apa yang dia jadi!
Aku nak beri apa yang dia beri!
Aku nak buat apa yang dia buat!
Semua aku nak!
Tapi..
Sampai ke hari ini, apa yang aku dapat?
Apa yang aku beri?
Apa yang aku ada?
Apa yang aku buat?
Tada apa apa ... 
Okay STOP!!
Itu semua fikiran negatif yang perlu disingkirkan dalam minda dan jiwa aku jika aku ingin berjaya!
Aku tak boleh terus terus fikirkan tentang orang lain, sehingga terlupa akan kemampuan diri aku.
Aku tak boleh bandingkan diri aku dengan kau, dengan dia, dengan mereka, dengan semua, kerana kemampuan aku tidak sama dengan kalian semua.
Dia dapat apa yang dia ada sekarang, sebab itu usaha dia, itu rezeki yang Allah dah tentukan untuk dia.
Aku dapat apa yang aku ada sekarang kerana itu atas usaha aku dan sudah menjadi ketentuan Allah aku berada di sini hari ini. 
Jika aku terus menerus meng'compare'kan diri aku dengan orang lain, susah untuk aku maju ke depan dan susah juga untuk aku lakukan kerana itu bukan menunjukkan diri aku yang sebenar. Pada aku, ketulenan dalam melakukan sesuatu adalah sangat sangat penting!
Tulen dalam mendapatkan sesuatu.
Tulen dalam membuat sesuatu.
Tulen dalam pergaulan.
Tulen dalam pelajaran.
Tulen dalam pekerjaan.
Tulen dalam mengerjakan ibadah.
Tulen dalam segala-galanya!
Sapa kata aku tak beri apa-apa?
Sapa kata aku tak dapat apa-apa?
Sapa kata aku tak buat apa-apa?
Sapa kata aku tak jadi apa-apa?
Adaaaa .. aku tau aku ada .. 
Walau bukan sumbangan pada negara, untuk peringkat ini, pada aku memadai sudah untuk menyumbangkan sesuatu pada diri aku sendiri.
Insyaallah..aku akan berjaya!
Mungkin rezeki aku bukan di situ, bukan juga di sini ..
Aku akan teruskan usaha dan kekalkan matlamat yang satu ini sehingga aku mencapainya!
Doakan kejayaan aku kawan-kawan ..





March 21, 2011

grrrrr..!!




Hey you! 
Get your own ID !!!

March 15, 2011

Your Blog Reflects Your Character .. (maybe)


Assalamualaikum and hello everyone! Hehehe ... I don't know if you guys notice it or not but I was thinking, is it possible for us to know a person's character a.k.a owner of the blog a.k.a the blogger from the blog itself?If you ask me, I think the possibilities are there! 


We can see a person's character based on their writing, how he/she expresses his/her words .. also you can find it from the decorations of his/her blog and of course pictures! 


As for me, I'm just a simple, plain person which not so complicated (can be one sometimes!), full of emotions (hey, that's what being a girl..happy, sad, angry, in love etc.) Believe it or not, you can see 'me' based on my blog decorations, obviously! Simple, and love dark colors with blacky and grey as the background .. Am also a direct person, which you can see the straight borders, no patterns and most of my entries are short and simple (think so ..) .. oh another thing, I don't like heavy decorations on my blog or in other words, I don't like to be in a stringy place! 
But one thing for sure, I love to play with colors, tho I'm a black lover! I just love to choose something extraordinary yet it is simple. In terms of deco deco, I'll try to make it as simple as possible, and let the colors do the work. For me, make the space looks spacious, tidy and maybe not so dull is the best thing to do if you are not a creative person. (i guess ... erk!)
Okay, that's basic about me as Madeeha Munir.


Well guys, go on and try to analyze your friend's blog. You'll find it interesting to know about his or her character. But hey! Don't get me wrong okay .. It's not about criticizing a person, it's just about getting to know your friends..or maybe your online friends. Enough said.


Well guys, gotta continue my writing .. and of course not for this blog .. It's for my research paper!!! 
So many things need to be done with limited time. Oh, I wish I had more time ..... 




-The End-





March 06, 2011

Time & Questions

I need more time!
Plus, got plenty of questions playing in my mind, which i'm not sure when will I get the answers .. (oh how I wish to settle all these questions immediately. Hate waiting!) .. Herm ... will reveal it to u guys in the next entry, maybe .. (Insyaallah ..) 




I just need more time ! *again ..* 
Well, okay guys..I guess I better sleep now. Its already 230am. 
Nite. Assalamualaikum ..


Foot Note: Forgive and Forget! I did it!! BIG Yeay for me!

February 21, 2011

Entri Kusut~

Satu jer saya nak pesan di sini .. Saya harap awak tak akan pernah bosan dengan saya .. Sebab saya tidak pernah bosan dengan awak .. Itu saja permintaan saya .. Walaupun mulut ini berkata itu, namun jauh dalam sudut hati saya sebenarnya saya tidak mahukan itu. Sama sekali tidak! Saya harap awak faham.


Haish .. bosan betul dengan tudung hari ni. Asyik melekat je kat leher aku yang tak berapa nak jinjang nih.
Tolong tolong .. pergi jauh sikit .. Berapa kali aku nak kene arahkan supaya berada jauh dari aku? Isk ..degil ni..tarik kang!


Oh, aku sudah potong ambot! yeay!
tetiba pagi tadi, tangan ni gatal nak main dengan gunting .. hehe ..
Seronok! Tak rimas lagi! Saya boleh bergerak bebas dan lebih aktif! 
Walaupun tidak berstyle, tapi saya suka! keh keh keh ..
Makan masa lebih sejam kot .. Tu yang hilang mood nak out for field work hari ni .. Jam 12 baru dapat siap sepenuhnya. Uish .. mood orang nak bekerja haruslah sepagi yang mungkin kan .. Takpe, esok masih ada. Itu pun kalau Allah izinkan aku hidup lagi la .. ngee ..



Okay, assignment masih separuh jalan. Khamis ni dah due. Next Thursday tu, kene present pulak. Bila nak jumpa Dr. ni .. Aku konfius. Tapi sebelum jumpa haruslah siapkan diri dengan perkara yang sepatutnya. Herm .. macam macam hal kan aku ni. Banyak kerja tapi masih sempat untuk berkongsi cerita dengan kalian.Hehehe .. 




Okaylah, sekian saja entri kusut aku pada kali ni. 
-Tamat-