Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua!
Fuhh..berhabuk! *achoom!achoom!* .. laman blog aku yang berkurun lamanya aku tidak lewati. Tiba-tiba rasa macam nak menulis sesuatu malam ni. Malam yang penuh dengan dugaan. Malam yang sadis buat diriku yang berjauhan dengan suamiku yang tercinta.
Sesunguhnya hati ini berbunga-bunga bila en.suami nak datang KB! Setiap kali! Rasa macam ada orang nak datang meminang .. segala persiapan dibuat macam nak sambut menantu. Entah, itulah nikmatnya bercinta jarak jauh ni ek. Sentiasa rasa rindu dan teruja bila nak bertemu..ecewah!

Aku siapkan ape2 yang patut, aku plan nak masak ape, nak pergi mana, nak buat ape, nak tengok movie online ape bla bla bla..semuanya dalam masa 3 hari sepanjang en.suami di sini. So salah satunya, tukar tayar kereta aku yang dah botak. Aku gigihla berjalan ke hulu ke hilir dengan si botak si botak tu sebab nak tunggu en. suami balik. Bukan x reti nak mengadap mekanik2 kat kedai tayar tu, cume malas. Sebabnya dah mcm fobia mengadap pomen2 ni. Asal aku tukar tayar je, ade la "follow up" yang berlaku (utk pengetahuan u olz, insiden2 tayar kereta aku ni selalunya menyebabkan aku memberi no telefon ku pada pomen2 yang tersebut). Tu la pasalnya aku tunggu en. suami balik baru aku nak tukar si botak2 tu (2 tayar depan).
Ok settle tukar tayar, settle alignment and balancing..kami pun dengan riang ria balik ke rumah. Nak prepare lunchy pulak untuk en.suami. Dah janji nak masak untuk die bile die balik ni. Maklumlah kami baru pindah rumah .. so ade kemudahan nak memasak berbanding rumah sebelumnya (bilik di Budget Inn yang terletak di tengah bandar Kubang Kerian). Mode excited nak melayan en.suami.
Settle memasak, perut pun dah kenyang..masa untuk bermain game! Turbo Kids u olz! Untuk pengetahuan u olz, kami ni dah jadi taik Turbo Kids! Habis semua gadjet yang kami ada kami install game tu. hehehe..so landing2 atas sofa, sambil main game. Killing time sebab en.suami nak pulang dah malam nye. Perasaan sedih dah mula terpapar di wajah bila jam menunjukkan 7pm. Bas en.suami gerak 8pm. Ade lagi 1 jam je nak berasmaradana. huaaaa~
Pong pang pong pang..dah siap2 nak gerak ke stesen bas di teluk mesira, Bachok. Macam biasa, aku dah start murung2 dah dalam keta. Moody x tentu pasal and en.suami cuba untuk happykan keadaan supaya keadaan tak jadi suram dan sedih. Nanti dua dua berdrama kat situ, langsung tak jadi balik kang hehehe..

Bas en.suami KB 20 dah siap sedia untuk berlepas. Aku pun dah ready kat tempat driver nak gerak balik rumah. Selalunya, aku akan gerak once en.suami naik atas bas. Tapi kenapa entah malam ni aku nak tunggu bas en.suami jalan dulu. Then aku babai la en.suami .. Tapi aku perasan en.suami dok tunjuk2 jari die kat aku. Aku ingat kan die buat flying kiss sebab mulut dok muncung2 gitu. haha..sekali die call aku, die cakap "sayang, tayar kereta pancit kat depan" .. aku macam "whatt?!! baru je tukar tadi pagi!" .. Ape hal ni.. aku nangis terus sebab sedih.. en.suami takde dengan aku dalam situasi yang genting tu. Dahla sedih en.suami nak balik KL dah. Diduga pulak dengan tayar pancit ni. Dah dua kali tayar pancit dalam tempoh terdekat ni. Stress!!!
Okay, sabar! Lap lap air mate jap. Then aku pun pergi la kat kaunter tiket bas tu mintak pertolongan. To be surprised! Bile aku mintak tolong tu, mamat bas tu tengah baring baring kat sofa, malas malas gitu nak bangun. Ok, aku dah rasa tak sedap hati. Takpe, sabar..aku kene hadap jgk sebab nak butuh pertolongan orang kan .. dah la malam malam. En. suami takde. Nak call kawan kawan pun takde yang stay dekat. Tunggu punya tunggu, orang tu takde jek, tapi die cakap kejap nak try cari lagi. Lame la aku menunggu. Last last aku contact member ni. Luckily die boleh datang amek aku kat situ walaupun agak jauh and die tak biasa jalan tu.
Then aku pun dalam proses menunggu mamat bas tu dari tadi, nak keluar la cari die nak inform yang member aku nak datang amek and nk mintak permission untuk tinggal kereta kat situ. Again, perkara yang mengejutkan aku, mamat tu tengah bersandar di kereta sambil borak-borak dengan mamat mamat bas yang lain. Aku rasa macam nak g panah busur je kat die! Aku tunggu punyalah lama, kalau takde, cakap xde pondan!Jangan buat aku tertunggu-tunggu. Aku boleh cari alternatif lain kalau kau xde jek tu!
Dasar jantan tarak guna! Semua mamat mamat bas kat situ buat bodoh je. Padahal tau je tayar kereta aku pancit. Aku plak satu satunya kereta yang park kat depan kaunter bas time mcm tu. Member pun dah on the way, aku pn sabar menanti.

Tengah tengah lepak dalam kereta sambil berdoa agar urusan dipermudahkan dan whatsapp kwn kwn yang ada, ada pakcik ni ketuk tingkap and tunjuk2 tayar kereta aku yang pancit tu. Okay! Pakcik yang out of nowhere tibe datang nak bantu aku! Rupenye pakcik tu just drop anak die nak naik bas balik Ipoh! Pakcik okay, pakcik tua kurus kering yang berkain pelikat dan berbaju melayu lusuh serta berketayap. Die yang ikhlas nak bantu aku. Die pun jek kan kereta dan tukar taya spare dan seperti yang dijangka, pakcik tu buat kerja sorang sorang .. mamat bas semua tu buat bodoh je! Aku pun tak tau la ape jenis jantan kat dalam stesen bas tu. Kalau tanak tolong aku, at least tolong la pakcik tu dok jek kereta and terbongkok2 tukar taya bagai dalam gelap plak tu. Aduhai..tak tau la macamane nak ucap terima kasih kat pakcik dan akak yang datang dengan pakcik tu. Sanggup tunggu dan tolong aku. Alhamdulillah .. Allah dah mudahkan urusan aku malam ni. Terima kasih kak linda yang sanggup datang walaupun aku dah inform ada pakcik yang boleh tolong tukarkan tayar spare. Terima kasih Allah kerana kenalkan aku dengan insan insan yang baik hati ini. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Amin..

Rumusannya, lelaki yang spesis pemalas memang tak layak hidup dengan masyarakat!
Kepada lelaki di luar sana, tolong lah..jangan jadi manusia yang pemalas dan buanglah sikap ignorance dalam diri anda. Sesungguhnya, ia menampakkan anda sangatlah buruk di mata manusia lain terutamanya mata perempuan. Terfikir, macamana agaknya dia di kalangan keluarganya? Peranan dia sebagai abang? suami? adik lelaki? kawan2? Fuck! aku benci lelaki pemalas dan suke tunjuk dia tahu segalanya! Sekian, terima kasih.