February 23, 2010

:: simple but nice ::


Perhatian:

Gambar di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia
Ini adalah hasil kerja aku dikala kebosanan dan kemalasan melanda.
[ Conteng _ Snap _ Edit ]
Sebarang kesilapan dalam mengedit harap dimaafkan kerana peralatan yang digunakan tidaklah secanggih mana.
Sekadar menggunakan alatan yang sedia ada.
the .. he .. he ..

February 14, 2010

:: 1 Malaysia konon! ::



Tajuk mao kasi gempak ... erk ... gempak ke?? ngee~
Aku pasti, pengguna laman web sosial Facebook pasti tahu tentang isu yang diperkatakan di dalam foto yang terpampang di atas.
ermm (mengeluh panjang) ... sekor lagi manusia tak reti nak hormat agama orang lain ... ish ish ish ... aku tak faham, kenapa lately ni, macam-macam isu sensitif kerap berbangkit di negara kita yang dikatakan aman dan damai ni ...
Secara peribadi, aku mao Lynette Lincoln and Joanna Ann diambil tindakan sepertimana Aduka Taruna kena.
Sekian, terima kasih.

MODE : Pelik + Bengang~

February 02, 2010

:: Kelar! ::

   Sumber: Google image_ikan kelar goreng haha! 


Mama : Im giving you last warning, DD!
DD : what?? *sedang potong bawang sambil pelik pelik pandang mama*
Mama : berapa kali mama nak cakap, tiap kali nak goreng ikan, kelar dulu.
DD :  ohh .. ala lupe la, nak cepatkan .. tapi isi ikan still masak jgk kan .. heh *fuhh ingatkan apela tadi*
Mama : masak ke tak masak ke, org tengok, anak dara apa macam ni.. macam tak pernah masok dapo..
DD : yela yela.. saya ingat nanti .. *sambung potong bawang*

Aku pun tatau la kenapa aku asyik lupe je nak kelar ikan bila nak goreng ikan.. ish ish ish~

January 31, 2010

:: undang-undang ::






Undang-undang tidak semestinya betul

Tapi ...

Kita MESTI mengikut undang-undang~

January 27, 2010

:: Mati ::

Harimau mati meninggalkan belang ..


Manusia mati, meninggalkan nama ..


Namun, jika manusia itu buruk dikala hidupnya, maka nama yang ditinggalkan juga buruklah di mata manusia .. 


Tidak kiralah pangkatnya, keturunannya, atau darjatnya ..

Fikir-fikirkanlah ~

January 02, 2010

:: Cerita Tahun Baru ::

Assalamualaikum semua.. hari kedua untuk tahun 2010. Untuk pengetahuan semua, sepanjang hidup aku, aku tak pernah celebrate tahun baru seperti manusia-manusia lain selalu buat. heh..Zaman sekolah dulu, terasa jugak macam ketinggalan, tapi bile dah makin dewasa ni, aku rasa aku tak rugi apa-apa pun, sebab acara sambutan tahun baru tu lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan, bergantung dengan siapa anda menyambutnya. (faham-faham jelah yer..)

Malam tahun baru tu, ayahku mengajak kami untuk ke Genting Highlands. Maklumlah, cuti sekolah pun dah nak habis, jadi apa salahnya jalan jauh sikit..heh~

Pada pagi 1 Januari 2010, kami bertolak dari Shah Alam, dan tiba di Genting pada jam 1030 pagi. Sebelum itu kami singgah di Hentian Sepah untuk bersarapan dahulu. Setelah itu, kami pun naik menuju ke Genting untuk mulakan aktiviti riadah kami yang sememangnya bakal memberikan keseronokan yang tidak terhingga!
Kami bercadang untuk bermain permainan outdoor sahaja kerana kami pasti masa yang terhad membataskan kami untuk bermain keseluruhan outdoor dan indoor games yang ada. (letih woo nak berjalan dari satu game ke satu game.)

Aku nekad, kali ini aku akan bermain game-game yang thrill sahaja kerana aku selalu tidak berpeluang untuk bermain sebelum ini kerana masa dan cuaca. Aku dengan pantasnya menuju ke Corkscrew dan beratur walaupun panjang! Aku tak kira, aku nak jugak! Tiap kali aku pegi, asyik hujan, dan mereka terpaksa memberhentikan operasi. Hampa betul~ Malangnya adikku enggan menyertai aku kerana takut!! huh..bosan gilew~ Aku pun teruskan menunggu dan menunggu seorang diri..

Tiba-tiba, ada sekumpulan remaja menegurku. "Kak, akak sorang je ke?". Aku mulanya tidak mengendahkan teguran itu kerana aku tidak menyangka akan ada orang yang menegur aku di tempat-tempat sesak sebegitu. heh~ Setelah beberapa saat, aku pun mencari-cari juga dari mana datangnya suara itu, dan aku melihat ada 3 orang remaja sedang melihat ke arah aku sambil tersenyum. Aku pun senyum dan membalas teguran itu dengan anggukan dan berkata, "ha'a sorang je". Mereka membalas,"Jomlah join kiteorang. Kiteorang ada 3 je ni. Nanti ada seat kosong, so akak ley aa dok skali." Dalam hati melonjak kegembiraan kerana akhirnya ada juga geng nak memekik melolong bila naik Corkscrew tu nanti. Aku pun potong line, dengan memanjat palang untuk menyeberangi ke tempat mereka. heh, aku tak yah tunggu lama. Wee witt!! thanx korang sebab tegur aku!!

Sepanjang kami beratur, kami borak, borak dan borak sampailah tiba giliran kami! Arghhh masa yang dinanti-nantikan! Perasaan seronok mula dirasai. Agak kecut perut jugak bila aku tengok track CorkScrew yang belok sana sini. Arghh~ dulik!! Kami pun menjerit kegirangan .. AAAAAAAAAAAAAAAA!!

Habis Corkscrew, aku berpisah dengan mereka, dan bertemu dengan adikku semula. Aku mengajak dia bermain Space Shot, tapi macam biasa, jawapan yang hampa aku terima. Ishhh..pengecut betot.

Aku pun dengan selamba beraturlah..Tunggu sorang-sorang macam tadi. Tiba-tiba, ada orang panggil aku..Macam kenal je suara.. Rupenya geng tadi! Apa lagi, aku panggil lah diaorang join sama! haha..Sporting betot mereka itu! Tunggu punya tunggu..jeng jeng jeng...Sampai sudah giliran kami!! Argghhh..takot siott!!tingggiii tuu..dengan kabus menebal, ujan renyai-renyai..Aku pulak lupa bawa sweater..Sejuk menggigil jugaklah time tu.

Aaaaaa...Tingggiiiiiiiiiiiiiiiinyeee!! Belum jatuh lagi aku dah menjeritt ketakutan bila melihat jarak kedudukan aku dan bangunan sekeliling..Arghhh..Aku rasa nak turun sekarang jugak!! Gile kecot perot, jantung nak terkeluar beb!! Bile tiba masa nak jatuh, aku jerit sekuat-kuat hati akuuuu!!! Siap rasa melayang doh..Punggung tak melekat kat kerusi lagi. Nasib baik ada penghadang keselamatan. Kalau tak, dah mati tercampak kat Kuantan kot. haha~ Gile gile..Tapi aku nak naik lagi!! Bes gile!

Lepas Space Shot, pegi main Ship pulak. Dapat geng-geng gile-gile remaja lak tuh. Siap main lawan menjerit dengan orang sebelah sana. "Boo", "C", "A" dan macam-macam lagi aa jeritan yang dorang bagi. hadoiii..terus tak takot jadinya..Cool aa korang!

Haaa..and lastly aku cakap dengan adik aku, " Saya tak kire, saya nak awak naik jugak Flying Coaster tu dengan saya". hahah !! adik aku pun dah give up sambil menjawab," ha yelah-yelah". Kami bayar RM20 dan terus queue. Tak sabar gile nak naik bende alah yang hebat tuh. Yearghh !! tiba sudah giliran kami. fOohh! fooohh! kami tanggalkan kasut takot terpelanting nanti, dan terus panjat naik benda tu. Aaaa..pusing dan pusing dan pusing. Maka tiba masanya untuk menjerit.. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Jantung berdegup kencang dan hampir-hampir nak terkeluar! (belum terkeluar lagi) Aku jerit dan terus menjerit. Sampai satu masa aku fikir, "aik kenapa adik aku kt sebelah tak jerit ek??" haha .. malu sendiri .. Aku pun senyap dan nikmati perjalanan yang hebat itu. Dalam hati aku cakap, "boleh pulak aku senyap" hahahah..bongok betol..Akhirnya perjalanan kami pun selesai.

Aku dan adik aku berjalan masuk ke dalam bangunan untuk bertemu ayah dan ibuku. Kami menceritakan pengalaman kami dan terus pulang..Aku dan adikku tidur sepanjang perjalanan ..Letih tapi gembira..

Nota Kaki : Foto tak banyak..tapi later on aku upload di sini ya!  Ow..Untuk kawan baru aku , seronot sangat dapat kenal dengan korang. Hope to see u guys again next time! muachh!!~

December 28, 2009

:: Semangat ::


Esok, bersamaan 29hb Disember 2009, bermulalah lembaran baru bagi Semester Kedua di Universiti Malaya. Semangat baru sudah muncul. Macam-macam semangat ada sekarang ini. Antaranya..haha! Semangat membaca, semangat menulis, semangat membuat assignment, semangat berjumpa muka-muka yang lama sudah tidak ku jumpa, semangat untuk berhadapan dengan jalan yang sesak, semangat untuk berlawan dengan masa yang sentiasa berkira dengan aku dan semangat paling membara dan sentiasa membara dalam jiwa aku adalah semangat untuk aku menamatkan pengajian aku dan meneruskan kehidupan yang lebih dewasa iaitu jeng jeng jeng!!~




KABOONGG!!~




Aku mahu tidor. Selamat Malam~

December 23, 2009

:: miss u friend ::



I miss u my friend and I'm happy for you.
Sorry for everything, tho i dont even know what i've done wrong~

Mode: Sad.

December 19, 2009

:: 6 and your feet ::

HOW SMART IS YOUR RIGHT FOOT ?




You have to try this please, it takes 2 seconds!! I could not believe this! It is from an orthopedic surgeon..... ....... This will confuse your mind and you will keep trying over and over again to see it if you can outsmart your foot, but, you can't!!  It is pre-programmed in your brain!



1. While sitting at your desk in front of your computer, lift your right foot off the floor and make clockwise circles.

2. Now, while doing this, draw the number '6' in the air with your right hand. Your foot will change direction!!

3. You will laugh out loud when u realized that this is true!! haha! lawak gile rase!



I told you so! And there's nothing you can do about it! You and I both know how stupid it is, but before the day is done you are going to try it again, if you've not already done so.

December 17, 2009

:: Racist di UMT ::



Berdasarkan status Facebook gadis ini, dia seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. Tempat aku peroleh Ijazah Sarjana Muda 2 tahun lepas. Hemmm...
Buat lah penilaian sendiri, malas dah aku nak perah otak untuk aku olah ayat bunga-bunga semata untuk hal perkauman macam ini. Rupanya masih ada manusia yang tidak memahami erti 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita.